Bercham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 04°38′N 101°07′E / 4.633°N 101.117°E / 4.633; 101.117 Pekan Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur.

Pekan Bercham terletak berhampiran dengan Ipoh, pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.

Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco,Tesco Extra (dulu dikenali sebagai Makro), Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.

Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. Setelah terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di sini.

Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan dan perindustrian. Hampir 99 % rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-nama Cina dan tulisan Cina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]