Bergen op Zoom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bergen op Zoom
Kawasan perbandaran
Markiezenhof
Bergen op Zoom yang terletak di Belanda
Bergen op Zoom

Lokasi di Belanda

Koordinat: 51°30′U 4°18′T / 51.5°U 4.3°T / 51.5; 4.3
Negara Belanda
Provinsi Brabant Utara
Keluasan(2006)
 • Jumlah 93.13 km2 (35.96 sq mi)
 • Tanah 80.76 km2 (31.18 sq mi)
 • Perairan 12.38 km2 (4.78 sq mi)
Populasi (1 Januari 2007)
 • Jumlah 65,454
 • Kepadatan 810/km2 (2,100/sq mi)
  Sumber: CBS, Statline
Zon waktu CET (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)

Koordinat: 51°30′U 4°18′T / 51.5°U 4.3°T / 51.5; 4.3

Bergen op Zoom (sebutan (bantuan·info)) ialah nama kawasan perbandaran serta juga nama bandar raya di Brabant Utara, Belanda selatan. Pada tahun 2004 daerah ini memiliki penduduk sebanyak 66,139 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bergen op Zoom dianugerahi status kota mungkin pada 1266. Pada 1287, kota ini dan kawasan sekeliling menjadi sebuah wilayah lord selepas diasingkan daripada wilayah lord Breda. Statusnya dipertingkat lagi menjadi margraf pada tahun 1559. Banyak keluarga diraja memerintah Bergen op Zoom secara berturut-turut sehingga 1795, walaupun hanya pada nama sahaja sejak sekurang-kurangnya abad ke-17.

Semasa zaman moden awal, Bergen op Zoom merupakan sebuah kota kubu yang amat kuat serta juga salah satu gedung senjata yang utama di United Provinces. Bergen op Zoom tapak pertahanan semula jadi yang luar biasa, dikelilingi oleh tanah paya dan polder yang mudah dibanjirkan. Tambahan lagi, ia dapat menerima tenaga bantuan dan bekalan menerusi laut, sekiranya dikepung oleh tentera yang tidak berarmada untuk mengepung pelabuhan.

Disebabkan ciri-ciri tersebut, Bergen op Zoom merupakan salah satu kawasan strategi yang dipertahankan oleh pemberontak Belanda dalam Perang Lapan Puluh Tahun. Pada waktu itu, ia dikepung oleh Alessandro Farnese buat pertama kali pada 1587 dan oleh Ambrosio Spinola buat kali kedua pada 1622. Bagaimanapun, kedua-dua percubaan tidak berjaya.

Pada 1747, semasa Perang Rebut Takhta Austria, tentera Perancis mengepung Bergen op Zoom sekali lagi. Pada waktu itu, Bergen op Zoom mempunyai kubu yang dibina pada awal abad ke-17 oleh Menno van Coehoorn, bersama-sama dengan tiga buah kubu yang lain serta sebatang lencongan tali air di Scheldt yang bertindak sebagai parit yang mengelilingi tembok kota. Bagaimanapun, Bergen op Zoom tidak memiliki barisan pertahanan kedua. Justera, selepas pengepungan selama 70 hari, kota itu ditawan dan sekaligus dijarah, dengan garisonnya dibunuh dengan kejam. Disebabkan pertempuran itu, nama kotanya dapat dilihat pada salah satu gerbang di Arc de Triomphe, Paris.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]