Beriah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Beriah
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahDaerah Kerian
MukimMukim Beriah
KeluasanN/A

Beriah merupakan satu mukim yang terletak di utara negeri Perak yang mempunyai banyak kampung di dalamnya. Beriah juga merujuk kepada sebuah kampung yang dipanggil Kampung Beriah. Asal nama Beriah ialah daripada nama seorang wanita yang dipanggil Bariah yang pernah tinggal di situ tetapi telah lama meninggal dunia. Beriah juga terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Bukit Merah. Kedudukan Beriah adalah strategik memandangkan ianya terletak berhampiran sempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang dan memerlukan masa kira-kira kurang sejam untuk sampai ke sana melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Beriah bukan sahaja terkenal sebagai kawasan perikanan tetapi juga popular sebagai kawasan yang sering dilanda banjir. Sungai Kerian mengalir merentangi Kampung Beriah dan penduduk di situ menjadikan sungai tersebut sebagai tempat mencari rezeki. Antara hidupan air yang terdapat di sini ialah kelisa, baung, lampam, haruan, tapah dan berbagai-bagai lagi.