Kampung Beris Pak Abu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Beris Pak Abu, Terengganu)
Kampung Beris Pak Abu
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Beris Pak Abu
Mohor rasmi Kampung Beris Pak Abu
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Jerteh
KampungKampung Beris Pak Abu
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
22000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Beris Pak Abu di Peta Google

Kampung Beris Pak Abu merupakan sebuah kampung yang berada di dalam Mukim Bukit Puteri di daerah Besut, Terengganu yang lokasinya strategik berdekatan kaki bukit dan tanah beris iaitu tanah landai yang berpasir. Asal nama Beris Pak Abu ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Beris Pak Abu itu telah pun wujud sejak abad Ke-19 lagi.[perlu rujukan]

Kampung Beris Pak Abu terletak pada kedudukan latitud N5°47'9", longitud E102°29'24" pada ketinggian 6.10 meter dari aras laut. Jarak untuk ke Bandar Jerteh lebih kurang 10 km manakala ke pekan Kuala Besut sejauh 12 km dan ke Bandar Pasir Puteh sejauh 16 km melalui pintu utama Pangkalan Udara Gong Kedak iaitu jalan sempadan Negeri Terengganu/Kelantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada era tahun 30an, pusat populasi penempatan penduduk Kampung Beris Pak Abu pada mulanya berpusat di tengah-tengah kampung iaitu titik tengah antara sempadan Kampung Beris Pak Abu dengan Kampung Tok Has di bahagian hulu dan sempadan Kampung Beris Pak Abu dengan Kampung Bharu di bahagian hilir.

Pada era tahun 40an, iaitu zaman British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kg. Beris Pak Abu menjadi saksi kekejaman dan peristiwa pendaratan jepun di Tanah Melayu. Banyak bukti pendaratan tentera Jepun dan pentempuran antara tentera British dengan tentera Jepun masih boleh dilihat di Kg. Beris Pak Abu. Ini kerana bersebelahan Kg Beris Pak Abu wujud satu landasan terbang yang di bina oleh British iaitu landasan terbang Gong Kedak. Landasan ini telah ditawan oleh jepun apabila Jepun mendarat.

Antara bukti yang masih wujud ialah kubu (bunker pillbox machinegun). Kubu pertahanan ini di bina oleh tentera India British serta tentera British (orang putih) di sekitar landasan terbang Gong Kedak serta sepanjang pantai di Kelantan bahkan sampai ke Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu.

Allahyarham Hj. Husin Omar pernah menceritakan kepada cucunya iaitu Imran Naim, anak kepada Ismail dan Aminah Muhd, yang beliau pernah di arahkan oleh tentera Jepun supaya memanjat pokok kelapa dan memetik buah kelapa muda kerana tentera Jepun tadi dahaga dan teringin meminum air kelapa. Pada masa tersebut Allahyarham Hj. Husin Omar masih muda remaja dan terpaksa mengikut sahaja arahan kerana ketakutan.

Pada tahun 70an, antara struktur bangunan yang terdapat di Kampung Beris Pak Abu ialah balai polis Beris Pak Abu (yang pada masa ini telah di pindah ke lokasi baru iaitu di Kg. Bharu) , masjid, kubur, kilang padi, hentian bas, kedai Haji Husin dan Balaisah Hj. Husin. Balaisah Hj. Husin dibina secara infak dari orang ramai di gerak dan di ketuai oleh HJ. Husin sendiri. Yang menariknya, sehingga tahun 2015, bahan binaan kayu dan sebagainya yang digunakan untuk membina balaisah asal Hj. Husin di tapak lama, masih boleh dilihat di tapak baru Balaisah Hj. Husin kerana di simpan elok disitu.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Beris Pak Abu, Jerteh, Terengganu adalah 22000.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]