Berlin Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berlin Barat terletak di barat bandar Berlin di Jerman, antara tahun 1949 hingga 1990. Ini berikutan Amerika, British dan Perancis menguasai sektor tersebut. Kawasan yang dikuasai oleh tiga negara ini mmbentuk negara Jerman Barat. Sementara Kesatuan Soviet menguasai sektor timur yang membentuk Jerman Timur. Jerman Timur mendakwa Berlin adalah ibu negaranya tetapi Jerman Barat menafikan. Secara rasmi Berlin Barat dipanggil Berlin sahaja oleh negara Jerman Barat.

Jadi bandar itu dikuasai oleh empat adikuasa iaitu Amerika, Perancis, British dan Soviet Rusia. Dengan pembinaan Tembok Berlin oleh Jerman Timur pada 1961, secara sah Jerman terbahagi kepada dua negara iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perjanjian Potsdam merupakan rangka pentadbiran selepas penjajahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Menurut Perjanjian itu, Jerman terbahagi kepada zon yang dikuasai empat negara kuasa yang memenangi Perang Dunia Kedua. Secara tidak rasmi, Soviet membenarkan penggunaan jalan raya dan kereta api antara Berlin Barat dan Berlin Timur melalui pintu-pintu masuk tertentu .

Ramai yang mahukan Berlin Barat dan Berlin Timur disatukan walaupun secara politiknya terpisah. Ini kerana ramai keluarga yang masih berada di Jerman Timur . Apatah lagi Jerman Barat lebih maju dan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih besar.

Tahun 1969, pasukan Briged Berlin dari tentera Amerika Syarikat telah menguasai kawasan Zehlendorf .

Berlin Barat ditadbir oleh Datuk Bandar yang dipilih dan pejabat pentadbiran terletak di Rathaus Schöneberg .

Semasa Perang Dingin berlangsung, ramai penduduk Jerman Timur berhijrah beramai-ramai ke Jerman Barat. Ramai menggunakan Berlin sebagai bandar transit untuk berhijrah ke Jerman Barat dan negara-negara Eropah lain.

Oleh itu pada tahun 1952, Jerman Timur menutup pintu sempadan agar golongan profesional , usahawan, peniaga dan pekerja mahir tidak meninggalkan Jerman Timur. Tembok Berlin dibina dan terpisah secara fizikal pada 13 Ogos 1961. Namun masih ramai yang boleh berhijrah melalui laluan udara, kereta api dan lorong tikus yang lain.

23 Jun 1963, Presiden John F. Kennedy dari Amerika Syarikat melawat bandar Berlin dan ucapan terkenalnya 'Ich bin ein Berliner'

Perjanjian Empat Kuasa Besar di Berlin pada September 1972 dan Perjanjian Transit pada Mei 1973 membantu mengurangkan ketegangan antara Berlin Barat dan Berlin Timur. Penduduk Jerman Barat dibenarkan melawat, ziarah keluarga dan melancong ke Jerman Timur.

Tahun 1987, di Brandenburg Gate, Presiden Ronald Reagan dari Amerika Syarikat menggesa Gorbachev , Soviet Union mencari jalan damai di Eropah Timur, 'Buka tembok ini,Tuan Gorbachev. Runtuhkan Tembok Berlin ini'.

Tembok Berlin berjaya diruntuh bermula pada 9 November 1989 dan dua bandar bercantum semula secara fizikal tetapi tidak secara undang-undang . Ini, kemudian dinamakan Perjanjian Dua Dengan Empat.Maksudnya negara Jerman Barat, negara Jerman Timur menandatangani perjanjian dengan amerika Syarikat, British, Perancis dan Soviet Rusia.

Pada 3 Oktober 1990 , Berlin Barat dan Berlin Timur secara sah menjadi satu bandar sahaja iaitu Berlin sahaja.

Daerah Berlin Berat[sunting | sunting sumber]

Pembahagian Berlin.

Daerah dalam Sektor Amerika:

  1. Neukölln
  2. Kreuzberg
  3. Schöneberg
  4. Steglitz
  5. Tempelhof
  6. Zehlendorf

Daerah dalam Sektor British:

  1. Charlottenburg
  2. Tiergarten
  3. Wilmersdorf
  4. Spandau

Daerah dalam Sektor Perancis:

  1. Reinickendorf
  2. Wedding


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.