Bermadu (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bermadu
PengarahMiss Yen dan Wan Hai Ling
PenulisLakon layar:
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd
Tarikh tayangan
1940
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu


Filem Bermadu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1940.[1]

Cerita ini tidak pernah dipentaskan oleh bangsawan, oleh itu merupakan suatu pembaharuan dari segi tema. Filem Bermadu mengisahkan kehidupan semasa orang Melayu. Temanya mengisahkan masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri apabila suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Filem Bermadu mula ditayangkan pada akhir tahun 1940. Mengikut ulasan dalam akhbar Saudara peminat filem memuji akan kebaikan filem itu .Pelakon-pelakon utamanya ialah Timah, Yem, Puteh lawak, Haji Gong dan Kismah. Timah merupakan Seri Panggung bangsawan yang terkenal. Orang Muda dalam filem ini ialah Yem, juga orang muda bangsawan yang tidak asing lagi kepada masyarakat bandar Singapura. Puteh lawak dan Haji Gong ialah pelawak bangsawan yang sangat disukai ramai di Singapura pada tahun 1920-an dan 1930-an. Pengusaha panggung wayang mengiklankan filem ini semuka penuh dengan akhbar Saudara semasa filem ini ditayangkan di Pulau Pinang sempena Hari Raya pada tahun 1940.

Filem ini mendapat ulasan yang membina dari surat akhbar Saudara, 29 Oct 1940, p.13,[2] yang turut menyenaraikan pelakonnya sebagai Tina, Iem Puteh Lauk, Hisah, Haji Gung dan Aman.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Timah
  • Yem
  • Puteh Lawak
  • Haji Gong
  • Kismah
  • Habsah buang

Rujukan[sunting | sunting sumber]