Berongsong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seekor anjing gembala Jerman berberongsong.

Berongsong, berangus, atau selongsong (untuk anjing) atau kekang atau kekangan (untuk kuda) ialah peranti yang ditempatkan di muncung haiwan untuk mengelaknya daripada menggigit atau hanya membuka mulutnya.

Kolar kon ialah peranti berbentuk kon ditempatkan di keliling leher haiwan untuk menghalang penggigitan dan kadang-kadang dirujuk sebagai berongsong, sungguhpun fungsinya lebih biasanya adalah untuk menghalang haiwan mengganggu perubatan atau ubatan digunakan pada badannya.

Berongsong biasanya pejal, dengan lubang udara untuk membenarkan haiwan itu untuk bernafas, atau dibentuk daripada set tali pengikat yang menyediakan peredaran udara lebih baik dan membenarkan haiwan itu untuk meminum. Kulit, dawai, plastik, dan nilon ialah bahan biasa untuk berongsong. Bentuk dan binaan berongsong mungkin berlainan bergantung pada niat seperti menghalang haiwan daripada menggigit atau memakan, contohnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan laur[sunting | sunting sumber]