Bersamamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bersamamu
Dibintangi oleh
Nanu Baharudin
Fiza Sabjahan
Penggubah lagu tema
Othman Mohamed
Bilangan musimN/A
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Januari 2004 – kini

Bersamamu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk amal yang ditayangkan di TV3. Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup. Dalam setiap episod, ditayangkan bagaimana kesusahan hidup yang terpaksa ditempuhi insan ini sekeluarga. Penonton yang bersimpati boleh menderma kepada rancangan ini menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Bersamamu telah ke udara sejak 8 Januari 2004 selama setengah jam itu dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Rancangan Bersamamu antara lain bertujuan untuk menyelamatkan kehidupan, mengurangkan kesengsaraan serta beban dan memberi harapan baru kepada yang malang. Selain melancarkan majlis tersebut Datin Seri Rosmah juga menunjukkan keprihatinan dengan turun padang bersama krew Bersamamu melawat kes pada episod pertama.[1]

Menurut Penerbit Penyelaras Bersamamu, Noraini Tahir, program tersebut dicetus oleh Tabung TV3 Bersamamu yang ditubuhkan pada 2003 yang bertujuan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Rancangan Bersamamu diwujudkan untuk memberi peluang kepada pihak terbabit menguruskan dengan lebih teratur setiap dana yang terkumpul demi kebajikan mereka yang kurang bernasib baik.

Program tersebut memaparkan penderitaan anggota masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan kehidupan. Pelbagai ujian yang menimpa daripada masalah kemiskinan, penyakit kronik, penderaan hinggalah sengsara ibu tunggal sememangnya menginsafkan. Fokus program ini bukan saja memaparkan masalah itu kepada umum tetapi menarik perhatian pihak lain yang prihatin supaya tampil menghulurkan bantuan terutama syarikat korporat mahupun individu.

Tujuan utama rancangan ini adalah untuk meringankan beban mereka yang kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan. Bersamamu dijayakan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad yang bertindak sebagai pemegang amanah yang menguruskan tabung derma yang dikumpul. Ia juga adalah hasil kerjasama TV3 dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bersamamu demi prihatin sesama insan. © Utusan Melayu (M) Bhd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]