Bertih jagung
Lihat juga Majalah Popcorn
| Popcorn | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Popcorn on the cob, freshly harvested.
Popped popcorn, ready for eating.
|
||||||||||||||||
| Pengelasan saintifik | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
| Nama trinomial | ||||||||||||||||
| Zea mays averta |
Bertih jagung atau Popcorn atau jagung tembak merupakan jenis makanan ringan jagung yang meletup dari kernalnya dan mengembang apabila dipanaskan. Bertih jagung pada asalnya dijumpai oleh Orang Asli Amerika, tetapi menjadi popular sebagai makanan ringan semasa Zaman Kemelesetan Amerika Syarikat, terutamanya di pawagam.
Jagung mampu mengembang kerana, tidak seperti bijiran lain, kernalnya memiliki rangka lembab yang keras dan isi berkanji padat. Ini membenarkan tekanan meningkat dalam kernal sehingga menghasilkan letupan "pop". Sesetengah jenis jagung kini ditanam khusus sebagai bertih.
Terdapat banyak teknik bagi menghasilkan bertih jagung. Mesin bertih jagung berskala perdagangan dicipta oleh Charles Cretors pada akhir abad ke-19. Banyak jenis kaedah skala kecil di rumah bagi menghasilkan bertih jagung juga ada, dengan yang paling popular di USA merupakan bertih jagung boleh di ketuhar mikro siap dibungkus.[1]
Sebagai makanan ringan, bertih jagung mempunyai penyokong dan penentangnya tersendiri. Sesetengah menganggapnya sebagai makanan kesihatan, sementara yang lain memberi amaran menjauhinya di atas pelbagai alasan. Bertih jagung juga mempunyai banyak kegunaan bukan makanan, dari hiasan perayaan kepada bahan pembungkusan.
[sunting] Rujukan
[sunting] Bacaan lanjut
- Hallauer, Arnel R. (2001). Specialty Corns, CRC Press. ISBN 0849323770.
- Lusas, Edmund W.; Rooney, Lloyd W. (2001). Snack Foods Processing, CRC press. ISBN 1566769329.
- Smith, Andrew F. (1999). Popped Culture: The Social History of Popcorn in America, University of South Carolina Press. ISBN 1570033005.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bertih jagung |