Beruang Perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beruang Perang
Julat zaman: Akhir Pleistosen – Kini
Seekor beruang Kodiak (U. arctos middendorffi) di Taman Negara Katmai, Alaska
Pengelasan saintifik
Domain:
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
U. arctos
Nama binomial
Ursus arctos
Linnaeus, 1758
Peta taburan Ursus arctos.

Beruang perang (Ursus arctos) ialah sejenis beruang besar yang bertaburan di seluruh Eurasia dan Amerika Utara. Beruang ini beratnya 100 hingga 680 kilogram (220 hingga 1,500 lb) dan subspesies terbesarnya, iaitu Beruang Kodiak, menandingi beruang kutub sebagai ahli terbesar dalam famili beruang,[2] dan juga pemangsa daratan yang terbesar.[3]

Walaupun taburannya semakin berkurangan hinggakan mengalami kepupusan di beberapa tempat, namun beruang perang tetap disenaraikan sebagai spesies sedikit bimbang oleh IUCN, dengan kira-kira 200,000 ekor jumlahnya yang masih ada. Taburan beruang perang tertumpu di Rusia, Amerika Syarikat (khususnya Alaska), Kanada, kawasan Karpatos (khususnya Romania), dan Finland yang menjadikannya haiwan kebangsaan.

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat kurangnya kata sepakat mengenai pengelasan beruang perang. Sesetengah sistem mencadangkan sebanyak 90 subspesies, tetapi analisis DNA terkini hanya mengenal pasti sekurang-kurangnya lima klad.[4] Analisa DNA terkini mendedahkan bahawa semua subspesies beruang perang yang dikenal pasti di Eurasia dan Amerika Utara bersifat agak homogen, apalagi filogeografi genetiknya tidak berpadan dengan taksonomi lamanya.[5] Tepat pada tahun 2005, 16 subspesies sudah dikenal pasti.[6] Subspesiesnya adalah seperti berikut:

Subspesies Beruang Perang
Nama subspesies Taburan Huraian
Ursus arctos arctosBeruang Perang Eurasia
Eropah, Caucasus, Siberia (kecuali timur) dan Mongolia[7] Subspesies yang kebanyakannya berwarna gelap (jarang sekali berwarna terang), bersaiz sederhana dengan kuku gelap. Beruang perang di Siberia lebih besar berbanding yang di Eropah, kerana kurang diburu[7]
Ursus arctos alascensis
Ursus arctos beringianusBeruang Perang Kamchatka
Semenanjung Kamchatka dan Pulau Paramushir[7] Bentuk yang amat besar, berwarna gelap. Yang berwarna terang kurang dijumpai berbanding subspesies Eropah-Siberia. Berkuku gelap.[7] Dipercayai sebagai leluhur kepada U. a. middendorffi.[8]
Ursus arctos californicus – Beruang Emas California (pupus)
Ursus arctos collarisBeruang Perang Siberia Timur
Siberia Timur dari Sungai Yenisei hingga Pergunungan Altai. Juga di Mongolia utara. Bentuk yang kebanyakannya gelap, saiznya antara U. a. arctos dan U. a. beringianus, dengan tengkorak yang lebih besar[7]
Ursus arctos crowtheriBeruang Atlas (pupus)
Ursus arctos dalli
Ursus arctos horribilisBeruang Grizzly
Kanada dan Amerika Syarikat
Ursus arctos isabellinusBeruang Perang Himalaya
Nepal, Pakistan, dan India Utara
Ursus arctos lasiotusBeruang Perang Ussuri (atau "beruang perang Amur", "grizzlyhitam" atau "beruang kuda")
Rusia: Kepulauan Kuril selatan, Sakhalin, wilayah maritim, dan kawasan sungai Ussuri/Amur di selatan Banjaran Stanovoy. China: Heilongjiang Timur Laut. Jepun: Hokkaidō[7] Dipercayai sebagai leluhur kepada U. a. Horribilis.[8]
Ursus arctos middendorffiBeruang Kodiak
Kodiak, Afognak, Pulau Shuyak (Alaska)
Ursus arctos pruinosusBeruang Biru Tibet
China Barat dan Tibet.[7] Subspesies bersaiz sederhana yang berbulu panjang berjubai-jubai. Kedua-dua bentuk gelap dant erang ditemui, kebanyakannya berwarna sederhana. Bulu keliling leher berwarna terang seakan-akan "kolar". Tengkoraknya ada koana yang agak leper, baris geraham melengkung dan gigi besar[7]
Ursus arctos sitkensis Kelihatan lebih rapat persaudaraannya dengan beruang kutub berbanding beruang perang yang lain.[5] Spesies ini dipanggil "klad I" oleh Waits, et al., sebagai sebahagian subspesies yang dikenal pasti sebagai U. a. sitkensis, oleh Hall dan U. a. dalli oleh Kurtén.
Ursus arctos stikeenensis
Ursus arctos syriacusBeruang Perang Syria
Terdapat di Trans-Caucasus, Palestin, Syria, Iraq, Asia Minor, Iran, Afghanistan, Himalaya barat dan gunung-gunung Pamir-Alai dan Tien.[7] Subspesies bersaiz kecil hingga sederhana, berwarna terang dengan kuku terang.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McLellan, B.N., Servheen, C. & Huber, D. (2008). Ursus arctos. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 27 January 2009.
  2. ^ "Polar bear, (Ursus maritimus)" (PDF). U.S. Fish and Wildlife service. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-06-05. Dicapai pada 2008-03-22. Appearance. The polar bear is the largest member of the bear family, with the exception of Alaska's Kodiak brown bears, which equal polar bears in size. (Overview page Diarkibkan 2009-04-18 di Wayback Machine)
  3. ^ Craig Boddington, illustrations by Ken Carlson (2004). Fair Chase in North America (ed. illustrated). Boone and Crockett Club. m/s. 45. ISBN 0940864479, 9780940864474 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  4. ^ U.S. Fish and Wildlife Service (2006-11-17). "Endangered and Threatened Wildlife and Plants; Designating the Greater Yellowstone Ecosystem Population of Grizzly Bears as a Distinct Population Segment; Removing the Yellowstone Distinct Population Segment of Grizzly Bears From the Federal List of Endangered and Threatened Wildlife" (PDF). Federal Register / Vol. 70, No. 221. m/s. 69854–69884. Dicapai pada 1 Ogos 2006. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  5. ^ a b Lisette P. Waits, Sandra L. Talbot, R.H. Ward and G. F. Shields (1998). "Mitochondrial DNA Phylogeography of the North American Brown Bear and Implications for Conservation". Conservation Biology. m/s. 408–417. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-12. Dicapai pada 1 Ogos 2006. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  7. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan soviet tidak disediakan
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan evolution tidak disediakan