Bibi Aishah Hamid Don

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Bibi Aishah Hamid Don (lahir 11 Oktober 1929 di Jalan Hale / Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur) merupakan wanita terawal yang dilantik Senator dalam kerajaan Malaysia.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Suaminya Hashim Ya'acob (meninggal dunia pada 1994) .Mereka mendapat 5 anak iaitu Dr. Razalli (meninggal dunia pada 1987), Roshina (meninggal dunia pada 1972), Rohaya (peguam), Rohaizad dan Dr. Roshilla.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Convent Taiping. Kemudian belajar di sekolah persendirian di Sitiawan, Perak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau juga menjadi penasihat mahkamah kanak-kanak, ahli lembaga pengurus Sekolah St. Anne, ahli bebas Mahkamah Perusahaan dan pengerusi jawatankuasa kebajikan daerah Kulim.

Beliau menjadi ahli UMNO di Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1948). Beliau kemudiannya berpindah ke Kulim pada tahun 1951 dan bergiat cergas di situ. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 beliau menang di kawasan DUN Kulim, Kedah.Tahun 1964, beliau di lantik menjadi ahli Dewan Negara dan menjadi wanita kedua di dalam dewan tersebut. Beliau menang di kawasan Parlimen Kulim Utara dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Beliau juga ahli majlis jawatankuasa pusat UMNO Malaysia (1971). Pada tahun 1967, beliau menjadi wakil Malaysia ke PBB. Rakan seperjuangan beliau ialah Tan Sri Aishah Ghani - Ketua Wanita UMNO.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bibi Aishah dikurniakan bintang ahli mangku negara(A.M.N) oleh Yang diPertuan Agong dan pingat jasa kebaktian (P.J.K). Pada tahun 1997, beliau dianugerahi darjah setia diraja Kedah (D.S.D.K) oleh Sultan Kedah yang membawa gelaran 'Dato'.[2]

Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 6 haribulan Mac 2008 setelah sakit beberapa lama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Puan Bibi Aishah Binti Hamidon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-15. Dicapai pada 2011-10-15.
  2. ^ "Biografi Tokoh Wanita Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2011-10-15.
  1. Biografi Tokoh Wanita Malaysia oleh PERTIWI dicetak oleh Pelanduk Publications