Biblioteca Ambrosiana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk ke Perpustakaan Ambrosiana

Biblioteca Ambrosiana ialah sebuah perpustakaan bersejarah di Milan, Itali, yang turut menempatkan Pinacoteca Ambrosiana, galeri seni Ambrosia. Dinamakan bersempena Ambrosius, santo penaung Milan, ia diasaskan oleh Kardinal Federico Borromeo (1564–1631). Antara pemerolehan utama perpustakaan ini ialah manuskrip Biara Bobbio Benedict (1606) dan pustaka Paduan Vincenzo Pinelli, yang termasuklah Iliad terkenal, Ilia Picta.

Apabila bilik bacaan pertamanya, Sala Fredericiana, dibuka kepada awam pada 8 Disember 1609, ia menjadi perpustakaan awam kedua di Eropah, selepas Perpustakaan Bodleian di Oxford.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 45°27′47″N 9°11′07″E / 45.4631°N 9.1854°E / 45.4631; 9.1854