Bijirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bijirin merupakan tanaman yang kebanyakannya merupakan jenis rumput yang ditanam untuk biji benihnya yang boleh dimakan.

Bijirin ditanam dalam jumlah yang banyak diseluruh dunia melebihi dari semua jenis tanaman lain dan menghasilkan lebih banyak kalori kepada manusia. Dalam sesetengah negara membangun, bijirin merupakan satu-satunya makanan orang biasa.

Di negara maju, pengambilan bijirin adalah sederhana walaupun masih banyak. Perkataan bijirin dalam bahasa Inggeris cereal berasal dari dewi bijirin Roman, Ceres.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.