Makhluk Berekor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Biju)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sembilan "Makhluk Berekor" dan jinchūriki mereka

Makhluk Berekor (尾獣, bijū?) merupakan sembilan ekor raksasa yang dikenalpasti sebagai daya penggerak kepada jalan cerita dalam siri Naruto. Makhluk Berekor ini terbentuk daripada gumpulan chakura yang sangat besar dan diberikan nama berdasarkan kepada jumlah ekor yang ia miliki. Makhluk Berekor ini kadangkala dirujuk sebagai "Raksasa Chakura" (チャクラのバケモノ, Chakura no Bakemono?),[1], yang memberikan makhluk berekor tersebut "kekuatan" yang melampaui mana-mana ninja. Bagaimana pun, oleh kerana sifat liar yang ia miliki sebagai makhluk berekor, ini membuatkan ia tidak memiliki tahap "kepintaran' yang diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut secara berkesan. Apabila makhluk berekor ini dimeterai atau disatukan kepada seseorang hos manusia, maka ia bakal memperolehi pengetahuan yang dimiliki oleh "perumahnya". Keadaan ini akan membolehkan makhluk berekor ini kebolehan untuk mempergunakan kuasa mereka dengan lebih efektif hasil bantuan daripada hos manusia tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jūbi dan Rikudō Sennin sebagai jinchūrikinya

Berkurun sebelum permulaan sejarah dunia ninja, terdapat seekor makhluk raksasa yang dinamakan Makhluk Berekor Sepuluh yang telah memporak-perandakan dunia sehinggalah ia dikalahkan oleh seorang ninja hebat bernama Rikudō Sennin yang kemudiannya "mengurung" bijū ke dalam tubuhnya sendiri. Ini menjadi Rikudō Sennin sebagai perumah atau jinchūriki pertama kepada makhluk berekor di dalam dunia ninja Naruto. Bagaimana pun, apabila Rikudō Sennin mengetahui bahawa kematiannya bakal melepaskan semula Jūbi ke dunia, maka Rikudō Sennin telah menggunakan kebolehannya yang dipanggil Penciptaan Semua Benda, lalu memisahkan chakura Jūbi menjadi sembilan ekor bijū yang lain. Rikudō Sennin kemudiannya menggunakan teknik Chibaku Tensei untuk menyalut tubuh Jūbi yang mana kemudiannya menjadi sebagai bulan[2][3].

Menjelang penubuhan kampung ninja, Hokage Pertama iaitu Harashima Senju telah menggunakan teknik Gaya Lepas Sifat Kayu yang dimilikinya untuk menangkap dan mengawal kebanyakkan bijū. Harashima menggunakan bijū tersebut sebagai simbol meterai pendamaian terhadap perkampungan ninja lain untuk menyeimbangkan kuasa di antara mereka[4]. Namun, selepas kematian Harashima, kebanyakan perkampungan ninja yang telah "dihadiahkan' dengan bijū tersebut tidak mampu untuk mengawalnya dengan kuasa mereka sendiri. Mereka kemudiannya mendapat idea untuk menyalut bijū tersebut kepada hos manusia atau jinchūriki. Untuk memastikan jinchūriki ini tidak belot kepada kampung ninja masing-masing, maka menjadi kebiasaan bahawa jinchūriki ini dipilih dari kalangan keluarga rapat kage setiap perkampungan ninja, seperti anak-anak, adik-beradik atau pasangan kepada kage tersebut. Kekuatan jinchūriki tersebut kemudiannya digunakan untuk melindungi kampung ninja masing-masing dan menjadi lambang "hidup" kepada kuasa Kage[5]. Di sepanjang sejarah, hanya terdapat beberapa jinchūriki yang mempolehi kebolehan untuk mengawal bijū yang disalut ke dalam tubuh mereka[6]. Menjelang Peperangan Dunia Ninja Keempat, Akatsuki telah berjaya menangkap dan menyalut tujuh daripada sembilan bijū yang ada.

Melalui komen-komen yang diberikan oleh Makhluk Berekor Lapan Hachibi dan Makhluk Berekor Sembilan Kyūbi menunjukkan bahawa ia saling mengenali namun tanpa ada rasa hormat sesama sendiri[7][8]. Tambahan pula, semasa Naruto menyalut kembali Kyūbi, ia telah memberikan bayangan kata-kata mengenai Rikudō Sennin (namun tidak melengkapkan perbualannya), yang mana ini berkemungkinan boleh dianggap bahawa Kyūbi tahu mengenai Jūbi[9].

Makhluk Berekor yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Makhluk Berekor Satu[sunting | sunting sumber]

Fail:One-Tailed Shukaku.JPG
Shukaku Berekor Satu
Fail:Gaarapart2.jpg
Gaara selaku jinchūriki kepada "Makhluk Berekor Satu"

Ichibi no Shukaku (一尾の守鶴, Shukaku Berekor Satu?) merupakan "Makhluk Berekor Satu" yang telah dimeterai ke dalam tubuh ninja bernama Gaara daripada Sunagakure sejak kelahirannya. Ia telah ditangkap oleh Deidara, dikeluarkan dan kemudian dikurung oleh Akatsuki.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Uchiha Madara, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[10]. Penduduk Sunagakure percaya bahawa "Shukaku", nama yang kemudiannya diberikan kepada makhluk berekor satu itu, merupakan "Roh Hantu" (生霊, ikiryō?) iaitu roh seorang sami dari Sunagakure yang tersesat dan bertukar kepada hantu. Ia pada asalnya telah dikurung ke dalam sebuah cerek dan telah dimeterai ke dalam tubuh jinchūriki pertamanya.

Apabila Karura yang merupakan isteri kepada Kazekage Keempat mengandung, suaminya telah mengarahkan Chiyo untuk memeterai Shukaku ke dalam tubuh Gaara yang masih belum dilahirkan setelah ianya dikeluarkan daripada tubuh jinchūriki keduanya. Karura kemudian terbunuh sebagai korban kepada proses tersebut dan sebelum kematiannya telah menyumpah semua penduduk Sunagakure, termasuklah suaminya di atas apa yang mereka lakukan. Bagaimana pun, salah seorang "bekas" jinchūriki kepada Shukaku adalah orang yang mengilhamkan Kazekage Ketiga untuk mencipta Teknik Pasir Besi.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Bentuk anak mata Shukaku

Shukaku memiliki penampilan seperti tanuki dengan warna seperti pasir, ditambah dengan tanda-tanda berwarna biru gelap di bahagian muka, ekor dan seluruh tubuhnya. Ia juga mempunyai mulut yang bergerigi dan melengkung dengan skelera berwarna hitam dan iris berwarna kuning yang mana ianya mempunyai bentuk seperti bintang bersudut empat dengan empat bulatan hitam kecil di sekelilingnya.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Shukaku dilihat sebagai makhluk yang pintar, namun sering berkelakuan tidak menentu seperti mana kelakuan seorang pemabuk. Keadaan ini sekaligus memberikan gambaran yang tepat seperti mana cerita tentang tanuki dalam cerita dongeng rakyat Jepun. Nama Shukaku itu sendiri membawa maksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti mana makhluk berekor yang lain, sifat mudah marah dan mendahagakan pertumpahan darah memberi pengaruh kepada kelakuannya. Munurut Gaara, Shukaku akan berasa sangat teruja apabila mempunyai peluang untuk melakukan pembunuhan terutamanya pada malam bulan mengambang. Menurut Gaara lagi, dia tahu bagaimana untuk mengawal keghairahan Shukaku, namun kebanyakan masa ia memaksa Gaara untuk melepaskannya.

Aktiviti di dalam tubuh Gaara[sunting | sunting sumber]

Shukaku bersama dengan jinchurikinya Gaara

Selaku "perumah" kepada Shukaku, Gaara memiliki keupayaan untuk menggerakkan dan mengapungkan pasir dengan sesuka hatinya. Tambahan lagi, Shukaku turut melindungi dirinya sepanjang masa dengan Perisai Mutlak Pasir, walaupun bukan dalam kehendak dirinya sendiri (termasuklah kecederaan yang cuba dilakukan terhadap dirinya sendiri turut akan dihalang oleh pasir tersebut). Gaara turut mengalami satu kesan sampingan setelah menjadi jinchūriki kepada Shukaku iaitu insomnia berpanjangan. Sekiranya Gaara tertidur, Shukaku akan mengambil-alih personalitinya dan merubah dirinya kepada "raksasa".

Apabila berada dalam keadaan marah atau mendahagakan pertumpahan darah, Gaara boleh menggunakan pasir yang terdapat di dalam ketutu yang digunakannya untuk membentuk Shukaku bersaiz mini atau bersaiz gergasi (bentuk lengkap atau sebenar Shukaku). Hanya apabila Gaara mengambil bentuk Shukaku, barulah dia dapat menggunakan keupayaan elemen angin yang dimiliki oleh Shukaku seperti Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, Fūton: Renkūdan?). Gaara juga boleh membenarkan Shukaku untuk mengambil-alih bentuk lengkapnya ketika Gaara tertidur tapi ini akan menyebabkan tubuh Gaara yang sedang tertidur di atas kepala Shukaku sangat terdedah kepada serangan merbahaya.

Bahagian I[sunting | sunting sumber]

  • Babak Penaklukan Konoha

Ketika cubaan penaklukan ke atas Konoha oleh Otogakure dan Sunagakure, Gaara telah bertukar kepada bentuk lengkap Shukaku ketika bertarung dengan Uzumaki Naruto yang kemudiannya berjaya menyeru keluar Gamabunta. Gaara kemudiannya memunculkan diri betul-betul di atas kepala Shukaku, lalu melancarkan teknik Teknik Tidur Kepuraan (狸寝入りの術, Tanuki Neiri no Jutsu?), yang mana ianya membolehkan Shukaku mengawal sepenuhnya bentuk lengkap dirinya sendiri. Shukaku melancarkan teknik Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, Fūton: Renkūdan?) ke arah Gamabunta dan Naruto. Gamabunta tidak tertahan dengan serangan daripada Shukaku, lalu mengarahkan Naruto untuk membuat Teknik Pertukaran Gabungan. Gamabunta kemudian menjelma kepada bentuk rubah gergasi (setelah mendapat ilham daripada Naruto) dan dengan taring serta kuku tajam yang dimiliki, Gamabunta pun mengigit dan mencakar Shukaku dengan tujuan untuk menyekat pergerakkan Shukaku supaya Naruto boleh bertindak ke atas Gaara dan mengejutkannya daripada teknik tidur tersebut.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Menyelamatkan Kazekage Kelima

Ketika Gaara menjadi Kazekage Kelima, Deidara dan Sasori daripada Akatsuki telah pergi ke Sunagakure setelah diberikan tugas untuk menangkap makhluk berekor yang termeterai di dalam tubuh Gaara. Setelah melalui pertarungan yang sengit, Deidara berjaya mengalahkan Gaara dengan burung tanah liat miliknya. Gaara kemudiannya telah dibawa ke Kampung Sungai (川の国, Kawa no Kuni?) dan Shukaku di dalam tubuhnya telah dikeluarkan, sekaligus mengakibatkan kematian kepada Gaara. Bagaimanapun, Gaara telah berjaya "dihidupkan semula" oleh Chiyo (dengan bantuan chakura daripada Naruto Uzumaki) menggunakan Teknik Hidup Semula (己生転生, Kishō Tensei?). Walaupun Gaara bukan lagi "perumah" kepada Shukaku, namun Gaara masih lagi dilihat mampu mengawal pasir yang berada di dalam ketutu yang dibawanya.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Tanuki (狸) merupakan nama Jepun bagi rakun (bagaimanapun, Shukaku bermaksud "tanuki raksasa" (化け狸, bakedanuki). Tanuki dikenali dengan sifat nakalnya dan kebolehan untuk berubah bentuk serta membawa tuah. Shukaku telah dikaitkan dengan beberapa bentuk tanuki, salah satu daripadanya adalah dari dongeng "Bunbuku Chagama" yang menyatakan bahawa terdapat tanuki yang telah dikurung di dalam sebuah cerek. Sesetengah dongeng menyatakan kisah seorang pendeta (tanuki yang berubah bentuk), seperti mana yang dinyatakan pada awal siri ini, Shukaku merupakan roh pendeta yang telah tersesat.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Oleh kerana Gaara telah disatukan dengan Shukaku sebelum kelahirannya, kuasa daripada Shukaku dilihat seperti telah menyatu dengan Gaara. Bagaimana pun, adalah tidak dinyatakan dengan jelas sama ada keupayaan Gaara mengawal pasir dan menggunakan teknik dari elemen angin adalah kesan daripada chakuranya sendiri atau milik Shukaku.
  • Hanya Shukaku merupakan makhluk syaitan berekor yang dikenali dengan nama asalnya.


Makhluk Berekor Dua[sunting | sunting sumber]

Fail:Nibi-no-Nekomata.jpg
Kucing Raksasa Berekor Dua
Yugito Nii selaku jinchūriki kepada "Makhluk Berekor Dua"

Kucing Gergasi Berekor Dua (ニ尾の化け猫, Nibi no Bakeneko?) merupakan makhluk berekor yang telah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii daripada Kumogakure ketika dia berusia dua tahun. Ia telah ditangkap oleh Hidan dan Kakuzu lalu dikurung oleh Akatsuki.

  • Nama : Kucing Raksasa Berekor Dua (ニ尾の化け猫, Nibi no Bakeneko?)
  • Debut (Manga) : Naruto, Bab 313
  • Debut (Anime) : Naruto: Shippūden, Episod 72
  • Muncul dalam : Anime, Manga dan permainan video
  • Spesis : Bakeneko
  • Jinchūriki : Yugito Nii (bentuk)
  • Klasifikasi : Makhluk Berekor
  • Pertubuhan : Kumogakure
  • Kebolehan Unik : Pirokenesis, badan diselubungi api berwarna biru
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor" [11].

Seperti mana Shukaku, kebanyakan orang beranggapan bahawa makhluk berekor dua ini juga merupakan seorang manusia yang bertukar kepada "Roh Hantu" (生霊, ikiryō?). Makhluk Berekor Dua ini kemudiannya telah diserahkan kepada Kumogakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii yang baru berusia dua tahun ketika itu. Yugito telah diberikan latihan keras dan berterusan untuk membolehkan dirinya mempelajari bagaimana caranya untuk mengawal kuasa biju yang ada dalam dirinya.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Makhluk Berekor Dua ini mempunyai penampilan seperti mana bakeneko yang diselubungi oleh api berwarna biru. Anak matanya juga memiliki ciri-ciri seperti kucing yang memiliki warna mata yang berlainan, di mana mata kucing gergasi berekor dua ini memiliki mata berwarna kuning di sebelah kanan, manakala mata berwarna hijau di sebelah kiri dan tidak memiliki sebarang anak mata.

Aktiviti di dalam tubuh Yugito[sunting | sunting sumber]

Fail:Nibiandyugito.JPG
"Nibi no Bakeneko" bersama dengan jinchurikinya Yugito Nii

Sebagai jinchūriki kepada "Makhluk Berekor Dua", Yugito dilihat mampu untuk bertukar kepada bentuk kucing gergasi berekor dua, membolehkan dirinya memperolehi kekuatan dan keupayaan untuk menghembuskan bebola api daripada mulutnya tanpa hilang "kesedaran" dirinya.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Kemunculan Hidan dan Kakuzu

Beberapa ketika selepas pengenalan Yugito, dia kemudiannya telah ditangkap oleh anggota Akatsuki; Hidan dan Kakuzu. Namun begitu, adalah tidak diketahui pasukan manakah yang sebenarnya ditugaskan untuk menangkap Makhluk Berekor Dua. Walaupun Yugito berjaya mengumpan pengejarnya ke dalam sebuah kawasan tertutup, sambil menutup jalan keluar dan kemudiannya bertukar kepada kucing raksasa berekor dua, namun Yugito telah ditewaskan dan dibiarkan tidak sedarkan diri oleh kedua-dua ahli Akatsuki itu. Zetsu kemudiannya tiba untuk membawa Yugito ke tempat persembunyian Akatsuki untuk mengeluarkan Makhluk Berekor Dua dari tubuh Yugito lalu mengurungnya.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Kucing merupakan spesis biasa yang dapat dilihat di seluruh dunia. Cerita dongeng mengenai "bakaneko" (化け猫, Kucing Raksasa?) adalah sangat popular di Jepun. Dalam lagenda, apabila seekor kucing mencapai sesuatu peringkat umur, ia akan membesar dengan lebih besar dan ekornya akan menjadi panjang dan terpisah dua, lalu ia dinamakan "nekomata" (猫俣, Kucing Ekor Bercabang?). Dengan saiznya yang besar, kucing ini juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengawal orang mati seperti boneka, selain dikaitkan dengan api yang ganjil. Ini berkemungkinan bersangkut paut dengan nama samaran kucing raksasa tersebut dan keupayaannya untuk menghembuskan api.


Makhluk Berekor Tiga[sunting | sunting sumber]

Fail:3 tails.PNG
Kura-Kura Gergasi Berekor Tiga
Yagura selaku jinchūriki kepada "Makhluk Berekor Tiga"

Kura-kura Gergasi Berekor Tiga (三尾の巨大亀, Sanbi no Kyodaigame?) merupakan makhluk berekor yang pernah dimeterai di dalam tubuh Yagura dari Kirigakure dan biju tersebut telah dikeluarkan tanpa diketahui alasannya. Ia telah ditangkap oleh Deidara dan Tobi, lalu dikurung oleh Akatsuki.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Sanbi" bersama dengan jinchurikinya Yagura

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[12].

Makhluk Berekor Tiga telah diberikan kepada Kirigakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh Yagura, yang juga merupakan Mizukage Keempat. Ia kemudiannya telah dikeluarkan tanpa diketahui sebab dan alasannya, lalu terlepas ke dunia semulajadi. Oleh kerana Makhluk Berekor Tiga ini tidak mempunyai "perumah" sendiri, ia tidak memiliki kepintaran yang diperlukan untuk membolehkannya mengunakan sepenuh kekuatannya, sebaliknya hanya menjadinya mempunyai tindak-tanduk seperti binatang liar.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Makhluk Berekor Tiga secara amnya menyerupai seekor kura-kura, tetapi lengkap dengan perisai cengkerang seperti mana yang dapat dilihat dimiliki oleh spesis ketam dan ekor yang seakan-akan ekor udang. Ia tidak mempunyai kaki di bahagian belakang badannya, hanya memiliki dua kaki di bahagian hadapannya. Mata sebelah kanannya kelihatan sering tertutup, berkemungkinan pernah mengalami kecederaan. Oleh kerana kekurangan di bahagian ini, mengakibatkan ia mudah terdedah kepada serangan pada bahagian mata kirinya.

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Fail:Sanbi 360° Tidal Wave.png
Sanbi melancarkan gelombang air dalam 360°

Makhluk Berekor Tiga ini boleh dianggap perenang yang pantas jikalau dibandingkan dengan saiz badannya yang besar (namun kelebihan ini tidak dapat dilihat di dalam siri manga). Tobi turut memberikan pendapat bahawa seharusnya Kisame yang lebih sesuai ditugaskan untuk menangkap makhluk tersebut kerana keupayaannya yang bersangkut-paut dengan elemen air. Di dalam siri anime, keupayaan sebenar "Sanbi" diketengahkan dengan lebih lanjut, yang mana ianya berkaitan dengan saiz badannya yang besar: ia mampu menghasilkan gelombang bunyi yang kuat untuk mematahkan serangan musuh; dengan menghasilkan gelombang air yang besar merangkumi semua arah (sudut 360°). Ia juga boleh melakukan serangan menggunakan ketiga-tiga ekornya yang mempunyai duri tajam untuk mematahkan benteng pertahanan musuh. Manakala, kulitnya adalah kebal terhadap serangan fizikal kerana cengkerang yang dimilikinya.

Namun, kebolehan unik yang khusus dimiliki oleh "Sanbi" adalah: keupayaannya untuk menghasilkan sejenis kabus yang boleh mengakibatkan orang yang terdedah kepadanya berhalusinasi. Halusinasi tersebut akan menimbulkan perasaan "tidak selamat" dan memaksa mereka menghadapainya. Ia juga mampu memancutkan bebola air yang dicampur dengan chakura berkepadatan tinggi. Apabila "Sanbi" menelan sesuatu ke dalam tubuhnya, akan muncul beribu-ribu klon mini dirinya sendiri untuk menyerang apa yang telah dimakan olehnya. Klon mini ini dilihat sebagai suatu bentuk sistem penghadaman yang dimiliki oleh "Sanbi".

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

Dimensi di mana Sanbi memunculkan diri
  • Babak Makhluk Berekor Tiga

Di dalam siri anime, Orochimaru telah mengarahkan Kabuto Yakushi dan Pasukan Guren untuk membawa seorang budak lelaki bernama Yūkimaru ke sebuah tasik. Selepas ketibaan mereka, Kabuto telah memaksa Yūkimaru untuk melepaskan chakura miliknya, yang mana kemudiannya mengakibatkan Kura-kura Gergasi Berekor Tiga memunculkan diri dari dalam tasik. Dengan bantuan Guren, makhluk tersebut berjaya ditarik keluar sepenuhnya dan mereka cuba untuk menangkapnya. Namun begitu, percubaan mereka ternyata tidak berhasil, lalu "Sanbi" melancarkan gelombang air besar untuk menghalau musuh-musuhnya.

Gelombang air yang terhasil telah menarik perhatian ninja-ninja dari Konohagakure yang berada dekat dengan kawasan tersebut. Mereka juga dalam misi untuk menangkap "Sanbi" menggunakan teknik Teknik Kurungan: Penahan Empat Penjuru dan seterusnya mengunci makhluk tersebut dalam dimensinya sendiri. Namun, apabila upacara "mengurung" tersebut dimulakan, ninja-ninja daripada Konoha tersebut telah dihalang oleh Guren yang kemudiannya menghasut "Sanbi" agar menyerang mereka. Yūkimaru kemudiannya berjaya menenteramkan makhluk tersebut sementara, namun apabila dia keletihan, "Sanbi" kemudiannya mengalihkan perhatiannya kepada Yūkimaru. Guren dan Naruto Uzumaki cuba melindungi Yūkimaru namun kemudiannya kedua-dua mereka ditelan ke dalam perut makhluk tersebut. Dengan bantuan yang diberikan oleh sekutu mereka di "luar", Guren dan Naruto berjaya melarikan diri daripada tubuh "Sanbi". Sementara itu, ninja-ninja daripada Konoha melakukan percubaan kedua untuk mengurung makhluk tersebut.

Akan tetapi, apabila upacara "mengurung" hampir berjaya dilakukan, Yūkimaru yang berada dalam kemarahan kerana tersalah menyangka bahawa Guren telah pun mati, telah mengakibatkan Sanbi kembali memberontak dan berjaya melepaskan diri daripada kurungan tersebut. Sanbi kemudiannya mula mengamuk dan melakukan serangan yang menghuru-hara ninja-ninja Konoha dan Otogakure. Ia menyerang sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya dan telah mencederakan Nurari, Kigiri dan Kihō. Ia kemudiannya cuba menyerang Yūkimaru, namun tidak memberikan sebarang hasil. Hanya setelah diserang dengan Gaya Lepas Sifat Api: Peluru Minyak Kodok (風遁・蝦蟇油炎弾, Fūton: Gamayu Endan?) membuatkan makhluk tersebut beredar. Kemudian, upacara mengunci tersebut dipertanggungjawabkan kepada pasukan ANBU dan ninja-ninja Konoha yang lain berangkat pulang ke kampung. Bagaimana pun, pasukan ANBU yang ditugaskan untuk meneruskan upacara tersebut telah dibunuh oleh Deidara dan Tobi.

Di dalam manga, penangkapan Sanbi oleh Akatsuki berlaku lebih awal (pada permulaan babak "Kemunculan Hidan dan Kakuzu"), tapi diterangkan dengan jalan yang hampir sama dengan siri animenya. Deidara dan Tobi berhadapan dengan Sanbi, dengan respon pertama makhluk tersebut adalah dengan mengejar Tobi. Apabila perhatian Sanbi terpesong, Deidara secara rahsia telah membentuk seekor bom ikan tanah liat dalam usaha untuk menangkap biju tersebut. Namun begitu, adalah tidak diketahui sama ada tindakan Deidara ini menandakan penamat kepada pertarungan tersebut, kerana baki pertarungan tersebut tidak dipertontonlan kepada peminat. Sedang kedua-dua mereka menarik Sanbi yang telah ditewaskan menuju ke tempat persembunyian Akatsuki, Tobi mula berborak akan tindakannya yang berjaya mengalahkan Sanbi menggunakan jutsu rahsianya, namun dinafikan oleh Deidara yang berfikir sebaliknya. Sanbi kemudiannya telah dikurung ke dalam patung kurungan bersama makhluk berekor yang lain.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Kura-kura selalu digunakan untuk mereka cipta raksasa yang berasal daripada laut dalam dongeng rakyat Jepun. Rekaan kepada Makhluk Berekor Tiga ini adalah lebih kepada minat penulis, Masashi Kishimoto terhadap raksasa seperti yōkai dan kaijū, lalu menggabungkan ciri-ciri daripada kedua-dua elemen untuk menghasilkan makhluk yang mempunyai tubuh seperti kura-kura, ekor seperti udang dan cengkerang seperti ketam.


Makhluk Berekor Empat[sunting | sunting sumber]

Fail:Four Tails Roushi.jpg
Monyet Gergasi Berekor Empat dan jinchurikinya Rōshi
Fail:Roshi.png
Rōshi selaku jinchurikinya "Monyet Gergasi Berekor Empat"

Monyet Gergasi Berekor Empat (四尾の猿, Yonbi no Saru?) merupakan makhluk berekor yang dimeterai di dalam tubuh Rōshi dari Iwagakure. Ia telah ditangkap oleh Kisame Hoshigaki, dikeluarkan dan telah dikurung oleh Akatsuki.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[13].

Makhluk Berekor Empat kemudiannya diserahkan kepada Iwagakure dan telah dimeteraikan ke dalam tubuh Rōshi ketika dirinya masih muda.

Aktiviti di dalam tubuh Rōshi[sunting | sunting sumber]

Sebagai "perumah" kepada Monyet Gergasi Berekor Empat, Rōshi memiliki kebolehan untuk menggunakan Gaya Lepas Sifat Lava (熔遁; 溶遁, Yōton?), kombinasi di antara dua elemen: Gaya Lepas Sifat Api (火遁, Katon?) dan Gaya Lepas Sifat Tanah (土遁, Doton?), sesuatu kebolehan yang jarang dilihat melainkan ianya adalah dari kebolehan kekkei genkai.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Memburu Uchiha Itachi

Setelah berlakunya pertarungan sengit di antara Rōshi dan Kisame Hoshigaki (tidak ditunjukan), Rōshi telah dikalahkan dan kemudiannya ditangkap oleh Kisame. Kisame memberitahu Itachi Uchiha bahawa dia mengalami kesukaran untuk menewaskan Rōshi yang menggunakan Gaya Lepas Sifat Lava (熔遁; 溶遁, Yōton?), kebolehan yang dimiliki oleh "Yonbi". Yonbi kemudiannya telah dikeluarkan dari tubuh Rōshi lalu dikurung oleh Akatsuki, mengakibatkan kematian kepada Rōshi.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Konsep rekaan untuk "Makhluk Berekor Empat" adalah berdasarkan kombinasi di antara gorila dan Ōzaru daripada siri manga Dragon Ball dan guru kepada Son Goku (watak utama siri tersebut), juga dinamakan Muten Roshi. Tanduk yang terdapat di kepala Yonbi pula diilhamkan daripada mahkota yang dipakai oleh Sun Wukong, watak dalam novel klasik China "Pengembaraan ke Barat" yang turut menjadi ilham kepada watak Son Goku[14].


Makhluk Berekor Lima[sunting | sunting sumber]

Kuda Gergasi Berekor Lima (五尾のイルカ馬, Gobi no Irukauma?) merupakan makhluk berekor yang dimeterai ke dalam tubuh Han dari Iwagakure. Ia telah ditangkap dan dikurung oleh Akatsuki.

  • Nama : Kuda Gergasi Berekor Lima (五尾のイルカ馬, Gobi no Irukauma?)
  • Muncul dalam : Manga sahaja
  • Spesis : Kuda
  • Jinchūriki : Han
  • Klasifikasi : Makhluk Berekor
  • Pertubuhan : Iwagakure
  • Jenis Elemen : Tidak diketahui
  • Kebolehan Unik : Tidak diketahui
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[15].

"Gobi" telah diserahkan kepada Iwagakure dan telah dikurung ke dalam tubuh Han.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

"Gobi" secara khususnya menyerupai kuda putih, tetapi memiliki kepala seakan-akan ikan lumba-lumba dengan dua tanduk panjang dan dua tanduk pendek di atas kepalanya yang melunjur ke belakang.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Menurut Masashi Kishimoto, dirujuk dari Buku Seni Naruto Kedua bahawa dia cuba untuk menggabungkan di antara dua haiwan kuda dan ikan lumba-lumba.


Makhluk Berekor Enam[sunting | sunting sumber]

Lintah Putih Gergasi Berekor Enam
Utakata

Lintah Putih Gergasi Berekor Enam (六尾の蛞蝓, Rokubi no Namekuji?) merupakan makhluk berekor yang dimeterai ke dalam tubuh Utakata dari Kirigakure. Ia telah ditangkap oleh Nagato (di dalam anime), dikeluarkan dan kemudiannya dikurung oleh Akatsuki.

  • Nama : Lintah Putih Gergasi Berekor Enam (六尾の蛞蝓, Rokubi no Namekuji?)
  • Debut (Anime) : Naruto: Shippūden, Episod 151
  • Muncul dalam : Anime dan Manga
  • Spesis : Lintah
  • Jinchūriki : Utakata (bentuk)
  • Klasifikasi : Makhluk Berekor
  • Pertubuhan : Kirigakure
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[16].

"Rokubi" diserahkan kepada Kirigakure dan dimeterai ke dalam tubuh Utakata. Menurut jalan cerita anime, pada suatu ketika sebelum kemunculannya, guru Utakata yang bernama Harusame telah cuba untuk mengeluarkan makhluk berekor enam ini daripada tubuh Utakata tetapi gagal. Harusame bertujuan ingin menyelamatkan anak muridnya daripada menjadi "senjata hidup" di kampung Kirigakure. Bagaimana pun, Utakata yang tidak mendengar apa yang diucapkan oleh gurunya, kemudiannya menganggap tindakan gurunya itu hanya sekadar mahu membunuhnya. Kegagalan ini mengakibatkan Utakata berubah kepada bentuk lengkap Rokubi lalu membunuh Harusame.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Penjelmaan bentuk Utakata sebelum menjadi bentuk lengkap "Rokubi"

Rokubi memiliki persamaan dengan seekor lintah berwarna putih yang mempunyai dua anggota seperti tangan kecil di bahagian bawah badannya, berkemungkinan digunakan untuk bergerak. Seluruh bahagian tubuhnya diselaputi dengan cecair melekit dan licin berupa lendiran.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Makhluk Berekor Enam

Di dalam manga, babak penangkapan Rokubi adalah tidak kelihatan. Namun, di dalam anime, sebelum Pasukan Taka mula bekerjasama dengan Akatsuki, Akatsuki dinyatakan telah memiliki tujuh makhluk berekor. Apabila Taka diarahkan untuk menangkap "Makhluk Berekor Lapan", organisasi tersebut hanya memiliki enam makhluk berekor di mana biju yang ketinggalan adalah Rokubi yang masih belum ditangkap.

Penangkapan Utakata adalah subjek utama dalam babak tambahan anime. Namun, penampilan penuh Rokubi tidak dapat dilihat sepenuhnya dan cuma hanyalah penampilan sesetengah bahagian tubuhnya; terutamanya bahagian ekor Rokubi. Utakata telah ditangkap oleh Pain dipenghujung babak tersebut dan kemudiannya sikeluarkan dari tubuhnya, menyebabkan kematian kepada Utakata.


Makhluk Berekor Tujuh[sunting | sunting sumber]

Fail:Seven-Tails & Fuu.jpg
Kumbang Tanduk Gergasi Berekor Tujuh

Kumbang Tanduk Gergasi Berekor Tujuh (七尾のカブトムシ, Nanabi no Kabutomushi?) merupakan makhluk berekor yang dimeterai ke dalam tubuh dari Takigakure. Ia kemudiannya telah ditangkap, dikeluarkan dan dikurung oleh Akatsuki.

  • Nama : Kumbang Tanduk Gergasi Berekor Tujuh (七尾のカブトムシ, Nanabi no Kabutomushi?)
  • Muncul dalam : Manga sahaja
  • Spesis : Kabutomushi
  • Jinchūriki :
  • Klasifikasi : Makhluk Berekor
  • Pertubuhan : Takigakure
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[17].

"Nanabi" telah diserahkan kepada Takigakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh . Ia kemudiannya telah ditangkap, dikeluarkan dan dikurung oleh Akatsuki.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

"Nanabi" mempunyai penampilan seperti kabutomushi berwarna biru, dengan enam daripada tujuh ekornya mewakili "sayap" berwarna hijau pada serangga, manakala ekor yang ketujuh menjulur keluar daripada abdomennya.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Kabutomushi (カブトムシ, Kumbang Tanduk?) merupakan antara kumbang terbesar yang boleh dijumpai di seluruh dunia. Ia juga merupakan antara binatang yang dianggap kuat sekiranya diambil kira kekuatan berkadar dengan saiz badannya. Ia cenderung untuk berlawan sesama jenis (kumbang jantan), maka ia amat popular dalam perjudian di Asia. Kumbang Tanduk dinilai dari rangka luar dan sayap luarnya yang keras, berperanan sebagai perisai tambahan. Sayap luar yang dimilikinya tidak digunakan untuk penerbangan, tetapi untuk melindungi bahagian belakang tubuhnya dan sayap lapisan kedua yang digunakan untuk tujuan penerbangan.


Makhluk Berekor Lapan[sunting | sunting sumber]

Fail:Eight-Tailed Giant Ox.PNG
Lembu Gergasi Berekor Lapan (八尾の巨牛, Hachibi no Kyogyū?)

Lembu Gergasi Berekor Lapan (八尾の巨牛, Hachibi no Kyogyū?) merupakan makhluk berekor yang dimeterai ke dalam tubuh Killer Bee dari Kumogakure.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[18].

"Hachibi" telah diserahkan kepada Kumogakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh Killer Bee.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

"Hachibi" memiliki persamaan dengan ushi-oni, di mana ia memiliki tiga tanduk panjang dan satu tanduk pendek di bahagian kiri kepalanya. Ia turut memiliki bahagian atas badan yang menyerupai tubuh manusia, namun tidak memiliki kaki belakang. Manakala "ekornya" pula terdiri daripada lapan tentakel sotong. Menurut Killer Bee, ekor Hachibi boleh tumbuh semula walaupun ianya sengaja dipotong.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Killer Bee dan "Hachibi" dilihat boleh berkomunikasi dalam suasana yang tenang, berlainan dengan apa yang dialami oleh Naruto Uzumaki apabila dia berbual dengan "Kyubi". Sebagai contoh, apabila Naruto berbual dengan Kyubi, akan muncul gambaran seolah-olah sebuah sangkar wujud dengan satu tanda kertas jampi kurungan terlekat di luarnya, seolah-olah cuba mengelakkan Kyubi daripada mengawal Naruto. Oleh kerana Killer Bee merupakan salah seorang di antara manusia yang mampu mengawal sepenuhnya kuasa makhluk berekor yang mereka miliki, Killer Bee boleh berbicara dengan Hachibi dalam suasana yang lebih tenang. Ini dibuktikan apabila Killer Bee boleh berbicara dengan Hachibi sambil duduk di atas bahagian badannya dan menulis lirik lagu. Bagaimana pun, Hachibi dilihat sangat meluat dengan perangai Killer Bee yang suka menyanyi, namun ia hanya sekadar tujuan jenaka.

Walau pun Hachibi dilihat memiliki keakraban yang tinggi terhadap Killer Bee, namun ia masih lagi makhluk berekor, suatu hidupan yang amat mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, walaupun "ia" dengan kerelaan dilepaskan kepada bentuk lengkapnya dan diarahkan untuk menghapuskan Kisame Hoshigaki tanpa mengambil kira keselamatan Sabu dan Ponta yang berada berhampiran dengannya. Bagaimana pun, di sebalik rupa parasnya yang menggerunkan, Hachibi dilihat memiliki keupayaan menganalisis yang baik. Sebagai contoh, ia menyarankan Killer Bee agar melarikan diri ke arah bertentangan dengan Kisame untuk membuatkan aliran air yang mengepung mereka bertukar arah, ini sekali gus akan menyelamatkan Sabu dan Ponta daripada terus dilemaskan oleh penjara air tersebut.

Aktiviti di dalam tubuh Killer Bee[sunting | sunting sumber]

Hanya sedikit sahaja info yang diketahui mengenai Hachibi setakat ini. Selaku jinchūriki kepada Hachibi, Killer Bee mampu menukarkan dirinya kepada bentuk lengkap Hachibi dan menggunakan kekuatan dan jumlah chakura yang besar dimiliki oleh Hachibi tanpa kehilangan kawalan terhadap dirinya. Killer Bee merupakan salah seorang daripada dua jinchūriki yang diketahui memiliki keupayaan mengawal makhluk berekor yang mereka miliki secara keseluruhan, seorang lagi adalah Yagura.

Hachibi turut dilihat mampu menembakkan chakura berkepadatan tinggi dari mulutnya seperti mana yang dilakukan oleh Naruto yang berubah kepada Kyubi Berekor Empat, namun dengan kuasa yang lebih kuat. Killer Bee juga dilihat mampu menggunakan chakura Hachibi untuk membatalkan teknik ilusi yang dikenakan ke atasnya, termasuklah ilusi yang dihasilkan menggunakan Mangekyō Sharingan. Killer Bee turut mampu memuntahkan dakwat oleh kerana ciri-cii yang dimiliki oleh makhluk berekornya.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Memburu Makhluk Berekor Lapan

Ketika Pasukan Taka tiba di Kumogakure dalam cubaan untuk menangkap Killer Bee, Killer Bee bertarung dengan Pasukan Taka sehingga terbit rasa kebosanan dalam dirinya dan mahu melarikan diri dari medan pertarungan. Dengan keupayaan mengawal "Hachibi" secara keseluruhan, Killer Bee telah bertukar kepada bentuk lengkap Hachibi dalam sekelip mata dan mula menyerang Pasukan Taka. Ketika Hachibi sedang melakukan serangan, Suigetsu telah membentuk suatu gelombang air yang besar untuk menghalang Hachibi. Hachibi memahami bahawa Suigetsu memiliki kelebihan apabila bertarung di dalam tasik tersebut memandang dia menggunakan jutsu berasaskan elemen air. Maka, Hachibi menggunakan serangan bebola chakura berkepadatan tinggi untuk menyerang dan mengakibatkan kekalahan kepada Suigetsu.

Uchiha Sasuke kemudiannya mengaktifkan Mangekyō Sharingan dan mengaktifkan teknik Amaterasu terhadap Hachibi. Api daripada Amaterasu telah membakar dan memberikan kesakitan yang teruk kepada Hachibi. Apabila salah satu tentakel Hachibi hampir mengenai Karin, Sasuke telah melancarkan Pedang Chidori lalu memotongnya. Killer Bee kemudiannya telah menyamarkan diri menjadi "bahagian" tentakel Hachibi yang telah dipotong dalam cubaannya untuk melarikan diri. Pasukan Taka beranggapan bahawa mereka telah berjaya dalam menyempurnakan misi menangkap makhluk berekor lapan dan menyerahkan Killer Bee kepada Uchiha Madara. Abang kepada Killer Bee iaitu Raikage Keempat telah bersumpah untuk menghapuskan Akatsuki di atas apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Kemudiannya, pemalsuan mengenai penangkapan Killer Bee telah terbongkar dan diketahui oleh Madara. Selepas pemergian Pasukan Taka, Killer Bee dan Hachibi telah meninggalkan tasik tersebut dan Killer Bee menganggap ia merupakan satu peluang keemasan untuk dirinya "lari" daripada pengawasan abangnya dan kampung Kumogakure. Hachibi memberikan komen bahawa satu era baru akan tiba dan Killer Bee membalas dengan menyatakan bahawa ianya adalah mengenai karier nyanyiannya.

  • Babak Perhimpunan Lima Kage

Ketika Kisame Hoshigaki menyerang Killer Bee, Hachibi telah mengarahkan Killer Bee "melepaskannya". Bagaimana pun, Killer Bee menerangkan bahawa "ia" hanya akan mengakibatkan kematian kepada Sabu dan Ponta dalam usaha menyelamatkan dirinya sendiri. Lalu, Hachibi menyarankan kepada Killer Bee dengan perasaan marah agar menggunakan Mod Kedua Penjelmaan Berekor Tujuh, sambil memberikan nasihat kepada Killer Bee ketika bertarung. Bagaimana pun, Kisame berjaya menjatuhkan Killer Bee dan Hachibi menjerit kepada Killer Bee untuk menyedarkannya kerana risau dengan jumlah chakura mereka yang masih ada. Ketika Kisame ingin menamatkan pertarungand engan Killer Bee, Raikage memunculkan diri dan berjaya "membunuh" Kisame bersama-sama dengan Killer Bee.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Dalam dongeng rakyat Jepun, ushi oni (牛鬼, Lembu Raksasa?) merupakan raksasa laut yang besar dan ganas serta memiliki tanduk di kepalanya di samping memiliki bahagian badan hidupan laut; seperti sotong atau ketam. Ia tinggal di persisiran pantai Jepun dan menyerang nelayan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Sebelum kemunculan pertama kali, sesetengah peminat mempercayai bahawa Makhluk Berekor Lapan adalah berasaskan kepada lagenda Jepun mengenai Yamata no Orochi, yang mana berkemungkinan makhluk tersebut bakal menyerupai ular atau naga berkepala lapan dan sekaligus membuatkan peminat lebih percaya akan hubungkait "kenyataan" tersebut ada sangkut pautnya dengan Orochimaru.


Makhluk Berekor Sembilan[sunting | sunting sumber]

Kyubi Berekor Sembilan (九尾の妖狐, Kyūbi no Yōko?)
Fail:Naruto Part II.jpg
Naruto Uzumaki

Kyubi Berekor Sembilan (九尾の妖狐, Kyūbi no Yōko?) merupakan makhluk berekor yang paling berkuasa di antara sembilan makhluk berekor yang lain; hanya dengan satu hayunan daripada salah satu ekornya akan mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Apabila "Kyubi" menyerang Konoha, Minato Namikaze telah mengorbankan nyawanya dengan "memeterai" kuasa Kyubi ke dalam tubuh anaknya yang baru dilahirkan, Naruto Uzumaki.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[22].

Setelah berkurun, Kyubi telah mendapat reputasi sebagai suatu bentuk bencana semulajadi, muncul secara rawak untuk menyerang manusia di mana terkumpulnya "sumber kejahatan" manusia [23]. Beberapa puluh tahun kebelakangan, apabila Uchiha Madara keluar daripada Konoha, dia telah menggunakan Mangekyō Sharingan miliknya untuk mengawal Kyubi dan menggunakan "ia" sebagai senjata untuk bertempur dengan Harashima Senju yang juga merupakan Hokage Pertama kampung Konoha, demi membalas dendam. Pertempuran tersebut dikhabar sangat dahsyat sehinggakan bumi terbelah dan terciptanya Lembah Penamat. Walaupun berjaya mengawal dan menggunakan Kyubi, namun Madara tetap ditewaskan dan telah dianggap "sudah mati" oleh semua orang[24].

Dua belas tahun sebelum bermulanya siri ini, Kyubi telah menyerang Konoha. Walaupun Madara telah menafikan penglibatannya dalam menyeru Kyubi keluar dan menyatakan bahawa ianya hanyalah disebabkan faktor semulajadi. Bagaimana pun, ianya telah dibuktikan salah apabila Itachi Uchiha dan Minato Namikaze menyatakan bahawa Madara adalah dalang sebenar dalam serangan terbabit[25] [26] [27]. Ketika serangan tersebut, Kyubi telah membunuh ramai ninja-ninja Konoha yang cuba menghalangnya. Minato kemudiannya menaiki Gamabunta lalu mengenakan jutsu kurungan ke atas Kyubi, lalu menyimpan kuasa Kyubi tersebut ek dalam tubuh Naruto yang baru dilahirkan.

Di dalam siri anime, telah didedahkan bahawa Kyubi telah melepaskan sejumlah besar chakura ketika serangan tersebut. Kazuma telah mengumpulkan chakura tersebut dan telah memasukkan chakura tersebut ke dalam tubuh anaknya, Sora dengan tujuan mahu mempergunakan kuasa tersebut untuk agendanya sendiri.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Fail:Kyuubi eye.png
Bentuk mata Kyubi

Walaupun pada hakikatnya penampilan Kyubi lebih menyerupai Kitsune Raksasa yang mempunyai bulu berwarna jingga dan mata yang berwarna merah darah, ia juga dilihat memiliki bahagian atas badan yang menyerupai manusia, lengkap dengan ibu jari seperti manusia yang boleh digunakan untuk mencengkam atau menggenggam sesuatu pada tapak tangannya. Dalam ke semua sembilan makhluk berekor, Kyubi memiliki bentuk yang sangat hampir dengan bentuk Makhluk Berekor Sepuluh.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

"Kyubi" merupakan satu makhluk yang mempunyai perwatakan yang sadistik, licik dan gemar menyinggung perasaan pihak lain. Namun begitu, ia mempunyai rasa kesetiaan, bangga diri dan sangat membenci kedua-dua anak-beranak Naruto dan Minato. Pada mulanya, Kyubi ingin membunuh Naruto, namun lama-kelamaan ia menyedari bahawa dirinya berkongsi nasib yang sama dengan Naruto, selama mana ia masih berada di dalam tubuh Naruto; jadi Kyubi tidak mempunyai banyak pilihan selain bekerjasama dengan Naruto atau ia akan mati bersama-sama. Kyubi akan bertindak sejauh yang boleh untuk menjamin dan mengekalkan keselamatan nyawa Naruto. Sebagai contoh, Kyubi akan akan "memberikan" chakura miliknya secara paksa sekiranya nyawa Naruto dalam bahaya. Kemudian, di dalam Bahagian II, Kyubi menjadi sangat marah kepada Naruto apabila Naruto menolak untuk menggunakan chakura miliknya; walaupun sebenarnya kemarahan ini berpunca daripada kehilangan peluang buat dirinya untuk mengambil alih minda dan tubuh Naruto, bila mana sekiranya terjadi boleh menyebabkan kekuatan jampi kurungan tersebut terlonggar. Namun begitu, Kyubi akan berundur dan mengalah apabila Naruto mengugut mahu mencederakan dirinya sendiri.

Kyubi turut dilihat menunjukkan perasaan kebencian yang tinggi terhadap klan Uchiha dan kepada kebolehan mata mereka, Sharingan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh sejarah silamnya bila mana ia pernah diperalatkan oleh Uchiha Madara secara berkali-kali. Malah, Kyubi turut menyatakan bahawa Uchiha Sasuke turut memiliki persamaan dengan Madara oleh kerana kuasa Sharingan yang dimilikinya [28]. Kyubi sebenarnya mengetahui rahsia sebenar mengenai klan Uchiha dan mengenai Naruto Uzumaki, namun begitu ia dilihat seperti tidak berniat mahu mendedahkannya kepada sesiapa [29].

Aktiviti di dalam tubuh Naruto[sunting | sunting sumber]

Fail:NarutoandKyuubi.jpg
Naruto Uzumaki dan Kyubi

Selaku "perumah" kepada Kyubi, Naruto dapat menggunakan kelebihan chakura dan stamina, kekuatan yang tidak terhad, peningkatan kelajuan, kebolehan untuk menyembuh diri sendiri dan kadang-kala kelebihan pertahanan chakura yang jitu milik Kyubi. Chakura milik Kyubi membenarkan Naruto menggunakan jutsu kegemarannya, teknik Klon Bayang dengan tidak terhad. Naruto juga mampu menyeru haiwan seruan Gamabunta, sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh ninja bertahap-Kage kerana teknik tersebut memerlukan pengunaan sejumlah chakura yang banyak untuk menyeru haiwan tersebut.

Walaupun chakura Kyubi bersebati dengan chakura milik Naruto secara semulajadi, Naruto boleh menggunakan chakura simpanan milik Kyubi secara paksaan. Selepas berlatih dengan Jiraiya, Naruto mempelajari cara bagaiaman dia boleh "meminta" Kyubi untuk meminjamkan chakura kepada dirinya. Secara alternatifnya, Naruto boleh menggunakan chakura Kyubi dengan membiarkan dirinya dibawa oleh rasa "kemarahan" atau "kesedihan" yang keterlaluan (cara yang dilihat sering dilakukan oleh Naruto akhir-akhir ini), lalu membenarkan Kyubi memaksa pengaruhnya ke atas Naruto. Bergantung kepada berapa banyak chakura Kyubi yang diterima oleh dirinya, Naruto boleh kehilangan kewarasan kepada dirinya sendiri, menjadikan dirinya seperti seekor binatang buas yang akan menyerang sesiapa sahaja yang berada di hadapannya. Keadaan ini turut mencederakan tubuh Naruto apabila mendedahkan dirinya kepada chakura Kyubi, yang mana boleh memendekkan umurnya. Oleh kerana sebab inilah, Naruto mempelajari bagaimana dapat mengawal kuasa Kyubi.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membatalkan "pengaruh" yang dikenakan oleh chakura Kyubi ke atas tubuh Naruto. Yamato boleh menggunakan teknik unik milik Hokage Pertama, Teknik Enam Puluh Tahun Gaya Hokage: Tapak Tangan Mencengkam Dunia, yang mana dibantu dengan tangkal yang dipakai oleh Naruto sebelum ianya dimusnahkan. Kertas Jampi Mengurung Chakura juga boleh digunakan untuk membatalkan keadaan tersebut, namun harus dilakukan sebelum Naruto kehilangan kewarasannya. Salah satu lagi kaedah adalah, menggunakan kuasa Sharingan matang yang dimiliki oleh seseorang Uchiha untuk memasuki dunia separa sedar di dalam tubuh Naruto dan menekan "punca" kuasa tersebut [30]. Cara yang terbaik adalah dengan Naruto mengurangkan pengunaan chakura milik Kyubi dan tidak membiarkan dirinya "dibawa" oleh perasaan marah dalam diri.

Menurut Gerotora, kuasa Kyubi mengandungi dua bahagian: chakuranya dan kehendaknya. Gerotora turut menerangkan bahawa sekiranya Naruto menggunakan chakura daripada Kyubi, "kehendaknya" akan turut digunakan. Kyubi itu sendiri memiliki rasa "kebencian" yang terlalu banyak dan ia akan cuba menawan Naruto selagi boleh sekiranya terdapat peluang terbuka. Untuk mengawal kuasa Kyubi, Naruto mesti memiliki "kehendak" dan "hati" yang tidak berbelah bagi tanpa rasa benci untuk mengasingkan "kehendak" Kyubi daripada chakuranya [31].

  • Jampi Kurungan Empat Penjuru
Simbol "Jampi Kurungan" yang tertera di perut Naruto

Ini merupakan jampi kurungan yang memenjarakan Kyubi di dalam tubuh Naruto. Teknik Teknik Kurungan Dewa Maut (屍鬼封尽, Shiki Fūjin?) merupakan jampi kurungan yang terdiri daripada Teknik Kurungan Lapan Triagram (八卦の封印式, Hakke no Fūin Shiki?), yang mana ianya membenarkan Naruto untuk memecah masuk ke dalam chakura Kyubi apabila diperlukan. Jiraiya kemudiannya mendedahkan bahawa apabila Minato mengurungkan Kyubi ke dalam tubuh Naruto, dia telah membahagikan kuasa Kyubi kepada dua bahagian: Yin (陰, In?) dan Yang (陽, ?). Minato mengurung kuasa Yang ke dalam tubuh Naruto ke dalam Teknik Kurungan Lapan Triagram, manakala kuasa Yin ke dalam Teknik Kurungan Dewa Maut; menyebabkan kuasa Yin itu tidak dapat digunakan [32].

Apabila Naruto dan Kyubi berbicara, ia akan mengambil suatu tempat dalam pemikiran separa sedar Naruto yang digambarkan seperti sebuah pembentungan yang gelap, di mana terdapat salur paip di permukaan silingnya dan lantai yang digenangi oleh air. "Air" tersebut menggambarkan keadaan di mana chakura Kyubi terlepas keluar daripada jampi kurungan tersebut dan dihubungkan dengan sistem chakura Naruto; keadaan paras air menggambarkan seberapa banyak chakura Kyubi yang dikeluarkan. Pada pintu masuk ke "sangkar" yang mengurung Kyubi, terdapat secebis kertas yang tertulis "Kurungan" (?), yang mana ianya berfungsi sebagai "kunci" kepada sangkar tersebut [33].

Namun begitu, kekuatan dan fungsi jampi kurungan tersebut menjadi semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Minato menghasilkan "kunci" pada abdomen katak skrol Gerotora sebagai penyelesai masalah. Gerotora turut menerangkan bahawa sekiranya "kehendak" Kyubi mengatasi "kehendak" Naruto, maka jampi kurungan tersebut akan menjadi lemah, termusnah dan membuatkan Kyubi boleh terlepas. Gerotora turut menerangkan bahawa ketika latihan yang dijalankan oleh Naruto, Jiraiya menggunakan "kunci" tersebut untuk mengekang kuasa Kyubi apabila diperlukan. Namun, Jiraiya tidak melakukannya malah menggunakan kunci tersebut untuk melemahkan fungsi jampi kurungan tersebut untuk seketika, dengan tujuan cuba memberi tunjuk ajar kepada Naruto bagaimana untuk mengasingkan "kehendak" Kyubi daripada chakuranya; tetapi kelakuan ini menjadi serius apabila Naruto berubah kepada bentuk Kyubi-mini Berekor Empat [34]. Apabila jampi kurungan tersebut menjadi lemah, transfomasi Naruto menjadi lebih cepat dan dengan ganas, di mana kadangkala bukan dengan kehendaknya sendiri; seperti mana yang berlaku kepada Naruto di dalam Bahagian II ketika sesi latihan intensif bersama Hatake Kakashi dan Yamato. Hanya dengan sedikit perasaan kekesalan atau kekecewaan dalam diri Naruto, telah membangkitkan chakura Kyubi daripada dalam tubuh Naruto dan menukarkannya kepada bentuk Kyubi-mini Berekor Empat atau lebih.

Jampi kurungan tersebut turut memiliki sistem keselamatan terakhir untuk menghalang Kyubi terlepas. Minato telah menetapkan bahawa: sekiranya Naruto bertukar kepada bentuk Kyubi-mini Berekor Lapan, satu mekanisme akan teraktif bila mana Minato akan memunculkan diri dalam situasi separa sedar Naruto untuk memulihkan kembali jampi kurungan tersebut kepada keadaan asal, namun ianya hanya boleh digunakan untuk sekali sahaja [35].

Bahagian I[sunting | sunting sumber]

  • Babak Misi Negara Ombak

Naruto sedar akan "kewujudan" Kyubi di dalam tubuhnya selepas dua belas tahun ianya dikunci di dalam tubuhnya. Pertama kali Naruto menggunakan kuasa Kyubi tersebut ketika bertempur dengan Haku. Apabila beranggapan bahawa Haku telah membunuh Uchiha Sasuke, Naruto telah mengalah kepada kemarahannya dan telah memasuki mod pertama bentuk jinchūriki demi mengalahkan Haku.

  • Babak Peperiksaan Chūnin
Pertemuan pertama kali di antara Naruto dan Kyubi

Namun begitu, Naruto tidk menyedari ianya adalah kuasa daripada Kyubi sehinggalah dia diajar oleh Jiraiya untuk menggunakannya. Untuk memaksa Naruto mengeluarkan chakura Kyubi dan membolehkan dia menggunakan teknik Teknik Seruan (口寄せの術, Kuchiyose no Jutsu?), Jiraiya telah mencampakkan Naruto ke dalam jurang yang sangat dalam. Untuk menyelamatkan dirinya, Naruto telah memasuki keada separa sedar dirinya dan bertemu dengan Kyubi buat pertama kali. Dengan cepat sekali, Kyubi cuba untuk membaham Naruto, namun tidak kesampaian kerana jampi kurungan yang menguncinya dalam sangkar tersebut. Kemudian, dengan keberanian dan semangat yang membara telah mengherdik Kyubi dan menyuruh Kyubi "meminjamkan" chakura miliknya demi menyelamatkan mereka (Naruto dan Kyubi) berdua. Kyubi kemudiannya akur dan meminjamkan chakuranya kepada Naruto dan oleh kerana chakura yang diberikan terlalu banyak menyebabkan Naruto terseru ketua katak, Gamabunta.

Kyubi hanya berdiam diri dan tidak membuat onar sehinggalah pertarungan Naruto dengan Neji Hyūga pada perlawanan pertama, pusingan akhir dalam Peperiksaan Chūnin. Selepas Neji menggunakan teknik Lapan Triagram Enam puluh Empat Telapak (八卦六十四掌, Hakke Rokujūyon Shō?) untuk menyekat aliran chakura Naruto, naruto telah menyeru Kyubi untuk mendapatkan chakuranya. Tanpa berlengah-lengah, Kyubi memberikan sejumlah besar chakuranya kepada Naruto dan membenarkan titik chakura Naruto kembali terbuka lalu memberikan Neji yang sedang menggunakan Byakugan terlihat kelibat Kyubi dalam keadaan yang samar-samar. Dengan menggunakan chakura milik Kyubi, Naruto berjaya mengalahkan Neji.

  • Babak Penaklukan Konohagakure

Ketika pertempuran di antara Naruto dan Gaara yang berada dalam bentuk lengkap Shukaku, Naruto dan Gamabunta telah menggunakan teknik Transformasi Gabungan untuk mengambil bentuk rubah gergasi (bentuk sebenar Kyubi dalam anime). Ketika pertempuran berterusan, Naruto telah menyeru sekali lagi Kyubi untuk memberikannya chakura agar dapat mengejutkan Gaara daripada teknik tidurnya dan Kyubi tanpa ragu-ragu memberikan chakuranya kepada Naruto.

  • Babak Pencarian Tsunade

Apabila Kabuto Yakushi mencederakan otot jantung dan sistem chakura yang berhampiran kawasan tersebut, Kyubi tidak dapat menyembuhkan kecederaan Naruto. Ketika Tsunade cuba menyelamatkan Naruto, Kyubi menyedari bahawa kuasanya semakin menghilang dan keadaan ini digambarkan dengan persekitaran Kyubi diselubungi kegelapan yang semakin bertambah. Seperti mana Naruto, Kyubi turut pernah merasakan keadaan hampir pada kematian, sesuatu yang ia sedari dengan perlahan. Oleh kerana nasib yang baik, Naruto dan Kyubi (melalui tubuh Naruto) berjaya diselamatkan oleh Tsunade.

  • Babak Menyelamatkan Sasuke Uchiha

Ketika Naruto bertempur dengan Sasuke Uchiha di Lembah Penamat, Sasuke telah mengenakan satu kecederaan yang boleh membawa maut kepada bahagian kanan bahu Naruto dengan teknik Chidori (千鳥?), namun Kyubi dengan cepat telah memberikan Naruto chakura yang mencukupi untuk membolehkan Naruto berubah kepada bentuk pertama jinchūriki dan menyembuhkan kecederaan Naruto dalam hampir sekelip mata. Melalui keadaan itulah, Sasuke telah terlihat akan kelibat Kyubi di dalam tubuh Naruto buat pertama kali. Semakin pertempuran berlanjutan, Kyubi memberikan lebih banyak lagi chakura kepada Naruto dan mengubah Naruto kepada mod Kyubi-mini Berekor Satu, sesuatu yang dinyatakan oleh Kyubi perlu mendapat ucapan terima kasih daripada Naruto.

Bahagian II[sunting | sunting sumber]

  • Babak Menyelamatkan Gaara

Ketika pertempuran dengan ahli Akatsuki Deidara (sebenarnya adalah Deidara yang terbentuk daripada Gaya Lepas Sifat Tanah: Klon Tanah (粘土分身, Nendo Bunshin?)), Naruto telah masuk ke mod Kyubi-mini Berekor Dua kerana terlalu marah dengan kematian Gaara. Namun begitu, sebelum Naruto semakin hilang kewarasan, Kakashi Hatake telah tampil ke depan dan mengenakan sejenis kertas jampi khas yang diberikan oleh JIraiya kepadanya ke atas dahi Naruto, kemudiannya mengembalikan Naruto kepada keadaan normal.

  • Babak Sasuke dan Sai

Ketika merasakan kuasa dirinya dalam mod Kyubi-mini Berekor Tiga tidak mencukupi untuk menentang Orochimaru, Naruto telah mengalah kepada Kyubi dan memasuki mod Kyubi-mini Berekor Empat. Kyubi mula menguasai kesedaran Naruto dan mula menyerang semua yang ada di hadapannya, termasuklah Orochimaru dan Sakura Haruno. Kemudian, pengaruh Kyubi telah ditekan oleh Yamato menggunakan teknik rahsia Hokage Pertama. Yamato kemudiannya memberitahu Naruto bagaimana dirinya yang berada di dalam mod Kyubi-mini Berekor Empat telah mencederakan Sakura yang sangat diambil berat olehnya. Naruto kemduian membuat keputusan untuk tidak bergantung kepada kuasa Kyubi lagi.

Kemudian, apabila Naruto bertemu pertama kali dengan Uchiha Sasuke setelah sekian lama, Kyubi telah menawarkan kuasa kepada Naruto. Naruto kemudiannya menolak tawaran tersebut, namun sebelum sempat Kyubi melakukan apa-apa, Sasuke dengan Sharingan yang diaktifkan telah memunculkan diri dalam dunia separa sedar Naruto. Oleh kerana terkejut, Kyubi kemudian memberikan komen bahawa chakura Sasuke lebih bersifat "jahat" berbanding dirinya dan ianya juga mengingatkan Kyubi kepada Uchiha Madara dan persamaan di antara Sasuke dengan Madara. Sasuke kemudiannya memaksa Kyubi ke dalam sangkarnya, namun sebelum sepenuh kuasanya dibatalkan, Kyubi telah memberi amaran kepada Sasuke agar tidak membunuh Naruto atau dia akan menyesalinya. Selepas itu, hanya sedikit aktiviti Kyubi berlaku ke atas Naruto, ia memunculkan diri ketika beberapa klon bayang Naruto mula kecewa dengan hasil sesi latihan untuk memahirkan elemen angin.

  • Babak Dua Belas Ninja Pelindung

Di dalam siri anime, Kyubi telah bertindak balas dengan lebihan chakuranya yang tersimpan dalam tubuh Sora. Apabila Naruto dalam mod Kyubi-mini Berekor Tiga bertempur dengan Sora dalam mod Kyubi-mini Berekor Empat, Kyubi telah memaksa Naruto untuk menerima kuasanya, namun berjaya dihalang oleh Naruto apabila dia mengugut dan menyuruh Kyubi berundur setelah dia menikam kakinya sendiri. Kyubi kemudiannya berundur dengan perasaan marah, namun masih berjaya menarik semula kuasanya daripada Sora.

  • Babak Penaklukan Pain

Apabila Naruto berlatih teknik Senjutsu, Kyubi telah menghalang Fukasaku daripada bercantum dengan Naruto, dengan niat mahu Naruto menggunakan kuasanya berbanding kuasa daripada ilmu senjutsu. Namun begitu, Kyubi telah diberikan "peluang" untuk memunculkan diri ketika Naruto bertarung dengan Pain. Apabila Pain dilihat telah membunuh Hinata Hyūga, Naruto telah bertukar kepada mod Kyubi-mini Berekor Enam; peluang yang digunakan oleh Kyubi untuk memusnahkan Loket Hokage Pertama.

Fail:Kyubi senjutsu eye.png
Mata gabungan "Kyubi-Senjutsu" milik Naruto

Apabila Naruto ditangkap oleh Pain menggunakan Chibaku Tensei, Kyubi mencadangkan Naruto untuk menyerahkan jiwa dan raganya kepada Kyubi agar dapat memusnahkan segala punca kepada "kesakitan" dalam diri Naruto. Keadaan ini menyebabkan fungsi jampi kurungan tersebut menjadi lemah dan mengakibatkan terbentuknya mod Kyubi Berekor Lapan. Sebelum Kyubi berjaya memujuk Naruto sepenuhnya untuk menanggalkan kertas jampi kurungan tersebut, semangat Minato telah memunculkan diri dalam dunia separa sedar Naruto untuk menghalangnya. Dengan perasaan marah, Kyubi mencuba sedaya-upayanya untuk membalas dendam ke atas Minato,tetapi tidak diendahkan oleh Minato yang kemudiannya telah memulihkan kembali jampi kurungan tersebut kepada kekuatan asalnya. Setelah Pain ditewaskan, Naruto kemudiannya bersemuka dengan tubuh Pain yang sebenar bernama Nagato dan berjaya menggunakan kedua-dua kuasa senjutsu dan Kyubi secara berterusan untuk menghasilkan bentuk mata gabungan.

  • Babak Perang Dunia Ninja Keempat

Naruto kemudiannya telah diberikan dengan "kunci" kepada jampi kurungan ditubuhnya oleh Gerotora. Gerotora dan Fukasaku kemudiannya menerangkan bahawa Kyubi pastinya akan mengambil peluang ini untuk emnguasai tubuh Naruto dan melepaskan diri.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Kitsune (狐, Musang?) merupakan watak yang popular dalam dongeng rakyat Jepun, menjadi pengaruh bukan sekadar kepada Makhluk Berekor Sembilan, tapi juga kepada banyak "penjelmaan" dalam peradaban dunia moden. Musang sembilan berasal dari India, kedua melarikan diri ke China, dan akhirnya ke Jepun. Sebagai salah satu haiwan purba yang terkenal. Pada rekod, novel itu, filem, siri TV dan buku-buku komik, banyak. Mampu, kebimbangan yang paling.Pertama kali muncul di India, sebagai isteri beliau Huayang, telah membawa kepada keadaan huru-hara di India, selepas dihalau keluar, di China (Dinasti Shang) telah dipanggil Da ji.Akhirnya ada pulau Jepun Yu Yu Uehata alga seperti sebelum ini, memasuki dinasti dalam ketiga-tiga negara, telah membawa kesan buruk kepada dunia, musang adalah yang terkuat dalam sejarah. Kuasa ajaib Ia mengenai hantu itu lebih teruk berbanding hantu Jepun. Kampung di penggantian kejutan menang menangIa gemar melakukan helah ke atas manusia dan menyamar sebagai seorang wanita cantik untuk memperdayakan kaum lelaki (secara jelas ini merujuk kepada inspirasi Teknik Godaan. Bagaimana pun, kitsune merupakan satu makhluk yang sangat menepati janji, satu nilai yang turut wujud dalam diri Naruto; jalan ninja Naruto "tidak akan membelakangi janji-janjinya". Juga harus diberi perhatian, apabila Naruto hilang kawalan ke atas dirinya dan dipengaruhi oleh chakura Kyubi, "ekor" chakuranya akan bertambah. Ini dikaitkan dengan perihal cerita ekor kitsune; semakin banyak ekor yang ia miliki, semakin kuat ia; di mana sembilan ekor merupakan jumlah tertinggi yang ia boleh miliki.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Berdasarkan kepada reaksi, nyawa Naruto pernah hampir melayang ditangan Kabuto dan ianya juga merupakan pertama kali Kyubi merasakan perasaan kematian, atau mengalami kecederaan yang ia tidak mampu sembuhi dengan mudah.

Ungkapan[sunting | sunting sumber]

  • (Kepada Naruto) "(Ketawa) Nampaknya aku tidak boleh membunuh kau, bukan? Walaubagaimana pun, sekiranya kau mati, aku juga akan mati. Semangat dan keberanian kau adalah sangat membanggakan, budak kecil... Baiklah, sebagai ganjaran kerana pergi sejauh ini, Aku akan pinjamkan chakuraku kepada kau!"
  • (Kepada Naruto) "Kau memang lemah! (Ketawa) Kau seharusnya berterima kasih kepadaku... Dan kepada Hokage Keempat kesayangan kau, yang mengurung aku di dalam badan si lemah seperti kau!"
  • (Kepada Sasuke) "Dengan daya penglihatan kau itu dan chakura yang lebih jahat daripada chakura aku sendiri... Kau memang seperti Uchiha Madara yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu."
  • (Kepada Naruto) "Musnahkan semuanya... Musnahkan semua yang menyakiti kau... Berikanlah jiwa ragamu kepada ku... Aku akan selamatkan kau daripada kesengsaraan ini."


Makhluk Berekor Sepuluh[sunting | sunting sumber]

Makhluk Berekor Sepuluh (十尾, Jūbi?)
Fail:Sage Of 6 Paths.PNG
Pendeta Enam Haluan

Makhluk Berekor Sepuluh (十尾, Jūbi?) merupakan makhluk berekor asal yang merajai dunia Naruto. Ke semua sembilan makhluk berekor yang wujud kini merupakan pecahan kepada chakura dari makhluk berekor sepuluh ini. Objektif utama Uchiha Madara, menyempurnakan Projek Mata Rembulan (月の眼計画, Tsuki no Me Keikaku?) denga menangkap ke semua sembilan makhluk berekor dan menyatukan ia kembali menjadi "Jubi", lalu menjadi "perumah" kepada makhluk tersebut. Madara ingin menggunakan dan melancarkan sejenis Genjutsu yang dipanggil Tsukuyomi Abadi kepada permukaan bulan, di mana pantulan kuasa daripada teknik tersebut boleh menjadikan semua manusia berada dalam khayalan dan boleh dikawal oleh dirinya sendiri.

  • Nama : Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, Ichibi no Shukaku?)
  • Debut (Manga) : Naruto, Bab 467
  • Muncul dalam : Manga sahaja
  • Jinchūriki : Rikudo Sennin
  • Klasifikasi : Makhluk Berekor
  • Kebolehan Unik : Chakura yang besar dan bersifat jahat, sebiji mata unik
  • Status: Tidak aktif

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Berkurun sebelum kampung ninja terbentuk, Pendeta Enam Haluan telah menyelamatkan dunia daripada Makhluk Berekor Sepuluh. Rikudo Sennin berjaya mengalahkan dan mengunci chakura makhluk tersebut ke dalam tubuhnya sendiri, menjadikan dirinya sebagai jinchūriki pertama.

Bagaimana pun, cara ini hanya merupakan suatu penyelesaian sementara kepada bencana tersebut; pada saat kematiannya, Rikudo Sennin menyedari bahawa makhluk tersebut bakal terlepas semula sekiranya dirinya mengalami kematian. Apabila mengetahui tentang perkara ini, Rikudo Sennin mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Pada akhirnya, Rikudo Sennin berjaya membahagi-bahagikan kuasa "Jubi" kepada sembilan makhluk yang kemudiannya digelar "Makhluk Berekor" dan bertempiaran di seluruh dunia. Sebagai langkah berjaga-jaga yang terakhir, Rikudo Sennin telah menggunakan teknik Chibaku Tensei untuk mengebumikan tubuh sebenar "Jubi" dengan ketulan batu-batuan gergasi untuk memenjarakannya dan mnghantarnya ke syurga; maka dengan ini terciptalah apa yang dipanggil bulan.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Mata milik "Jubi"

Setakat ini, Jubi hanya pernah dilihat sekali, dalam keadaan samar-samar namun bentuk tubuhnya dilihat memiliki persamaan dengan tubuh Makhluk Berekor Sembilan. Tambahan lagi, ia dilihat memiliki hanya sebiji mata, yang mana mata tersebut mempunyai empat lingkaran seperti mata Rinnegan dan juga sembilan "tomoe" seperti mata Sharingan pada ketiga-tiga lingkaran yang mendekati pupil matanya.

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai gabungan kepada sembilan makhluk berekor yang lain, "Jubi" dikatakan memiliki jumlah chakura yang sangat besar dan bersifat "jahat" yang mampu membinasakan dunia. Kejayaan Rikudo Sennin dalam usahanya mengunci Jubi menjadikan dirinya disanjung sebagai wira kepada seluruh dunia ninja.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Manga Naruto, Bab 404, muka 14
  2. Manga Naruto, Bab 467, muka 14-16
  3. Manga Naruto, Bab 510, muka 11-12
  4. Manga Naruto, Bab 404, muka 14
  5. Manga Naruto, Bab 493, muka 14
  6. Manga Naruto, Bab 458, muka 3
  7. Manga Naruto, Bab 493, muka 7
  8. Manga Naruto, Bab 497, muka 2
  9. Manga Naruto, Bab 499, muka 15
  10. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  11. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  12. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  13. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  14. Second Naruto artbook, page 98
  15. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  16. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  17. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  18. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  19. Buku Data Naruto Pertama, muka 61
  20. Buku Data Naruto Kedua, muka 82-83
  21. Buku Data Naruto Ketiga, muka 70-71
  22. Manga Naruto, Bab 467, muka 15-16
  23. Manga Naruto, Bab 370, muka 15
  24. Manga Naruto, Bab 399, muka 8-12
  25. Manga Naruto, Bab 386, muka 11
  26. Manga Naruto, Bab 399, muka 14-15
  27. Manga Naruto, Bab 440, muka 10
  28. Manga Naruto, Bab 309, muka 03
  29. Buku Data Naruto Ketiga, muka 70-71
  30. Manga Naruto, Bab 309, muka 04-05
  31. Manga Naruto, Bab 490, muka 10-11
  32. Manga Naruto, Bab 370, muka 12-13
  33. Manga Naruto, Bab 95, muka 13-15
  34. Manga Naruto, Bab 490, muka 12
  35. Manga Naruto, Bab 440, muka 15
  36. Manga Naruto, Bab 458, muka 03