Billy Crudup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Billy Crudup
Kelahiran
William Gaither Crudup

(1968-07-08) 8 Julai 1968 (umur 55)

William Gaither “Billy” Crudup (IPA: [ˈkruːdəp]; lahir 8 Julai 1968) merupakan pelakon filem dan pentas yang pernah memenangi Tony Award. Beliau dikenali menerusi peranan sebagai pemain gitar yang bernama Russell Hammond menerusi Almost Famous, Will Bloom menerusi Big Fish, Ashitaka menerusi Princess Mononoke dan Doctor Manhattan untuk filem Watchmen.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Crudup dilahirkan di Manhasset, New York merupakan cucu kepada Billy Gaither, iaitu seorang peguam yang dikenali di Florida.[1][2] Ibu bapanya bercerai ketika beliau kecil lagi dan kemudiannya merujuk semula dan bercerai buat kali kedua.[3] Crudup mempunyai dua orang abang: Tommy, penerbit eksekutif, dan Brooks, juga seorang penerbit. Apabila berusia kira-kira lapan tahun, beliau meninggalkan New York bersama-sama keluarganya untuk menetap di Texas dan kemudiannya di Florida. Beliau tamat pengajian di Sekolah Tinggi St. Thomas Aquinas di Fort Lauderdale, Florida (1986).

Crudup kemudiannya memasuki University of North Carolina di Chapel Hill dan meneruskan minat dalam lakonan di Lab!Theatre. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Tisch School of the Arts di Universiti New York, dan tamat pada tahun 1994. Setahun kemudian, beliau berlakon di teater berjudul Arcadia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Semenjak 1996 sehingga November 2003, Crudup dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Mary-Louise Parker, dan mempunyai seorang anak lelaki, William Atticus Parker, yang lahir pada 7 Januari 2004. Semasa Parker sedang hamil tujuh bulan, Crudup meninggalkan Parker. Khabar angin mengatakan Crudup meninggalkan Parker kerana Claire Danes. Pada 2004, Danes dan Crudup mengesahkan mereka mempunyai hubungan tetapi menafikan laporan akhbar mengenai mereka bersama ketika Crudup dan Parker berpisah. Pada Disember 2006, kedua-duanya putus selepas Danes dilihat bersama Hugh Dancy.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahu Judul Peranan Nota
1996 Sleepers Tommy Marcano
Everyone Says I Love You Ken
1997 Inventing the Abbotts John Charles "Jacey" Holt
Grind Eddie Dolan
Princess Mononoke Ashitaka (suara: versi Bahasa Inggeris)
1998 Monument Ave. (Judul asal Snitch) Teddy Timmons
Without Limits Steve Prefontaine
The Hi-Lo Country Pete Calder
1999 Jesus' Son FH
Filem 2000 Waking the Dead Fielding Pierce
Almost Famous Russell Hammond
Filem 2001 World Traveler Cal
Charlotte Gray Julien Levade
2002 Birdseye
2003 Big Fish Will Bloom
2004 Stage Beauty Ned Kynaston
2005 Trust the Man Tobey
2006 Mission: Impossible III IMF Operations Director Musgrave
The Good Shepherd Arch Cummings
2007 Dedication Henry
2008 Pretty Bird Unknown
2009 Watchmen Doctor Manhattan
Public Enemies J. Edgar Hoover

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Billy Crudup Biography". filmreference. 2008. Dicapai pada 2008-05-21.
  2. ^ Jesse Green (10 October 2004). "Billy Crudup: Almost Infamous". The New York Times. Dicapai pada 2008-05-21.
  3. ^ "Billy Crudup Biography". Yahoo! Movies. Dicapai pada 2008-05-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]