Bingen am Rhein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 49°58′1″U 7°53′42″T / 49.96694°U 7.895°T / 49.96694; 7.895 49°58′U 7°53′T / 49.967°U 7.883°T / 49.967; 7.883

Bingen am Rhine (Bingen)
frames
Lambang Bingen am Rhine
 
 
Negara Jerman
Negeri Rheinland-Pfalz((Rhineland-Palatinate)
Kawasan pentadbiran Mainz-Bingen
Daerah
Unit pentadbiran
Jumlah penduduk 26,048 source (1 Disember 2006)
Kawasan 37.74 km²
Kepadatan penduduk 690 /km²
Ketinggian m
Koordinat 49°58′ N 7°53′ E
Kod pos 55411
Kod kawasan
Kod plat nombor MZ(dulu BIN)
Datuk Bandar Birgit Collin-Langen(CDU)
Laman web www.bingen.de

Bingen am Rhein (Bingen on the Rhine) ataupun hanya dikenali sebagai Bingen di kalangan masyarakat Jerman merupakan sebuah bandar pelancongan di kawasan barat Jerman berdekatan dengan bandar raya Mainz. Bingen adalah sebuah bandar moden di pertemuan antara sungai Rhine dan juga sungai Nahe. Sejarah awal Bingen boleh dikaitkan dengan zaman Rom lagi. Menyusuri zaman lampau, bandar ini telah menjadi pusat perdagangan wain, dan seterusnya menyerlahkan bandar ini sebagai sebuah bandar yang unik dan bersebati dengan "joie de vivre"(joy of life). Bingen dikelilingi oleh pelbagai landskap-yang sudah terkenal dengan keindahan semula jadinya, pelbagai jenis istana lama yang masih utuh dan terpelihara, dan juga pelbagai lagi tempat-tempat menarik yang menggamit kehadiran pelancong ke Bingen. Bingen dihubungkan oleh sistem jalan raya, kereta api, udara dan juga pengangkutan air yang sangat baik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rantau ini telah mula diduduki manusia sejak Zaman Batu lagi.Kedudukan strategiknya di pertemuan sungai Rhine dan Nahe menyebabkan para sateria,pedagang dan juga pembesar berebut-rebut untuk menguasai Bingen.Dalam sejarah beberapa ribu tahun kemudian,Bingen telah musnah sebanyak 8 kali angkara peperangan dan juga konflik tentera,yang antara lain telah menyebabkan beberapa kali pucuk kepimpinan bertukar tangan.

Zaman kegemilangan Bingen bermula pada zaman empayar Rom.Drusus,anak tiri kepada Kaisar Augustus,membina kubu sempadan di sebelah kiri Rhine pada kurun 11 BC.Kubu ini dikenali sebagai Castellum Bingium.Kubu ini dimusnahkan oleh tentera Alemmanic pada 355 AD.Pemerintahan singkat mereka digantikan pula penguasaan yang agak lama oleh Frank.Semasa penguasaan Frank inilah,Bingen digelar "crown land"(bandar makhkota) oleh Willigis,ketua Biskop di Mainz,yang juga merangkap naib Cancelor empayar Rom.

Pada pertengahan kurun ke-15, berikutan perebutan tanah,Bingen menjadi sebahagian harta milik gereja di Mainz selama beberapa kurun selepas itu.Dalam tempoh ini,Bingen melalui peperangan selama 30 tahun-peperangan merebut takhta Pfalz dan juga pencerobohan oleh tentera Perancis.Napoleon mengilhakkan Bingen yang dikuasainya sejak tahun 1797.Namun selepas kekalahan Corsican dalam peperangan di Leipzig,bandar ini diserahkan kembali kepada konfiderasi negeri Jerman.Pada 30 Jun 1816,Bingen diletakkan dibawah kuasa pentadbiran negeri Hessen-Darmstadt

Perubahan dramatik terakhir politik Bingen berlaku selepas Perang Dunia Kedua apabila Bingen menjadi sebahagian daripada negeri baru, Rheinland-Pfalz(Rhineland-Palatinate).

Daerah-Daerah di Bingen am Rhein[sunting | sunting sumber]

  • Dromersheim,
  • Innenstadt
  • Kempten
  • Sponsheim

Pertumbuhan Penduduk[sunting | sunting sumber]

(sehingga 31. Disember)

Jahr 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005
Penduduk 24.821 24.696 24.710 24.746 24.786 24.716 24.849 26.167

Angka terkini penduduk Bingen am Rhein ialah 26 048 orang (1. Disember 2006).

Politik[sunting | sunting sumber]

Majlis Penasihat Bandar[sunting | sunting sumber]

Majlis Penasihat Bandar Bingen am Rhein mengandungi keseluruhannya seramai 36 orang.Datuk Bandar dari parti politik CDU,Birgit Collin-Langen telah menjawat jawatan sejak tahun 1996 lagi.Timbalannya ialah Thomas Feser juga dari CDU.

SPD CDU Grüne FDP FWG Jumlah
2004 10 18 3 3 2 36 Kerusi

(Kommunalwahl pada 13. Jun 2004)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Fachhochschule Bingen
  • Stefan-George-Gymnasium
  • Hildegardisschule Bingen
  • Rochus-Realschule
  • Rupertus Hauptschule
  • Sekolah Vokasional Bingen
  • Perpustakaan awam Bingen

Tokoh-tokoh Bingen am Rhein[sunting | sunting sumber]

Acara-acara[sunting | sunting sumber]

  • Bingen swingt -Festival muzik Jazz
  • Binger Open Air Festival – Festival muzik alternatif
  • Rhein im Feuerzauber – Pertunjukan Bunga Api
  • Nacht der Verführung – Pesta Wain di ladang anggur
  • Rochusfest – Pesta menziarah
  • Winzerfest – Pesta Wain terpanjang di Rhine
  • Breakpoint - antara pertunjukan Demostrasi terbesar dunia
  • Landesgartenschau 2008