Binturung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Binturung / Binturong[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Arctictis

Temminck, 1824
Spesies:
A. binturong
Nama binomial
Arctictis binturong
(Raffles, 1821)

Binturung[3] atau binturong[4] (Jawi: بينتوروڠ, nama saintifik: Arctictis binturong[5][1]) ialah salah satu spesies haiwan berupa musang satu-satunya spesies yang wujud dalam genus Arctictis. Ia mendiami hutan-hutan tinggi[6] di kawasan merangkumi Asia Selatan dari India di barat ke Bhutan dan Myanmar di timur, serata Indochina, Yunnan in China di utara, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau Sumatra, Kalimantan dan Jawa di rantau Nusantara sampailah ke pulau Palawan di Filipina.[2]

terdapat di Malaysia.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dua-dua perkataan binturung dan binturung datang daripada penurunan akar bahasa Melayu-Polinesia Barat *ma-tuRun "menurun" merujuk kepada pergerakan haiwan ini yang turun dari satu pokok berjalan atas tanah menuju satu pokok lain yang dipanjat.[7][8]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Jantung binturung terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Musang Binturong berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Musang Binturong akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Tempoh bunting bagi binturong adalah 81 hari, dengan gestation sekitar 91 hari. Usia purata kematangan seksual adalah 30.4 bulan bagi betina dan 27.7 bulan bagi jantan. Kesuburan berlansung sehingga usia 15 tahun.[9] Binturong adalah sekitar 100 spesies mammalia yang dipercayai oleh ramai pakar penjagaan sebagai berkeupayaan bagi diapaus embrio ("embryonic diapause"), atau implantasi tergantung ("delayed implantation"), yang membenarkan spesies betina bagi menyelaras tempoh kelahiran supaya selari dengan keadaan persekitaran yang sesuai. Kelahiran biasa adalah dua anak, tetapi sehingga enam anak dilahirkan boleh berlaku.

Tempoh hayat maksima dalam kurungan dipercayai lebih dari usia 25 tahun.[10]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Anak binturong disimpan sebagai peliharaan oleh Orang Asli di Taman Negara, Malaysia
Seekor binturung dalam pekarangan sebuah zoo di Sydney, Australia

Ancaman utama bagi binturong adalah kehilangan habitat dan kemerosotan persekitaran hutan melalui pembalakan dan penukaran kawasan hutan kepada kegunaan tanah bukan hutan sepanjang julat binturong. Kehilangan habitat amat teruk di kaawasan rendah di kepulauan Sunda dikebanyakan kawasannya, dan terdapat bukti bahawa binturong menggunakan ladang yang sebahagian besarnya menggantikan hutan semulajadi. Di China penghapusan hutan dan amalan membalak oportunis telah memecah habitat atau menghapuskan tapak sama sekali. Di Filipina, ia ditangkap bagi perdagangan haiwan liar, malah di selatan julatnya ia turut ditangkap untuk dimakan. Di Lao PDR, ia merupakan pemangsa paling kerap dipamerkan dalam sangkar dan kulitnya kerap diperdagangkan sekurang-kurangnya di Vientiane. Disesetengah bahagian Lao PDR, ia dianggap makanan delikasi dan turut diperdagangkan sebagai bahan makanan ke Vietnam.[2]

Orang Asli di Malaysia menyimpan binturong sebagai haiwan peliharaan.


Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Musang Binturong merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan. Di Sabah, mamalia ini tersenarai sebagai haiwan terlindung di dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.[11]

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Enam subspesies diakui (A. b. albifrons, A. b. binturong, A. b. kerkhoveni, A. b. memglaensis, A. b. penicillatus, dan A. b. whitei).[1] Binturong Palawan (A. b. whitei) dari Filipina adalah spesies lemah akibat kemusnahan habitat dan pemburuan haram bagi kegunaan perubatan dan permintaan bagi perdagangan haiwan peliharaan.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 549. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ a b c Willcox, D.H.A.; Chutipong, W.; Gray, T.N.E.; Cheyne, S.; Semiadi, G.; Rahman, H.; Coudrat, C.N.Z.; Jennings, A.; Ghimirey, Y.; Ross, J.; Fredriksson, G. & Tilker, A. (2016). "Arctictis binturong". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T41690A45217088. Dicapai pada 13 January 2020.
  3. ^ "binturung". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "binturong". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  6. ^ Lekalul, B.; McNeely, J. A. (1977). Mammals of Thailand. Bangkok: Association for the Conservation of Wildlife.
  7. ^ Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem". Oceanic Linguistics. 56 (2): 435–490. doi:10.1353/ol.2017.0021. ISSN 1527-9421.
  8. ^ Wayan Jarrah Sastrawan (2 Ogos 2021). "Orangutans, gibbons and Mr Sooty: what the origins of words in Southeast Asia tell us about our long relationships with animals". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2021.
  9. ^ Wemmer, C. (1981). "Copulatory Behavior and Reproduction in the Binturong, Arctictis binturong" (PDF). Journal of Mammalogy. 62 (2): 342–352. doi:10.2307/1380710. JSTOR 1380710. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Macdonald, D.W. (2009). The Encyclopedia of Mammals. Oxford University Press, Oxford.
  11. ^ Wildlife Conservation Act 1997
  12. ^ "Arctictis binturong ssp. whitei". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]