Biografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Sir Thomas Malory dan sostie menulis biografi rekaan Zaman Pertengahan yang paling terkenal dengan Le Morte d'Arthur mengenai kehidupan Raja Arthur.

Biografi (daripada perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") adala genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bertentangan dengan profil atau curriculum vitae, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakan senarai fakta seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan, dan kematian. Ia juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain yang membawa berbagai-bagai makna (atau pelajaran) kepada seseorang dan masyarakatnya.