Bioinformasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta kromosom X (dari laman web Pusat Bioteknologi, NCBI. Pemetaan genom merupakan pencapaian bioinformatik yang terbesar.

Bioinformasi merupakan bidang yang mengaplikasikan teknologi komputer dalam pengurusan maklumat-maklumat biologi. Komputer digunakan untuk memperolehi, menyimpan, menganalisis dan mengintegrasikan maklumat biologi dan genetik yang dapat digunakan dalam pengumpulan maklumant berkenaan penghasilan ubat-ubatan berasaskan-gen dan pembangunan perisian.

Bioinformasi menggunakan algoritma, data, informasi sistem, teknologi web, kecerdasan buatan, statistik, penggunaan model dan stimulasi.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Berasaskan pengiktirafan kepada kepentingan penghantaran, pengumpulan dan pemprosesan maklumat dalam sistem biologi, Paulien Hogeweg pada tahun 1978 menggunakan istilah "bioinformasi" untuk merujuk kajian pemprosesan maklumat sistem biotik. [1] Definisi ini mengiktirafkan bioinformatik selarasa dengan bidang biofizik dan biokimia. Antara jenis maklumat biologi yang diproses dan dikaji pasa permulaan era bioinformasi ialah pembentukan struktur interaksi sosial yang kompleks dengan menggunakan peraturan mudah seperti tingkah laku yang akan dikumpulan untuk penyelenggaraan dalam model evolusi prebiotik.

Pada permulaan "revolusi genomik", bioinformatik dirujuk semula sebagai penciptaan dan penyelenggaraan pangkalan data untuk menyimpan maklumat biologi seperti urutan nukleotida dan asid amino. Pembangunan pangkalan data seperti ini bukan sahaja melibatkan isu-isu berkenaan reka bentuk sistem tetapi juga pembangunan antara muka yang kompleks yang membolehkan penyelidik mengakses data yang sedia ada serta mengemukakan data baru atau disemak semula.

Dalam mengkaji aktiviti sel biasa dalam penyakit yang berbeza, data biologi mesti digabungkan untuk membentuk gambaran yang menyeluruh. Perkembagaan dalam bioinformasi menjadikan tugas utama dalam bidang ini adalah untuk menganalisis dan mentafsir data yang terdiri daripada urutan asid amino, nukleotida, domain protein, dan struktur protein.[2]

Keperluan dalam keupayaan-keupayaan bioinfomasi telah menurun semenjak maklumat genom boleh diperolehi secara mudah hasil dari Projek Genom Manusia. Matlamat dalam projek ini ialah untuk memastikan turutan dalam keseluruhan gen-gen manusia (mendekati tiga bilion pasangan-pasangan asas) boleh dicapai pada tahun 2002. Sains dalam bioinformasi, sangat diperlukan untuk memahami penyakit-penyakit manusia dan pengenalpastian target-target molekul baru untuk pencarian dadah penyembuhnya. Semenjak memahami kepentingan ini, banyak universiti-universiti, institusi-institusi kerajaan dan syarikat-syarikat farmasi membentuk kumpulan-kumpulan bioinformasi, yang disertai ahli biologi dan saintis komputer. Kumpulan-kumpulan seperti ini memperbolehkan maklumat secara besar-besaran terus dijana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Paulien Hogeweg (2011). "The roots of Bioinformatics in Theoretical Biology". 
  2. Attwood T.K., Gisel A., Eriksson N-E. and Bongcam-Rudloff E. (2011). "Concepts, Historical Milestones and the Central Place of Bioinformatics in Modern Biology: A European Perspective". Bioinformatics - Trends and Methodologies. InTech. Diperoleh pada 8 Jan 2012.