Biosurfaktan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biosurfaktan ialah bahan aktif permukaan yang disintesiskan oleh sel-sel hidup. Bahan-bahan itu mempunyai sifat mengurangkan tegangan permukaan, menstabilkan emulsi, serta menggalakkan pembusaan dan secara amnya, mempunyai sifat tak toksik dan sifat terbiodegradasikan. Minat terhadap surfaktan mikrob kian bertambah pada masa kebelakangan ini, disebabkan oleh kepelbagaian, sifat ramah persekitaran, kemungkinan pengeluaran berskala besar, kepilihan, prestasinya di bawah keadaan berketerlaluan, dan kemungkinan penggunaannya dalam perlindungan persekitaran.[1][2]

Biosurfaktan mempertingkat pengemulsian hidrokarbon, mempunyai keupayaan untuk melarutkan bahan pencemar hidrokarbon, serta meningkatkan ketersediaannya untuk didegradasikan oleh mikrob. Penggunaan kimia untuk merawat tapak terkontaminasi hidrokarbon boleh mencemari alam sekitar dengan keluaran-keluaran sampingan, manakala perawatan biologi dapat memusnahkan bahan pencemar dengan cekap, selain daripada bersifat terbiogedrasikan pada dirinya. Oleh itu, mikroorganisma yang menghasilkan biosurfaktan memainkan peranan yang utama dalam mempercepat biopumulihan tapak terkontaminasi hidrokarbon.[3][4][5] Sebatian-sebatian ini juga boleh digunakan dalam penemuan minyak terbesar serta dipertimbangkan untuk kegunaan-kegunaan berpotensi yang lain dalam perlindungan alam sekitar.[5][6] Kegunaan-kegunaannya yang lain termasuk perumusan herbisid dan pestisid, detergen, penjagaan kesihatan, kosmetik, pulpa dan kertas, batu arang, tekstil, pemprosesan seramik dan makanan, pemprosesan bijih uranium, serta pengawaairan mekanik tanah gambut.[1][2][7]

Banyak mikroorganisma diketahui mensintesiskan agen-agen aktif permukaan, dengan kebanyakannya merupakan bakteria dan yis.[8][9] Apabila ditumbuh pada substrat hidrokarbon yang bertindak sebagai sumber karbon, mikroorganisma itu mensintesiskan berbagai-bagai bahan kimia seperti glikolipid dan fosfolipid menerusi aktiviti permukaan.[10][11] Bahan-bahan kimia itu kelihatan disintesiskan untuk mengemulsi substrat hidrokarbon dan memudahkan pengangkutannya ke dalam sel-sel. Dalam sesetengah spesies bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa, biosurfaktan juga terlibat dalam tingkah laku kemotilan kelompok yang dikenali sebagai kemotilan pengerumunan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Banat, I. M., Makkar, R. S., Cameotra, S. S.: Potential commercial applications of microbial surfactants. Appl. Microbiol. Biotechnol. 53 (2000), 495−508.
  2. ^ a b Rahman, K. S. M., Thahira-Rahman, J., McClean, S., Marchant, R., Banat, I.M.: Rhamnolipid biosurfactants production by strains of Pseudomonas aeruginosa using low cost raw materials. Biotechnol Prog. 18 (2002), 1277−1281.
  3. ^ Rosenberg, E., Ron, E. Z.: High and low molecular mass microbial surfactants. Appl. Microbiol. Biotechnol. 52 (1999), 154−162.
  4. ^ Del ‘Arco, J. P., De Franca, F. P.: Influence of oil contamination levels on hydrocarbon biodegradation in sandy sediments. Environ. Pollut. 110 (2001), 515−519.
  5. ^ a b Rahman, K. S. M., Banat, I.M., Thahira-Rahman, J., Thayumanavan, T., Lakshmanaperumalsamy, P.: Bioremediation of gasoline contaminated soil by a bacterial consortium amended with poultry litter, coir pith and rhamnolipid biosurfactant. Bioresource Technol. 81 (2002), 25−32.
  6. ^ Shulga, A., Karpenko, E., Vildanova-Martsishin, R., Turovsky, A., Soltys, M.: Biosurfactant enhanced remediation of oil-contaminated environments. Adsorpt. Sci. Technol. 18 (1999), 171−176.
  7. ^ Ron, E. Z., Rosenberg, E.: Natural roles of biosurfactants. Environ. Microbiol. 3 (2001), 229−236.
  8. ^ Banat, I. M.: Biosurfactants production and possible uses in microbial enhanced oil recovery and oil pollution remediation: a review. Bioresource Technol. 51 (1995), 1−12.
  9. ^ Kim, S.E., Lim, E. J., Lee, S.O., Lee , J. D., Lee, T.H.: Purification and characterisation of biosurfactants from Nocardia sp. L-417. Biotechnol. Appl. Biochem. 31 (2000), 249−253.
  10. ^ Muriel, J.M., Bruque, J.M., Olias, J.M., Sanchez, A. J.: Production of biosurfactants by Cladosporium resinae. Biotechnol. Lett. 18 (1996), 235−240.
  11. ^ Desai, J.D., Banat, I.M.: Microbial production of surfactants and their commercial potential. Microbiol. Mol. Biol. Rev. 61 (1997), 47−64.