Bioteknologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur insulin

Bioteknologi ("teknologi biologi") merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai Kepelbagaian Biologi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]

"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."

Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]

Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya saty revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.


Contoh[sunting | sunting sumber]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang perubatan, bioteknologi moden mempunyai banyak aplikasi dalam bidang seperti penemuan dan pengeluaran ubat farmaseutikal, farmakogenomik dan ujian genetik (atau penyaringan genetik). Pada 2021, hampir 40% daripada jumlah nilai syarikat syarikat bioteknologi farmaseutikal di seluruh dunia telah aktif dalam onkologi (ilmu kanser), dengan neurologi serta penyakit jarang jumpa menjadi dua tumpuan aplikasi besar lain.[3]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Tanaman transgenik ("tanaman GM", atau "tanaman bioteknologi") ialah tumbuhan dalam pertanian dengan DNA yang telah diubah suai melalui teknik kejuruteraan genetik.[4] Dalam kebanyakan kes, matlamat utama adalah untuk memperkenalkan sifat (trait) baharu yang tidak ada secara semula jadi dalam spesies. Firma bioteknologi boleh menyumbang kepada keselamatan makanan masa hadapan dengan menambah baik pemakanan dan daya maju pertanian bandar. Tambahan pula, perlindungan hak harta intelek menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam agrobioteknologi. Contoh sifat yang ditambah termasuk ketahanan menentang perosak,[5] penyakit,[6] persekitaran luar kelaziman,[7] ketahanan terhadap bahan kimia seperti herbisid,[8] pengurangan kerosakan,[9] dan menambah atau memperkaya kandungan nutrien tanaman.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Convention on Biological Diversity Diarkibkan 2008-08-29 di Wayback Machine (Article 2. Use of Terms)." United Nations. 1992. Dicapai pada 20 September 2006.
  2. ^ Bunders, J.; Haverkort, W.; Hiemstra, W. "Biotechnology: Building on Farmer's Knowledge." 1996, Macmillan Education, Ltd. ISBN 0-333-67082-5
  3. ^ "Top Global Pharmaceutical Company Report" (PDF). The Pharma 1000. November 2021. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  4. ^ "Frequently asked questions on genetically modified foods". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-30.
  5. ^ Genetically Altered Potato Ok'd For Crops Lawrence Journal-World – 6 Mei 1995
  6. ^ National Academy of Sciences (2001). Transgenic Plants and World Agriculture. Washington: National Academy Press.
  7. ^ Paarlburg R (Januari 2011). "Drought Tolerant GMO Maize in Africa, Anticipating Regulatory Hurdles" (PDF). International Life Sciences Institute. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2014.
  8. ^ Carpenter J. & Gianessi L. (1999). Herbicide tolerant soybeans: Why growers are adopting Roundup Ready varieties Diarkibkan 19 November 2012 di Wayback Machine. AgBioForum, 2(2), 65–72.
  9. ^ Haroldsen VM, Paulino G, Chi-ham C, Bennett AB (2012). "Research and adoption of biotechnology strategies could improve California fruit and nut crops". California Agriculture. 66 (2): 62–69. doi:10.3733/ca.v066n02p62.
  10. ^ About Golden Rice Diarkibkan 2 November 2012 di Wayback Machine. Irri.org.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera