Biro Kontena Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biro Kontena Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Container Bureau,Perancis: Bureau International des conteneurs, BIC) menguruskan piawai untuk kontena pengangkutan.

Matlamat organisasi ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara sektor korporat, badan kerajaan dan pertubuhan bebas berkaitan pengangkutan antara mod, proses pengkontenaan dan pengendalian kontena.

Asalnya ditubuhkan pada tahun 1933 di bawah naungan Dewan Perniagaan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Chamber of Commerce), menghentikan operasinya ketika Perang Dunia Kedua, dan beroperasi semula pada tahun 1948.

BIC dipilih oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) pada penghujung tahun 60-an, sebagai pejabat pendaftar tunggal untuk pendaftaran dan perlindungan untuk kod pengenalan ("Kod BIC") pemilik dan pengendali kontena yang kemudiannya dipiawaikan sebagai ISO 6346. Ini bagi memastikan kod yang unik untuk setiap kontena di dunia, dan ianya juga perlu didaftarkan dengan BIC.

Konvensyen kastam berkenaan kontena (bahasa Inggeris: The Customs Convention on Containers) (CCC-1972) dalam pindaan terbarunya yang dikuatkuasakan pada 2008, juga merujuk kepada ISO 6346 dan kod pendaftaran BIC untuk membenarkan pengedaran kontena di seluruh dunia.

Ibu pejabat biro ini terletak di Paris, Perancis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]