Biro Tatanegara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Biro Tatanegara (BTN) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan pada 1981, dengan skop untuk melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara Malaysia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat jabatan ini terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan penstrukturan semula jabatan ini. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia, Jabatan Perdana Menteri ini kemudiannya dipindahkan ke Jalan Kelantan, Kuala Lumpur.

Pada Jun 1982, unit ini telah ditukar nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tiga cawangan BTN telah diwujudkan merangkumi cawangan zon utara, selatan dan timur. Seterusnya pada tahun 1983, BTN telah dipindahkan ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1987, BTN cawangan negeri telah diwujudkan. Sehingga kini BTN mempunyai empat belas (14) buah cawangan negeri dan tujuh belas (17) buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi iaitu Akademi Kenegaraan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN telah berpindah ke Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga sekarang.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah melaksanakan program-program cinta yang menanamkan unsur-unsur kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dan pelajar serta masyarakat Malaysia bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

BTN bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan dengan tepat dan jelas menerusi pelabagai program yang dianjurkan. Selain itu, ianya merupakan sebahagian daripada agenda nasional dalam memastikan sosio ekonomi yang seimbang antara semua kaum. Ianya juga selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mampu memahami dan mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Peningkatan pengetahuan dan pemahaman terhadap patriotisme dan kenegaraan
  2. Peningkatan pengetahuan dan pemahaman terhadap dasar negara
  3. Peningkatan pengetahuan dan pemahaman terhadap isu-isu semasa
  4. Peningkatan pengetahuan, pemahaman dan penghayatan nilai-nilai murni

Misi[sunting | sunting sumber]

Penyampaian program kecemerlangan patriotism melalui pendidikan, latihan, kesedaran & perkongsian strategik

Visi[sunting | sunting sumber]

Peneraju Patriotisme Negara

Teras Strategik[sunting | sunting sumber]

BTN telah menetapkan sebanyak lima (5) teras untuk memenuhi objektif, visi dan misi BTN.Teras tersebut adalah seperti berikut :

  1. Meningkatkan Keberkesanan Program Latihan Transformasi Negara (PLTN)
  2. Mengukuhkan Pakatan Strategik dan Rangkaian BTN
  3. Memperkasakan Pendidikan Kenegaraan dan Patriotisme
  4. Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat
  5. Memperkasakan Akademi Kenegaraan

Semangat Kenegaraan[sunting | sunting sumber]

Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Ianya adalah memastikan bahawa setiap pelajar mempunyai jati diri yang kukuh serta menanamkan keazaman untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara apabila pulang ke negara.

BTN tidak pernah menyebarkan ideologi perkauman dengan membezajkan antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain. BTN hanya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.[1]

Reaksi Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau berpendapat bahawa semangat patriotisme yang diterapkan dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) baik untuk semua pihak bukan sahaja penyokong kerajaan. [2]
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar:
Beliau berkata keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri itu daripada mengikuti kursus BTN semata-mata bertujuan politik, supaya rakyat lupa akan janji-janji pembangkang pada pilihan raya umum lepas.[3]
Beliau berkata kerajaan tiada masalah mendedahkan kepada umum silibus dan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa pembangkang sebagai 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) untuk memupuk semangat perkauman di kalangan peserta.[4] Beliau juga menyifatkan ia merupakan usaha pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah dalaman mereka selain menenggelamkan khidmat BN yang mendahulukan kepentingan rakyat. Ini kerana kerana BTN wujud sudah lama, dan kenapa sekarang baru nak ditimbulkan isu ini.
Pada 30 November 2009, Kabinet yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia. Tambah beliau lagi, ia dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.[5]

Alamat[sunting | sunting sumber]

BIRO TATANEGARA
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya

Tel : 603 8000 8000
Fax : 603 88883458
Laman Rasmi BTN : www.btn.gov.my

Emel : webmaster@btn.gov.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

==www.btn.gov.my
==

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • SPIES - Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan nafi program BTN berasaskan perkauman
  2. BTN Baik Untuk Semua Tanpa Mengira Fahaman Politik - Shahrizat.
  3. BTN Baik Untuk Semua Tidak Kira Fahaman Politik, Kata Shahrizat. BERNAMA 28 November, 2009 16:33 PM
  4. Isu sengaja dicetus pembangkang bagi alih fokus masyarakat.
  5. "Sukatan kursus BTN akan dirombak", Malaysiakini.com, 30 November 2009.