Björk Guðmundsdóttir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Björk
Björk membuat persembahan di Coachella, 2007
Latar belakang
Nama lahir Björk Guðmundsdóttir
Juga dikenali sebagai Björk
Genre Elektronika
Rock alternatif
Pop
Eksperimental
Trip-Hop
Ambien
IDM
House
Jazz
Muzik zaman baru
Kontemporari
Tari
Downtempo
Muzik rakyat
A Capella
Rock perindustrian
Rock punk
Pekerjaan Vokalis, pemuzik, penerbit, penggubah lagu, pengaturcara muzik, pelakon
Instrumen Vokal, papan kekunci, piano, seruling, komputer
Tahun aktif 1977 — sekarang
Label One Little Indian
Elektra/Atlantic
Polydor
Mother
Smekkleysa
Kegiatan berkait The Sugarcubes
Tappi Tíkarrass
KUKL
Spit and Snot
Exodus
Jam80
Laman web bjork.com

Björk Guðmundsdóttir [ˈpjœr̥k ˈkvʏðmʏntsˌtoʊhtɪr] (lahir 21 November, 1965 di Reykjavík, Iceland) atau lebih dikenali dengan nama pertamanya Björk adalah seorang penyanyi, penggubah lagu, komposer dan pelakon wanita berasal dari Iceland.

Beliau dikenali kerana menggabungkan pelbagaian pengaruh dalam penghasilan muziknya[1], termasuk pop, rock alternatif, jazz, ambien, elektronika, muzik rakyat dan muzik klasik. Beliau memenangi pelbagai anugerah dunia seni, selain 12 pencalonan Anugerah Grammy dan satu pencalonan Anugerah Academy.

Bernaung di bawah syarikat rakaman One Little Indian, pada 2003 Björk telah menghasilkan penjualan sebanyak 15 juta album di seluruh dunia[2].

Album terbarunya Volta, telah diedarkan ke seluruh dunia bermula 8 Mei 2007. Beliau telah menduduki tangga #36 dalam carta The 100 Greatest Women in Rock and Roll di VH1[3] dan #8 untuk carta 22 Greatest Voices in Music di MTV. Dalam pada itu di dunia Nusantara, Melly Goeslaw pernah menyatakan minatnya terhadap Björk.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muziknya bermula seawal 11 tahun dengan pembelajaran piano klasik di sekolah rendah. Salah seorang guru muzik beliau kemudian menghantar rakaman lagu Tina Charles "I Love to Love" nyanyian Björk ke RÚV, satu-satunya stesen radio di Iceland pada ketika itu. Nyanyian tersebut yang berkumandang di seluruh negara, membuka peluang kepadanya untuk bernaung di bawah label rakaman Fálkinn. Albumnya bertajuk "Björk" terbit pada 1977.

Di alam remajanya Björk dipengaruhi oleh rock punk; pada 14 tahun beliau menubuhkan kumpulan punk wanita "Spit and Snot", diikuti dengan kumpulan fusion jazz "Exodus" pada 1979. Pada 1980 beliau persekolahan di sekolah muziknya berakhir. Pada 1982 Björk dan pemain bass Jakob Magnússon menubuhkan sebuah lagi band yang digelar "Jam-80" yang kemudiannya bertukar menjadi "Tappi Tíkarrass" (yang bermaksud gabus dipunggung jalang dalam Bahasa Iceland), dan mengeluarkan single "Bítið Fast í Vítið" pada tahun yang sama. Album mereka "Miranda" muncul berikutnya pada tahun 1983.

Seterusnya Björk bergandingan dengan Einar Örn Benediktsson dan Einar Melax dari Purrkur Pillnikk; serta Guðlaugur Óttarsson, Sigtryggur Baldursson dan Birgir Mogensen dari Þeyr. Selepas menulis lagu dan berlatih selama 2 minggu, kumpulan baru KUKL ("sihir" dalam Bahasa Iceland), ditubuhkan bersama, menjana muzik yang dianggap bercorak Rock Gothic. Björk mula menunjukkan gaya tersendirinya; nyanyian yang diselang-seli dengan raungan dan pekikan.

KUKL menjelajahi Iceland dengan kumpulan punk anarkis dari UK, Crass dan kemudian melawat UK dalam siri persembahan bersama Flux of Pink Indians. Mereka menerbitkan dua album sebagai hasil dari kerjasama tersebut; "The Eye" (1984) dan "Holidays in Europe" (1986), kedua-duanya dibawah label Crass Records.

Kumpulan ini akhirnya dimansuhkan, sebahagiannya berpunca dari penutupan label rakaman mereka, Gramm. Pada musim panas 1986, beberapa ahli kumpulan KUKL dan kumpulan surrealis Medusa bersama menubuhkan kesatuan kolektif kesenian Smekkleysa (Bad Taste). Terdapat pembahagian muzik di dalam kolektif tersebut dengan nama KUKL yang selepas itu menukar nama kepada The Sugarcubes. Kedua-dua Smekkleysa dan The Sugarcubes secara rasminya ditubuhkan pada tarikh kelahiran anak lelaki Björk, Sindri.

Kejayaan arus perdana[sunting | sunting sumber]

The Sugarcubes[sunting | sunting sumber]

Single pertama The Sugarcubes, "Ammæli" (atau "Birthday" tajuk Bahasa Inggeris), menjadi popular di UK setelah menjadi single pilihan mingguan oleh Melody Maker. The Sugarcubes seterusnya disunting oleh One Little Indian, sebagai kumpulan muzik syarikat rakaman tersebut, yang dinaungi oleh Derek Birkett, bekas pemain bass Flux of Pink Indians. Mereka mencetuskan pengikut kultus di Amerika Syarikat dan UK, seterusnya menarik minat syarikat-syarikat rakaman besar. Bagaimanapun mereka menolak kesemua tawaran yang lumayan tersebut demi kepentingan artistik dan kreativiti mereka dengan mengekalkan kedudukan di One Little Indian. Sehingga hari ini Björk juga tidak berganjak dari syarikat tersebut. Untuk pasaran Amerika Syarikat, The Sugarcubes telah memeterai perjanjian pengedaran album dengan Elektra Records dan juga menghasilkan kembali rakaman album pertama mereka berjudul Life's Too Good pada 1988. Penerbitan album tersebut lebih melonjakkan mereka ke persada antarabangsa - sesuatu yang belum ditandingi mana-mana kumpulan pemuzik Iceland. Sementelah bersama The Sugarcubes, Björk melibatkan dirinya dengan beberapa projek sampingan. Di antaranya ialah rakaman album Gling-Gló, sebuah himpunan lagu-lagu jazz popular serta lagu-lagu hasil kerjasama Björk dan Trio Guðmundar Ingólfssonar (kumpulan jazz berlapan) yang diedarkan di Iceland. Björk juga menyumbangkan suaranya untuk album 808 State yang berjudul Ex:el, seterusnya merangsang minat beliau terhadap muzik house. Lagu yang berjudul "Ooops" dihasilkan sebagai single di UK dan kemudiannya disenarai-pendek untuk album lagu-lagu terbaik 808 State, berjudul "808:88:98".

Zaman Debut: 1993[sunting | sunting sumber]

Debut[sunting | sunting sumber]

Kulit album Debut.

Pada 1992 aktiviti The Sugarcubes mula pudar, berpunca dari konflik percanggahan misi kumpulan tersebut. Mereka tidak aktif buat suatu tempoh masa demi mengelakkan persengketaan dan menjaga persahabatan di antara ahli-ahlinya. Mereka walau bagaimanapun masih kekal bersahabat dan aktif dalam mentadbir Smekkleysa/Bad Taste. Björk berhijrah ke London untuk meneruskan kerjayanya sebagai artis solo; satu titik permulaan baginya bergandingan dengan penerbit Nellee Hooper yang antara lain telah melonjakkan nama Massive Attack. Kerjasama tersebut telah membuahkan lagu hit solo pertamanya "Human Behaviour". Album solo pertamanya Debut, muncul pada Jun 1993 dan mendapat ulasan-ulasan positif. Ia dinamakan album tahunan oleh NME dan dianugerahkan platinum di Amerika Syarikat. Pada Anugerah BRIT 1994 Björk memenangi Anugerah Wanita Antarabangsa Terbaik dan Pendatang Baru Antarabangsa Terbaik[4]. Debut terhasil dari penulisan-penulisan Björk sejak remaja, juga penulisan-penulisan gandingannya dengan Nellee Hooper.

Kejayaan album Debut terus menggamit artis-artis lain untuk bekerjasama dengannya. Björk berganding bahu dengan David Arnold untuk "Play Dead", lagu tema filem The Young Americans pada 1993 (juga dilampirkan di dalam album terbitan semula Debut, selepas itu), selain kerjasama dalam penghasilan dua lagu untuk Tricky sempena projek Nearly God. Selain itu Björk tampil dalam sebuah lagu untuk album Not For Threes oleh Plaid, yang diterbitkan oleh label kultus Warp Records. Beliau juga menulis lagu "Bedtime Story" untuk Madonna dalam album Bedtime Stories pada 1994.

Tampilan video muzik "Army Of Me". "Army Of Me" merupakan single pertama yang dikeluarkan daripada album Post.

Zaman Post: 1995[sunting | sunting sumber]

Post[sunting | sunting sumber]

Björk kembali ke studio pada 1994 untuk mengerjakan album solo keduanya bersama Nellee Hooper, Tricky, Graham Massey dari 808 State dan Howie B, seorang penerbit muzik elektronika. Album tersebut, Post mengandungi lagu-lagu berdasarkan kisah-kisah perhubungannya dan lagu bertemakan cinta (salah satu subjek kegemarannya), juga beberapa bahan berbentuk konfrantasi dan kemarahannya. Seperti Debut, ia adalah himpunan lagu-lagu yang telah ditulisnya sejak sekian lama. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak terbitan dilakukan dalam Post

Telegram[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Björk telah melancarkan sebuah album remix, Telegram. Album ini menghimpunkan remix-remix bagi semua lagu dalam album Post kecuali "The Modern Things" dan "It's Oh So Quiet".

Zaman Homogenic: 1997[sunting | sunting sumber]

Homogenic[sunting | sunting sumber]

Björk membuat persembahan di Ruisrock, Turku, Finland pada 1998.

Selepas itu dalam tahun yang sama, album Homogenic diterbitkan. Ia menandakan peralihan dramatik dari imejnya bak "pixie" (atau pari-pari) yang tercerna dalam album Debut dan Post. Björk bekerjasama dengan penerbit Mark Bell dari LFO dan Howie B dalam albumnya itu dan Eumir Deodato untuk lagu-lagu remix kemudiannya. Homogenic merupakan album beliau yang paling terbuka dan eksperimental setakat ini. Album ini penuh dengan beat yang kuat. Contoh yang paling menyerlah adalah dari lagu "Jóga", di mana beliau telah diilihamkan untuk menulis sebuah lagu yang "penuh cinta dan kebanggaan" serta bersifat seperti Iceland.

Homogenic telah mengeluarkan beberapa video muzik. Sebagai contoh, video "Bachelorette" arahan Michel Gondry dan "All Is Full Of Love" arahan Chris Cunningham.

Terdapat lima buah single yang telah dikeluarkan dari album ini, iaitu "Jóga", "Bachelorette", "Hunter", "Alarm Call", dan "All Is Full Of Love".

Dalam sebuah temubual bersama majalah Spin, penyanyi kumpulan Radiohead, Thom Yorke mengatakan lagu "Unravel" daripada album ini merupakan lagu yang paling beliau sukai, malah cuba untuk menyuruh kumpulannya untuk menyanyikan semula lagu tersebut. Pada November 2007, kumpulan tersebut telah mendendangkan lagu tersebut sebagai sebahagian daripada siaran web langsung. Video tersebut dapat ditonton di YouTube[5].

Album tersebut diperakukan status Emas di Amerika Syarikat pada 2001 dan Platinum pada 2006.

Björk membuat persembahan di Radio City Music Hall pada 2001.

Zaman Vespertine: 2001[sunting | sunting sumber]

Vespertine[sunting | sunting sumber]

Vespertine ialah album studio Bjork yang keempat selepas Homogenic. Berlainan dengan album Homogenic yang lebih bersifat berani, bersemangat dan eksperimental, Vespertine pula lebih lembut, halus dan bertemakan tema yang lebih kewanitaan.

Vespertine telah mengeluarkan 3 buah single iaitu "Hidden Place", "Pagan Poetry", dan "Cocoon". Video muzik juga telah dibuat untuk lagu-lagu tersebut. Video muzik bagi lagu "Pagan Poetry" merupakan sebuah video yang bersifat kontroversi kerana memaparkan klip-klip yang kurang elok seperti hubungan seks, jahitan korset pada badan, tindikan serta klip di mana Bjork telanjang separuh badan. Begitu juga dengan video "Cocoon", di mana beliau kelihatan berbogel (yang sebenarnya memakai sut badan) dan benang merah telah dikeluarkan dari payudaranya lalu membalutnya. Kedua-dua video ini disaring atau diharamkan dalam MTV.

Dilancar bersama album Vespertine ialah sebuah buku meja kopi mengandungi prosa mudah dan gambar bertajuk Björk[6].

Björk telah memulakan konsert jelajah di teater-teater dan dewan-dewan opera bagi mempromosi albumnya bersama ahli-ahli muzik seperti Matmos, pemain hap Zeena Parkins dan sebuah koir Inuit. Koir tersebut beliau dapat apabila beliau mengadakan sebuah uji bakat sewaktu beliau berada di Greenland sebelum konsert jelajah Vespertine[7]. Pada waktu tersebut Vespertine merupakan album Björk yang mempunyai jualan tercepat, dengan jumlah sebanyak dua juta salinan menjelang akhir tahun 2001[8]

Family Tree / Greatest Hits[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Björk telah mengeluarkan set kotak CD Family Tree yang merupakan tinjauan kembali bagi kerjayanya. Set kotak ini mengandungi banyak penggubahan yang belum pernah dikeluarkan, termasuklah karyanya bersama Brodsky Quartet. Di samping Family Tree, sebuah album kompilasi, iaitu Greatest Hits juga dikeluarkan. Lagu-lagu di dalam album tersebut dipilih oleh para peminat Björk melalui sebuah tinjauan yang dikendalikan oleh laman sawang rasminya. Kedua-dua keluaran tersebut kurang mendapat sambutan. Sebuah edisi DVD bagi cakera padat tersebut juga telah dikeluarkan, yang mengandungi kesemua video muzik solo Björk. Single baru daripada set tersebut, bertajuk "It's In Our Hands", mendapat kedudukan nombor 37 di carta UK. Videonya yang diarah oleh Spike Jonze menampilkan Björk yang sedang sarat mengandung.

Zaman Medúlla: 2004[sunting | sunting sumber]

Live Box[sunting | sunting sumber]

Björk membuat persembahan di Fuji Rock Festival pada 2003.

Pada 2003, Björk telah mengeluarkan satu lagi set kotak iaitu Live Box. Set kotak ini mengandungi empat CD rakaman live dari album-album sebelumnya dan juga sebuah DVD menampilkan satu video muzik bagi setiap album. Keempat-empat CD ini kemudiannya dijual berasingan dengan harga yang lebih murah.

Medúlla[sunting | sunting sumber]

Album Medúlla telah diterbitkan pada bulan Ogos 2004. Berbanding dengan rakaman-rakaman album sebelum ini, kebanyakan lagu dalam album ini dibuat tanpa menggunakan alat muzik. Bagi album ini, beliau telah menggunakan kemahiran Kargyraa Tanya Tagaq Gillis, beatbox hip-hop Rahzel, beatbox Jepun Dokaka, pemuzik rock Mike Patton, penyanyi / pemain dram kumpulan Soft Machine Robert Wyatt dan beberapa koir. Sekali lagi, beliau telah memetik puisi daripada E.E. Cummings bagi lagunya "Sonnets / Unrealities IX". Pada masa tersebut, Medúlla merupakan albumnya yang paling berjaya dalam carta di Amerika Syarikat, mendapat kedudukan nombor 14. Kini, gelaran tersebut jatuh kepada album seterusnya, Volta.

Björk menyanyi dalam Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2004.

Pada Ogos 2004, Björk telah mempersembahkan lagu "Oceania" dalam Majlis Pembukaan bagi Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece. Lagu ini telah ditulis khas bagi majlis tersebut. Lagu ini juga mengandungi beatbox yang dilakukan oleh beatboxer dari Leeds, Shlomo dan menampilkan sebuah koir London. Sebuah lagu "Oceania" versi baru telah dibikin dan membawakan nyanyian serta lirik tambahan daripada penyanyi R&B, Kelis. Lagu tersebut pada mulanya dimasukkan ke dalam single promosi "Oceania" diedar kepada stesyen radio, dan seterusnya dimuatkan ke dalam single "Who Is It (Carry My Joy On The Left, Carry My Pain On The Right)" sebagai B-side. Single ini kemudiannya diikuti oleh "Triumph Of A Heart" yang dilancarkan pada awal 2005. Berkemungkinan sebagai single seterusnya, sebuah video muzik telah dibikin bagi single "Where Is The Line?". Video tersebut telah diarah oleh Gabríela Friðriksdóttir.

Tiada konsert jelajah telah diadakan bagi mempromosikan album Medúlla. Björk telah mengatakan bahawa selepas pembikinan album tersebut, beliau ingin terus membuat album yang seterusnya[9]:

Apabila anda mula menerokai sesuatu, anda membuka sebuah kotak dan semua benda dalamnya terkeluar. Anda tidak mahu menghentikan alirannya.

—Björk, slapmagazine.com, September 2004

Björk juga telah menyatakan bahawa lagu-lagu dalam album tersebut susah untuk dipersembahkan secara langsung[10].

(____surrounded)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006 Björk telah membikin semula tiga album pertamanya (Debut, Post dan Homogenic) berserta dua album runut bunyi (The Music From Drawing Restraint 9 dan Selmasongs: Music from the Motion Picture Soundtrack Dancer in the Dark) dalam 5.1 surround sound dan memuatkan album-album tersebut dalam sebuah keluaran set kotak (____surrounded) yang dilancarkan pada 27 Jun. Vespertine dan Medúlla telah pun dilancarkan dalam 5.1 sebagai sama ada DVD-A ataupun SACD tetapi dimasukkan juga sebagai format pembungkusan semula. DualDisc tersebut juga dijual berasingan[11].

Björk berDJ di komputernya pada Jun 2006.

Pada waktu ini, Björk menerima sebuah lagi pencalonan Anugerah BRIT untuk kategori Artis Solo Wanita Antarabangsa Terbaik[12]. Beliau juga dianugerahi Anugerah Ilham ("Inspiration Award") di Anugerah Tahunan Majalah Q pada Oktober 2005. Beliau menerima anugerah tersebut daripada Robert Wyatt, di mana beliau telah bekerjasama dengannya di album Medúlla.

Kugiran lama Björk, The Sugarcubes, telah bersatu semula untuk sebuah konsert satu malam di Reykjavík pada 17 November 2006. Keuntungan daripada konsert tersebut didermakan kepada label rakaman lama Björk, Smekkleysa, di mana mengikut kenyataan akhbar beliau, "terus bekerja dalam cara bukan untung untuk kebaikan masa depan muzik Iceland"[13].

Zaman Volta: 2007[sunting | sunting sumber]

Volta[sunting | sunting sumber]

Album studio keenam Björk, Volta, telah dikeluarkan pada Mei 7, 2007. Kebanyakkan lagu dalam album ini ditulis dan diterbit oleh Björk sendiri dan menampilkan 10 lagu baru. Di samping itu, album ini juga dikerjakan bersama pelbagai penerbit terkenal seperti Timbaland, Antony Hegarty, Sjón dan lain-lain lagi.

Björk di Radio City Music Hall pada Mei 2007.

Single pertama dari album ini iaitu "Earth Intruders" telah dipasarkan secara digital pada April 9, 2007. Lagu ini telah menjadi kemasukan kedua Björk dalam carta Billboard Hot 100, selepas kejayaan single "Big Time Sensuality" pada tahun 1993. Sementara itu, album Volta pula memasuki carta Billboard 200 pada nombor 9, dengan jualan sebanyak 43,000 pada minggu pertama. Ini menjadikannya album Björk pertama yang berjaya menembusi Top 10 dalam carta tersebut. Album ini juga mencapai posisi nombor 3 di carta album Perancis dengan jualan minggu pertama sebanyak 20,600 dan nombor 7 di Carta Album UK dengan jualan sebanyak 20,456 unit.

Single kedua daripada album tersebut, "Innocence" pula dipasarkan secara digital pada Julai 23, 2007 bersama video muzik yang telah dipilih melalui peraduan yang dijalankan dalam laman web rasmi Björk. "Declare Independence" dikeluarkan pada Januari 1, 2008 di dalam pakej super deluxe yang merangkumi vinil 2 x 12", CD dan sebuah DVD menampilkan video yang diarah oleh pengarah Michel Gondry. "Wanderlust" pula telah disahkan sebagai single keempat.

"The Dull Flame Of Desire" pula merupakan single kelima daripada album Volta.

Kontroversi dedikasi lagu "Declare Independence"[sunting | sunting sumber]

Semasa Konsert Jelajah Volta di Tokyo, Jepun, Björk telah mendedikasi lagu penutupnya, "Declare Independence" kepada Kosovo, yang juga baru sahaja mendapat kemerdekaan daripada Serbia pada 17 Februari 2008. Menurut unit pengurusan Björk, beliau telah dibatalkan dari membuat persembahan dalam EXIT Festival yang akan diadakan pada bulan Julai di Serbia. Penganjur acara tersebut telah menafikan mereka membatalkan mana-mana artis kerana mempunyai pendapat politik berlainan semata-mata, dan mengatakan bahawa berbuat demikian adalah melanggar prinsip. Walau bagaimanapun, wakil Björk telah menunjuk e-mail yang dihantar oleh penganjur utama, memberi amaran kepadanya agar tidak mendedikasi lagu tersebut kepada Kosovo dalam konsert-konsert yang akan diadakan di Eropah mahupun apa-apa temu bual yang "berkaitan dengan Kosovo".

Pada Mac 2, 2008, waktu konsert di Shanghai, China, Björk mendedikasi lagu yang sama kepada Tibet, menyebabkan ketidaksenangan di kalangan penduduk tempatan. Semasa konsert tersebut, Björk telah menyebut "Tibet, Tibet!" tiga kali diikuti dengan "Raise your flag!" sebanyak empat kali semasa menyanyikan lagu tersebut. Pada mulanya komen beliau ini tidak dilaporkan dalam mana-mana media massa, namun telah membawa ulasan negatif dalam internet. Hal ini kemudian diambil oleh rangkaian berita antarabangsa.

Voltaic[sunting | sunting sumber]

Voltaic ialah sebuah set kotak yang dikeluarkan oleh Björk, menyusuli pelancaran album keenamnya, Volta. Set kotak ini mengandungi 2 keping cakera padat dan 2 keping DVD. 2 keping CD tersebut ialah The Volta Tour, rakaman audio langsung dari konsert jelajah Volta serta The Volta Mixes, lagu-lagu remix daripada album Volta sementara 2 keping DVD tersebut pula termasuklah sekeping DVD The Volta Tour dan The Volta Videos, mengandungi video-video muzik rasmi untuk single-single daripada album Volta dan juga 10 video terbaik sewaktu peraduan video "Innocence".

Projek-projek masa depan[sunting | sunting sumber]

Bjork telah mengisytiharkan berkenaan pemasaran album live terbaharu "Live Sessions Album" (Volta Revisited) pada musim bunga 2008. Lagu-lagu versi live dalam album tersebut telah dirakam bersama kugirannya. Walau bagaimanapun, sama ada album tersebut akan mengandungi senarai lagu seperti dalam album Volta masih belum disahkan lagi.

Damian Taylor telah menyatakan tentang kerjasamanya dengan Bjork dalam albumnya yang terbaru, yang akan menampilkan penggunaan alat-alat muzik seperti Reactable dan Tenori-on

Björk dalam filem[sunting | sunting sumber]

Nama dan keturunan[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pencalonan Grammy[sunting | sunting sumber]

Anugerah-anugerah dan pencalonan lain[sunting | sunting sumber]

Anugerah Academy[sunting | sunting sumber]

Anugerah BRIT[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Cannes[sunting | sunting sumber]

Golden Globes[sunting | sunting sumber]

Anugerah Q[sunting | sunting sumber]

Anugerah MOJO[sunting | sunting sumber]

Anugerah Video MTV[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Filem, termasuk cameo[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: