Black mouth cur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Blackmouth Cur)
Black mouth cur
Nama lainVermont cur
Vermont black mouth cur
Yellow black mouth cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan Minimum 40 paun (18 kg)
Betina Minimum 35 paun (16 kg)
Tinggi 16–25 inci (41–64 cm)
Bulu Pendek
Warna Kuning, perang kekuning-kuningan, perang, brindle, atau hitam dengan muncung hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Black mouth cur,[a] yang juga dikenali sebagai southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur, ialah satu baka anjing jenis cur bersaiz sederhana hingga besar dari Amerika Syarikat. Dengan asal usul dari selatan negara itu, baka ini ialah rakan pemburu popular yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul black mouth cur adalah di Amerika Syarikat Selatan. Di sana, ia dikenali dengan sebilangan nama termasuk southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur.[1][2] Terdapat sebilangan cerita tentang keleluhuran baka ini, cerita yang paling lazim diterima ialah bahawa baka ini diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Mississippi selatan oleh peneroka Eropah. Anjing Eropah ini yang menjadi leluhur termasuk malinois Belgium.[1]] Dalam persekitaran ini, anjing ini dibiakbakakan menjadi bentuk semasanya sebagai anjing pemburu popular jenis cur, dan dari Mississippi ia tersebar ke pergunungan Tennessee, Missouri, dan Carolina Utara dan akhirnya ke rantau Big Thicket di Texas Tenggara.[1] Watak judulan dalam novel Old Yeller karya Fred Gipson didakwa sebagai black mouth cur.[2] Pada tahun 1987, sebuah kelab baka dibentuk untuk menyokong baka ini, iaitu Southern Black Mouth Cur Breeders Association ("Persatuan Pembiak Baka Southern Black Mouth Cur"), dan pada tahun 1998 baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club.[1][3]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor black mouth cur yang menunjukkan topeng melanisme tipikal di sekeliling muncung

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur ialah baka anjing bersaiz sederhana hingga besar, atletik, dan berotot.[1][4][5] Baka ini berbeza-beza dari segi ketinggian dan biasanya berdiri setinggi 16–25 inci (41–64 cm) dengan anjing individu yang diketahui mencapai 28 inci (71 cm).[1][4][5] Piawaian baka mewajibkan ketinggian minimum 18 inci (46 cm) untuk jantan dan 16 inci (41 cm) untuk betina.[3] Baka ini biasanya berukuran seberat 45–100 paun (20–45 kg),[4][5] dengan piawaian baka yang mengizinkan individu yang jelas lebih ringan daripada yang tipikal, dengan menyatakan minimum 40 paun (18 kg) untuk anjing jantan matang dan 35 paun (16 kg) untuk anjing betina matang.[3] Black mouth cur mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang biasanya berwarna kuning, perang kekuning-kuningan, atau perang muda, walaupun individu perang gelap, brindle, dan hitam diketahui.[1] Kepala baka ini lebar dan rata. Ia mempunyai telinga terkelepek dan muncung hitam yang jelas melanistik.[1] Ia mempunyai dada lebar, tungkai panjang, dan ekor panjang yang biasanya dibiarkan tidak terpotong.[1][4]

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur ialah baka amat aktif yang memerlukan banyak senaman. Baka ini berhati-hati terhadap orang asing dan diketahui sangat tegas melindungi kanak-kanak, kadang-kadang hingga membantah ibu bapa yang mendisiplinkan anak mereka. Banyak anjing diketahui bergerak balas dengan lebih baik kepada wanita pengendali.[2][4][5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur digunakan secara meluas untuk perburuan di serata Amerika Syarikat Selatan. Baka ini juga digunakan sebagai anjing gembala.[1][2][4] Baka ini digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk beruang hitam Amerika, babi jalang, rakun, rusa, dan tupai; baka ini mempunyai reputasi sebagai pemburu pelahap yang biasanya menangkap dan membunuh binatang buruan di atas tanah, walaupun ia juga melakukan treeing dan pengepungan buruan.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بلک ماءوث کر

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 222–223. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 203.
  3. ^ a b c "Official UKC breed standard: Black Mouth Cur" (PDF). United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2000. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ a b c d e f De Brisco, Andrew (1990). The mini-atlas of dog breeds (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. m/s. 291.
  5. ^ a b c d Palika, Liz (2007). The Howell book of dogs: the definitive reference to 300 breeds and varieties (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley Publishing Inc. m/s. 158. ISBN 978-0-470-00921-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]