Blues Gang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Blues Gang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre 'blues dan rock'
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/BluesGang.html

Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota.

Penyanyi Blues Gang _ Ito Mohd sekarang tinggal di Pulau Sebang Melaka, belakang Balai Polis Pulau Sebang bersama isteri Kak Ani dan anaknya Kikid. Tok Ghani (Gahni Talib) tinggal di Alang Sedayu Gombak bersama anak-anak dan isteri.

Jim Madasamy, Julian dan Abang Karim masih aktif di kelab sekitar Kuala Lumpur sepert Little Havana, Chesnut Ampang.

Ito Mohd masih aktif menerbitkan album solo dan yang terakhir album Blues Meletop telah dipasarkan dengan lagu-lagu yang amat menarik untuk didengari. 1. Blues Melatop (Nasir Jani) 2. Tiada Sempadan 3. Tunggu Dulu (Adi Jagat) 4. Ribut Pendamai 5. Kabus Sutera Unggu 6. Kekal Suci 7. Lamo Tak Jumpo (Dikir Blues / Mat Glamour / Ito / Naga-Naga) 8. Salam Cinta (Stone / Auf) 9. Nak Tahu 10. Takan MElayu Hilang Di Dunia ( Wan Ahmad Sweet Charity)

Ito Mohd adalah besan kepada Allahyarham Armali Aman Ramli (anak tunggal Saloma - AR Tompel) Boy anak Armali menjadi menantu Ito dan cucu Ito hasil perkahwinan mereka Yaya..seiras Saloma...Ito mempertahankan hak Saloma mengapa nama SALOMA digunakan tanpa kebenaran oleh Jojo (Syed Yusof)untuk SALOMA BISTRO..tempat ini menjual minuman keras yang menjatuhkan maruah keluarga Saloma.." Kenapa tak guna nama mak dia..ni gunakan nama Saloma pulak" kata Ito yang ditujukan kepada Jojo.

Selain itu Ito juga memperjuangkan harta seni seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Sebuah yayasan perlu ditubuhkan YAYASAN TAN SRI P RAMLEE yang menjaga semua khazanah seni allahyarham. Anak-anak P. Ramlee terbiar ada yang kerja angkat sampah..kenapa piahkyang erwajib membiarkan perkara ini berlaku.."kita bangga dan mempergunakan nama P.Ramlee sewenang-wenangnya sedangkan ahli keluarganya merempat, malulah sikit..." tambah Ito lagi..

"Jangan salahkan saya kerana menggunakan flatform parti pembangkang kerana selama ini pihak kerajaan yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional tidak memberi ruang kepada saya untuk menyuarakan langkah-langkah ini" menurut Ito. "Dah banyak kali berjumpa dengan menteri, dari Tan Sri Muhyidin hingga ke Ismail Sabri, diaorang ingat lagu-lagu ni sama dengan belacan ke?" rungut Ito. Lagu-lagu adalah harta rakyat yang boleh menjana pendapatan kepada negara dengan tidak perlu modal yang terlalu besar. Kenapa pihak kerajaan tidak mengambil berat masalah lanun cetak rompak..nak jual 5000 copy pun tak boleh..siapa lanun sebenarnya.. Ini tidak termasuk cukai rokok yang sebelum ini digunakan untuk menaja artis membuat persembahan. Kerajaan mengambil semua cukai rokok dan mempergunakan ke tempat yang lain..kesannya artis Malaysia merempat di tanah air sendiri..orang luar datang menyamun dan di agung-agungkan.. kalau Michael Jackson tu beranak kat Sentul..dia pun merempat cari makan...jual tose kut..kerana kerajaan Malaysia tidak 'protect' hasil seni..


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  1. Ito Mohd (vokal/harmonika)
  2. Julian Mokhtar (gitar utama)
  3. Ghani Dato' Abu Talib (gitar kedua/keyboard)
  4. Jim Kandasamy (Bass/Vokal)
  5. Shaik Karim (Drums/Vokal)

Ahli pengasas yang muncul di Lp "Any time Any day" 1979

  1. Shaik Karim (Drums/Vocal)
  2. Jim Madasamy (Bass/Vocal)
  3. A'shed(Rashid Yunus) Vocals/songwriter Link:[http//www.tribalwave.com.au]
  4. Mat Dollah (Mohamad Abdullah) Lead Guitar/songwriter

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. 1979 - Any Time Any Day
  2. 1981 - Blues Gang
  3. 1982 - Ada Lagi
  4. 1983 - Khatulistiwa
  5. 1984 - Livin' It Up
  6. 1985 - Sakit Sakit Sakit
  7. 1986 - Zaman Berubah
  8. 1988 - Mencari Penyelesaian
  9. 2011 - Album Biografi (Warner, 2011)

Lagu popular[sunting | sunting sumber]

  1. Apo Nak Di Kato
  2. Ibu dari Album Blues Gang (1981)
  3. Katakan Pada Ku dari Album Ada Lagi (1982)
  4. Cinta Oh Cinta dari Album Ada Lagi (1982)
  5. Khatulistiwa dari Album Khatulistiwa (1983)
  6. Sakit Gigi
  7. Maafkan Diriku
  8. Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin
  9. Bunyi Gitar dari Album Blues Gang (1981)
  10. Lagu Tiga Kupang dari Album Blues Gang (1981)
  11. Bukan Senang Jadi Senang
  12. Peristiwa Semalam dari Album Ada Lagi (1982)
  13. Mak Siti
  14. Turun Naik
  15. Don't You Hide dari Album Any Time Any Day
  16. Parasite People dari Album Any Time Any Day
  17. Angin Pendamai
  18. Jumpa Kawan Lama

Pautan luar[sunting | sunting sumber]