BoBoiBoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BoBoiBoy
BoBoiBoy Season 2 (2012).jpg
Genre Pengembaraan, Komedi
Format Animasi CGI
Komposer lagu tema Yuri Wong
Jonathan Lee[1]
Lagu pembukaan "BoBoiBoy, Superhero Kita!"
Lagu penutup "Bersedia"
Negara asal Malaysia
Bahasa Inggeris
Malaysia
Bilangan musim 3
Bilangan episod 40 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran 30 minit perkiraan (Musim 1)
21 minit (Musim 2)
Syarikat penerbitan Animonsta Studios
Syarikat pengedaran Media Prima
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 13 Mac 2011
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios

BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam format gambar HDTV[2]. Musim pertamanya bersiaran di TV3 mulai 13 Mac hingga 25 Disember 2011, dan Disney Channel Asia mulai 18 Jun 2011.[3] Musim kedua pula bersiaran di TV3 mulai 27 Mei 2012. Seperti Musim Pertama, musim ini juga akan terdiri daripada 26 episod.[4]

Kisah[sunting | sunting sumber]


Musim pertama (2011)[sunting | sunting sumber]

Poster promosi BoBoiBoy

Kisah bermula apabila BoBoiBoy datang untuk bercuti di Pulau Rintis dengan tujuan asal untuk membantu datuknya Tok Aba menjaga kedai kokonya. Di situlah dia mula-mula bertembung dengan Adu Du dan konco-konconya Probe dan Komputer yang datang ke Bumi untuk mencari koko sebagai sumber tenaga, dan pada masa yang sama dia menemui Ochobot dari kapal angkasa mereka yang memberikannya kuasa super yang memanipulasi tiga elemen. BoBoiBoy turut berkawan baru dengan Ying, Yaya dan Gopal dan mereka turut menerima kuasa super tersendiri daripada Ochobot untuk menangkis pelbagai ancaman oleh geng Adu Du ke atas Bumi.

Barisan adiwira dilengkapi lagi dengan keluarnya watak permainan video bernama Papa Zola yang berjiwa waja dan mencuit hati dari permainan video. Kemuncak musim pertama adalah sebelum BoBoiBoy pulang ke ibu kota, dia menang dalam melawan Adu Du dengan Robot Pemusnah Mulakakus (yang diperoleh daripada menggadaikan kapal angkasanya).

Musim kedua (2012-2013)[sunting | sunting sumber]

Enam bulan kemudian, BoBoiBoy kembali untuk menetap dan bersekolah di Pulau Rintis, dan bersatu semula dengan kawan-kawan di samping berkenalan dengan seorang budak lelaki misteri bernama Fang yang memiliki kuasa bayang. Pada mulanya Fang berdingin dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi lama-kelamaan mereka sedar bahawa Fang adalah sekutu dan juga mendapat kuasa daripada Ochobot dari suatu insiden dengan Adu Du. Juga munculnya sebuah ancaman baru yang lebih kuat bernama Ejo Jo yang sekaum dengan Adu Du dan turut bersaing untuk mencari koko, mendatangkan kemusnahan teruk yang melibatkan Probe. Maka Adu Du dari musuh turut menjadi seangkatan dengan BoBoiBoy untuk membendung ancaman baru itu.

Musim ketiga (2014)[sunting | sunting sumber]

Setelah lama berhempas, BoBoiBoy akhirnya mengusir Ejo Jo dari Bumi, kemudian membantu Adu Du untuk menghidupkan kembali Probe. BoBoiBoy turut menjadi terkenal di khalayak umum setelah menyelamatkan sebuah kilang coklat daripada Raksasa Koko. BoBoiBoy, Adu Du dan kawan-kawan berdepan dengan pelbagai ancaman baru yang kecil mahupun besar terhadap Pulau Rintis dan Bumi, daripada perompak bank, raksasa gergasi mahupun makhluk asing.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain[5](Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin)[6], setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dagulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.[7]

Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama.[5] Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".[8]

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.[6]

Siaran TV[sunting | sunting sumber]

Negara/Rantau Saluran Mula Tayangan Catatan
 Malaysia TV3 13 Mac 2011 Musim pertama hingga kini
 Indonesia Global TV 2011 Musim pertama dan kedua
MNCTV 20 Oktober 2014 Musim ketiga hingga kini
 Malaysia
 Singapura
 Indonesia
 Brunei
 Thailand
 Filipina
 Vietnam
 Kemboja
Disney Channel Asia 11 Jun 2011 Musim pertama hingga kini

Episod[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lyrics for the BoBoiBoy Theme song, The Official Blog of Animonsta Studios, 20 Jun 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.
  2. BoBoiBoy Trailer HD, 9 Jun 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.
  3. It's raining premieres on Disney this June, The Philippine Star, 31 Mei 2011. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  4. Animonsta Brings Local Hero to Southeast Asia, BERNAMA melalui Malaysian Digest, 28 Januari 2012.
  5. 5.0 5.1 "Boboiboy kelahiran sulung Animonsta". Utusan Malaysia. 12 November 2009. Diperoleh pada 12 Februari 2011. 
  6. 6.0 6.1 "BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?". Utusan Malaysia. 26 November 2010. Diperoleh pada 12 Februari 2011. 
  7. "Monstas on the loose". The Star. 8 Disember 2009. Diperoleh pada 13 Februari 2011. 
  8. [http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BoyNizam/Article/print_html Boy Nizam], Berita Harian, 13 Ogos 2011. Dicapai pada 27 Januari 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]