Boeing 717

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Boeing 717
AeBal B717 EC-HOA.jpg
An Aerolíneas de Baleares 717
Peranan Airliner
Negara pengeluar United States
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama September 2, 1998
Pengenalan October 12, 1999
Syarikat penerbangan utama AirTran
Midwest Airlines
QantasLink
Hawaiian Airlines
Dikeluarkan 1998-2006
Jumlah dibina 156
Dibangunkan dari McDonnell Douglas MD-90

Jet berkembar Boeing 717 adalah Pesawat komersial dibina Boeing untuk syarikat penerbangan perdagangan terkecil. Ia mula berkhidmat pada September 1999, menjadikannya salah satu kapal terbang penumpang terbaru di pasaran, dan bagaimanapun yang tertua - 717 adalah nama baru McDonnell Douglas MD-95, yang asalnya diasaskan pada Douglas DC-9 terkemuka yang mula terbang pada tahun 1965.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung abad ke-20, pengilang-pengilang pesawat komersil manghadapi pelbagai permasalahan. Douglas mengalami penurunan dalam penjualannya kerana bersaing dengan Boeing. Penjualan DC-10 dan MD-11 pula menerima saingan dari Lockheed L-1011. Hanya model DC-9 yang laku ketika itu dengan jualan menghampiri 1000 unit. Siri ini disusuli dengan MD-80 series dan sebanyak 1100 unit berjaya dibina. Tetapi model selepasnya iaitu MD-90 tidak mendapat rekod yang baik kerana saingan dari 737-600 oleh Boeing dan A318 oleh Airbus.

Pada Disember 1996, Boeing mengambil alih McDonnell Douglas dan memberi nafas baru kepada MD-90 dengan menukarkan namanya kepada Boeing 717.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

717-200
Berat Kasar Asas
717-200
Berat Kasar Tinggi
Penumpang 106 (2 kelas)
Panjang 37.8 m (124 kaki 0 in)
Rentang sayap 28.47 m (93 kaki 5 in)
Tinggi ekor 8.92 m (29 kaki 1 in)
Lebar kabin luaran 334.2 cm (131.6 in)
Lebar kabin dalaman 314.5 cm (123.8 in)
Berat lepas naik maksimum 49,900 kg (110,000 lb) 54,900 kg (121,000 lb)
Julat 2,645 km (1,430 nmi) 3,815 km (2,060 nmi)
Laju sederhana Mach 0.77 (570 mph, 917 km/h)
Penjana kuasa (2x) Rolls Royce BR715-A1 Rolls Royce BR715-C1
Tujahan enjin 82.3 kN (18,500 lbf) 93.4 kN (21,000 lbf)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]