Bone
Lambang Kabupaten Bone |
|
Peta lokasi Kabupaten Bone Koordinat: |
|
| Provinsi | Sulawesi Selatan |
| Ibu kota | Kota Watampone |
| Pemerintahan | |
| - Bupati | Idris |
| Luas | 4,559 km² |
| Penduduk | |
| - Total | 700,000 (2000) |
| - Kepadatan | 153.5 |
| Demografi | |
| - Kod telefon | 0481 |
| Pembahagian pentadbiran | |
| - Kecamatan | 27 |
| - Tapak web | http://www.bonekab.go.id/ |
Bone adalah sebuah daerah autonomi yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Sejarah [sunting]
Bone merupakan salah sebuah kerajaan utama Bugis dari abad ke 14 hinggalah ke abad ke 19. Pada abad ke 14, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sempadan Bone diperluaskan dan ketika itu, Bone menguasai tanah-tanah yang subur. Ini menyumbang kepada kemakmuran Bone. Pada tahun 1509, Bone diserang Luwu' tetapi berjaya mengalahkan Luwu' dan berjaya memperoleh alat kebesaran Luwu' iaitu Payung Merah. Sekitar 1535, Bone bersama dengan Goa dan Soppeng menguasai Luwu'. Pada abad ke 16 pula, kerajaan ini jatuh ke tangan Makassar dan ini menyebabkan rakyat Bone merasa tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam. Pada tahun 1667, seorang putera Bone bernama Arung Palakka mengetuai suatu serangan menyerang Makassar.
Masyarakat Bone di Malaysia [sunting]
Ramai bangsa Bugis Bone ini telah berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai tenaga buruh sama asa di ladang-ladang atau sebagai pekerja kontrak di sektor pembinaan. Mereka memilih untuk datang ke Malaysia khususnya di daerah terdekat seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan kerana kehidupan di Malaysia lebih selesa dan terjamin berbanding di tanah air mereka yang penuh sesak dengan kepadatan manusia dan kurangnya peluang pekerjaan. Walaupun meninggalkan tanah air yang jauh di seberang lautan, mereka masih sayangkan tanah tumpah mereka dan sering balik kampung jika ada masa dan cukup dari segi kos kewangan.
|
|||||||
|
||||||||||||||