Boolean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang sains komputer, Boolean ialah sejenis data yang memiliki salah satu daripada dua nilai sahaja, iaitu bit 1 atau bit 0. Jenis data ini hanya menduduki sebanyak satu bit dalam ruangan ingatan komputer. Ciri ini menjadikan jenis data Boolean sebuah jenis data yang sesuai untuk mewakili nilai kebenaran, iaitu benar untuk bit 1 dan palsu untuk bit 0.

Antara pengendali yang boleh dilakukan kepada jenis data Boolean ialah DAN, ATAU, dan TIDAK. Pengendali-pengendali ini serupa dengan get-get logik.

Dalam bahasa pengaturcaraan C, pengendali DAN ialah tanda dua ampersan (&&), pengendali ATAU ialah tanda dua paip (||), dan pengendali TAK ialah tanda seru (!).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Soft Eng logo Rencana berkaitan bahasa komputer ini adalah sebuah rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.