Boris Tadic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boris Tadić
Борис Тадић
Presiden Serbia
Memegang jawatan
11 Julai 2004
Perdana MenteriVojislav Koštunica
Mirko Cvetković
Didahului olehPredrag Marković (pemangku)
Milan Milutinović
Menteri Pertahanan Serbia dan Montenegro
Dalam jawatan
17 Mac 2003 – 16 April 2004
Didahului olehVelimir Radojević
Digantikan olehPrvoslav Davinić
Menteri Telekomunikasi Yugoslavia
Dalam jawatan
4 November 2000 – 17 Mac 2003
Butiran peribadi
Lahir (1958-01-15) 15 Januari 1958 (umur 66)
Sarajevo, Yugoslavia (kini Bosnia dan Herzegovina)
Parti politikParti Demokratik
PasanganTatjana Tadić
KediamanNew Palace
Alma materUniversiti Belgrade
ProfesionAhli psikologi
Tandatangan
Laman web rasmiwww.predsednik.rs
Boris Tadic

Boris Tadić adalah presiden terkini negara Serbia sejak 2004.

Beliau menerima pendidikan awal di sekolah-sekolah di Belgrade dan telah menuntut di Universiti Falsafah Belgrade di mana beliau meraih ijazah dalam bidang Psikologi Sosial.

Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah pertama Pusat untuk Pembangunan Demokrasi dan Kemahiran Politik di Serbia.

Tadić merupakan anggota Parti Demokratik (Serbia) sejak tahun 1990 dan telah memegang beberapa portfolio:

  • Setiausaha General Committee
  • Naib Presiden Executive Board
  • Presiden Executive Board
  • dilantik dua kali sebagai Naib Presiden Parti Demokratik
  • Pada tahun 2004 beliau dilantik sebagai Presiden Parti Demokratik, satu tahun setelah pembunuhan Zoran Djindjic, bekas presiden Parti Demokratik

Pada tahun 2002, beliau memegang jawatan Menteri Telekomunikasi kepada kerajaan Republik Bersekutu Yugoslavia. Beliau juga adalah Menteri Pertahanan dalam Majlis Menteri-Menteri Serbia dan Montenegro.

Pada tahun 2003 beliau dipilih sebagai Wakil dalam Dewan Serbia dan Montenegro (Representative in the Assembly of Serbia and Montenegro). Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai Wakil dalam Dewan Undangan Serbia.

Dalam pusingan pertama kiraan undi Pilihanraya Presiden Serbia 2004, beliau meraih 27.3% undi. Dalam pusingan kedua pula (27 Jun 2004) beliau berjaya mengalahkan Tomislav Nikolić, untuk dilantik sebagai Presiden Serbia.

Tadić boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Macedonia dengan fasih dan juga dalam bahasa Perancis. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]