Borut Pahor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Borut Pahor
Borut Pahor

Mula berkhidmat
22 Disember 2012
Perdana Menteri Janez Janša
Menggantikan Danilo Türk

Tempoh berjawat
21 November 2008 – 10 Februari 2012
Presiden Danilo Türk
Didahului oleh Janez Janša
Digantikan oleh Janez Janša

Tempoh berjawat
10 November 2000 – 12 Julai 2004
Didahului oleh Janez Podobnik
Digantikan oleh Feri Horvat

Tarikh lahir 2 November 1963 (50 tahun)
Tempat lahir Postojna, Yugoslavia
(kini Slovenia)
Parti politik Liga Komunis
(Sebelum 1990)
Demokrat Sosial (1990–kini)
Anak Luka
Alma mater Universiti Ljubljana

Borut Pahor (lahir 2 November 1963) ialah seorang ahli politik Slovenia yang menjadi Perdana Menteri Slovenia dari 2008 hingga 2012. Beliau terpilih menjadi Presiden Slovenia pada Disember 2012.[1]

Menjadi presiden parti Demokrat Sosial sejak 1990-an, Pahor berkhidmat selama beberapa penggal sebagai anggota Perhimpunan Kebangsaan dan menjadi pengerusinya antara 2000 dan 2004. Pada 2004, Pahor terpilih sebagai anggota Parlimen Eropah. Berikutan kemenangan Demokrat Sosial dalam pilihan raya parlimen Slovenia 2008, Pahor dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada September 2011, kerajaan Pahor mendapat undi tidak percaya akibat krisis ekonomi dan ketegangan politik. Beliau terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri pro tempore sehingga digantikan Janez Janša pada Februari 2012. Pada Jun 2012, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Slovenia. Beliau mendapat tempat pertama dalam pusingan pertama pada 11 November, dan menewaskan Presiden Danilo Türk dalam pusingan kedua pada 2 Disember 2012; beliau mendapat kira-kira dua pertiga undi.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pahor dan pasangannya, Tanja Pečar, mempjunyai seorang anak lelaki, Luka.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan parti politik
Didahului oleh
Janez Kocijančič
Ketua Demokrat Sosial
1996–2012
Diikuti oleh:
Igor Lukšič
Jawatan politik
Didahului oleh
Janez Podobnik
Presiden Perhimpunan Kebangsaan
2000–2004
Diikuti oleh:
Feri Horvat
Didahului oleh
Janez Janša
Perdana Menteri Slovenia
2008–2012
Diikuti oleh:
Janez Janša