Boyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°46′S 112°40′T / 5.767°S 112.667°T / -5.767; 112.667

Boyan atau Bawean adalah sebuah pulau yang terletak di Laut Jawa, sekitar 150 kilometer sebelah utara Pulau Jawa. Di Indonesia, pulau ini terletak dalam Kabupaten Gresik, Provinsi Jawa Timur. Bandar terbesarnya adalah Sangkapura selain juga Tambak. Bawean memiliki dua kecamatan (daerah) iaitu Sangkapura dan Tambak. Jumlah penduduknya sekitar 70,000 orang, kebanyakannya menjadikan nelayan dan petani sebagai mata pencarian. Ramai yang menjadi perantau di Singapura atau Malaysia. Penduduk Bawean tergolong dari Suku Bawean (menggunakan Bahasa Bawean yang mirip dengan Bahasa Madura namun mempunyai perbezaan dengan penutur di Pulau Madura), diikuti oleh Suku Jawa dan suku-suku lain misalnya Bugis dan Mandailing.

Kata Bawean berasal dari bahasa Sanskrit, yang bererti ada sinar matahari. Menurut legenda, sekitar tahun 1350, sekumpulan pelaut dari Kerajaan Majapahit dilanda ribut di Laut Jawa dan akhirnya terdampar di Pulau Bawean ketika matahari terbit. Pada awal abad ke-16, agama Islam masuk ke Bawean yang dibawa oleh Maulana Umar Mas'ud. Makamnya hingga kini menjadi tumpuan pelawat tempatan mahupun dari luar Bawean.

Bawean sering disebut juga Pulau Puteri kerana ramai kaum lelaki mudanya yang merantau ke pulau Jawa atau ke luar negeri. Orang Bawean yang merantau ke Malaysia dan Singapura membentuk perkampungan masyarakat Bawean yang dikenali dengan istilah orang Boyan. Ramai juga para perantau ini yang berjaya menjadi orang terkenal di Indonesia.

Diameter pulau Bawean kira-kira 12 kilometer dan jalan yang melingkari pulau ini panjangnya kira-kira 70km dan boleh dilawati dalam tempoh waktu 1-2 jam. Bawean memiliki tarikan pelancongan yang cukup menawan, terutama pantai-pantainya. Ada juga sebuah tasik yang terletak di tengah-tengah pulau bernama Danau Kastoba. Pulau-pulau kecil lainnya juga tidak kurang menarik untuk di kunjungi. Contohnya Pulau Gili. Di Bawean terdapat spesies rusa yang hanya ditemukan di Bawean. Bahasa latin spesies ini adalah axis kuhli.

Tidak ada universiti di Bawean. Pendidikan hanya sehingga SMA atau Madrasah Aliyah. Majorii penduduk Bawean beragama Islam, penduduk non-Muslim terdiri dari para pendatang.

Bawean terkenal dengan batu onyx iaitu sejenis batu marmar. Batu ini boleh dijadikan hiasan dan juga lantai. Selain itu, terdapat "buah merah" yang berbeza dengan buah merah asli dari papua. Bentuknya bulat seperti epal. Namun, ada juga buah ini di Magetan tetapi warnanya agak kuning.

Pantauan Luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Dipetik dari Wikipedia Bahasa Indonesia