Bradley James (Pelakon)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Use British (Oxford) English

Bradley James
Kelahiran (1983-10-11) 11 Oktober 1983 (umur 40)
Exeter, Devon, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini

Bradley James (lahir pada 11 Oktober 1984) ialah seorang pelakon yang berasal dari Devon, England. Dia membuat debut dalam siri ITV Lewis pada tahun 2008 dan memegang watak menyerlah dalam siri TV Merlin pada tahun yang sama.

Karier[sunting | sunting sumber]

Bradley pertama kali muncul dalam satu episod Lewis pada tahun 2008. Dia juga memegang watak Ben Davies dalam drama BBC Three Dis/Connected.

Dia menerima latihan di Drama Centre London. Kejayaannya terserlah apabila dia terpilih untuk memegang watak Putera Arthur, seorang remaja lelaki yang kemudiannya menjadi King Arthur yang terkenal itu, dalam siri TV fantasi BBC One Merlin di samping pelakon muda seangkatan Colin Morgan yang memegang watak utama. Dalam satu temuramah, dia menyatakan bahawa dia berasa seronok melibatkan diri dalam lagak ngeri tersebut tetapi dia "menerima kecederaan lebih daripada yang sepatutnya".[1]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Catatan
2008 Lewis (aka Inspector Lewis) Jack Roth Siri TV - Muncul dalam satu episod (Music to Die For)
Dis/Connected Ben Davies Rancangan TV
Merlin Prince Arthur Watak utama di samping Colin Morgan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bradley James (Merlin) interview". Last Broadcast. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2009. Dicapai pada 2 Februari 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]