Brahmagiri (bukit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemuncak Bukit Brahmagiridiselimuti oleh kabut.
Narimale atau Bukit Harimau, sebagaiman dikenali dalam bahasa Kodava.
Habitat padang rumput dan syola.
Gua Munikal
Hutan syola

Brahmagiri ialah banjaran gunung di Ghat Barat, India Selatan. Ia terletak di sempadan antara Daerah Wayanad di negeri Kerala di sebelah selatan dan daerah Kodagu di Karnataka di sebelah utara. Brahmagiri sekitar 11 kilometer dari Thirunelli. Bukit ini yang tingginya 1,608 meter ialah tarikan pelancong yang berpemandangan indah. Kemuncaknya berhutan lebat dan mempunyai banyak hidupan liar.

Kuil Thirunelli yang ditahbiskan kepada dewa Vishnu terletak di Bukit Brahmagiri di sebelah bahagian Kerala. Kuil ini yang juga dikenali sebagai Dakshina Kasi (Kasi Selatan) dibina dalam gaya seni bina kuno dan memiliki 30 batang tiang granit. Menurut legenda, Kuil Thirunelli didirikan oleh dewa Brahma sendiri.

Pakshipathalam yang terletak setinggi 1,740 meter merupakan satu tarikan lagi di sebelah bahagian Kerala bukit itu. Kemegahan Pakshipathalam ialah gua yang dikatakan pernah dihuni oleh rishi pada zaman kuno. Gua di sebelah bahagian Karnataka dikenali sebagai Gua Munikal.

Air Terjun Iruppu (atau Irpu atau Lakshmana Tirtha) di Sungei Lakshmana Tirtha terletak di Bukit Brahmagiri di sebelah bahagian Karnataka. Menurut legenda, ketika Rama dan Lakshmana sedang mencari-cari Sita, mereka berasa haus. Lakshmana melepaskan anak panah ke Bukit Brahmagiri dan munculnya sebatang sungei. Rama dikatakan mentahbiskan Kuil Rajeshwara (Shiva Kshethra) yang terletak di tebing Sungai Lakshmana Tirtha kepada dewa Shiva. Sungai itu mengalir masuk ke Sungai Kaveri.

Bukit Brahmagiri boleh didatangi menerusi denai dari Mananthavady (29 km di timur) atau dari Kutta. Dari Karnataka, pelawat boleh berjalan kaki ke Bukit Brahmagiri. Jauhnya bukit itu dari Air Terjun Iruppu ialah 9 kilometer dan dari Gua Munikal ialah 7 kilometer. Para pengembara diperlukan mendapat kebenaran daripada Pegawai Renjer Hutan di Srimangala.

Koordinat: 11°57′N 75°57′E / 11.950°N 75.950°E / 11.950; 75.950

Pautan luar[sunting | sunting sumber]