Brexit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Brexit sidebar

Brexit [ˈbrɛksɪt, ˈbrɛgzɪt;[1] brék-sit- gabungan perkataan "British" dan "exit" (keluar)] merupakan tindakan pengunduran United Kingdom (UK) daripada keanggotaan dalam Kesatuan Eropah (EU). Berikutan referendum Jun 2016, di mana 52% undi keluar, kerajaan UK secara rasminya mengumumkan pengunduran keanggotaan ini pada bulan Mac 2017 lalu memulakan proses rundingan. Negara ini secara rasminya menarik diri daripada EU pada 11 malam GMT pada 31 Januari 2020, perasmian ini seterusnya memulakan tempoh peralihan yang ditetapkan bakal berakhir pada 31 Disember 2020.[2] Semasa tempoh peralihan 11 bulan, UK dan EU akan merunding hubungan masa depan antara kedua-dua pihak.[2] UK kekal tertakluk pada undang-undang Kesatuan Eropah dan kekal sebahagian Kesatuan Kastam EU dan Pasaran Tunggal Eropah semasa tempoh peralihan, tetapi tidak lagi diwakilkan dalam badan politik atau institusi EU.[3][4]

Pengunduran telah disokong oleh Euroskeptik dan dibangkang oleh pro-Eropah, kedua-duanya yang menjangkau lingkungan politik. UK menyertai Komuniti Eropah (EC) (terutamanya Komuniti Ekonomi Eropah (EEC)) pada tahun 1973, dengan keanggotaan berterusan yang disokong dalam referendum 1975. Pada 1970-an dan 1980-an, pengunduran daripada EC telah kebanyakannya disokong oleh sayap kiri politik, contohnya dalam manifesto pilihan raya 1983 Parti Buruh. Perjanjian Maastricht 1992 mengasaskan EU, tetapi tidak diletakkan ke dalam referendum. Sayap euroskeptik Parti Konservatif telah memimpini pemberontakan ke atas pengesahan perjanjian dan, dengan Parti Bebas UK (UKIP) dan kempen People's Pledge rentas parti, memaksa Perdana Menteri Konservtif David Cameron untuk mengadakan referendum untuk keanggotaan EU yang berterusan, yang telah diadakan pada bulan Jun 2016. Cameron, yang telah berkempen untuk kekal, letak jawatan selepas keputusannya dan diganti oleh Theresa May.

Pada 29 Mac 2017, kerajaaan UK secara rasmi memulakan proses pengunduran dengan menggunakan Perkara 50 Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah dengan kebenaran daripada Parlimen. May memanggil pilihan raya umum kilat pada bulan Jun 2017, yang mengakibatkan kerajaan minoriti Konservatif disokong oleh Parti Kesatuan Demokratik. UK–EU rundingan pengunduran bermula kemudian pada bulan itu. UK berunding untuk keluar daripada kesatuan kastam dan pasaran tunggal EU. Hal ini menghasilkan perjanjian pengunduran November 2018, tetapi parlimen UK mengundi menentang mengesahkannya tiga kali. Parti Buruh mahu mana-mana perjanjian mengekalkan kesatuan kastam, manakala ramai Konservatif membangkang penyelesaian kewangan perjanjian, serta "penahan Ireland" yanf direka menghalang kawalan sempadan di antara Ireland Utara dengan Republik Ireland. Demokrat Liberal, Parti Kebangsaan Scotland, dan lain-lain cuba mengundurkan Brexit melalui cadangan referendum kedua.

Pada bulan Mac 2019, Parlimen UK mengundi untuk May menanyakan EU untuk menangguhkan Brexit sehingga bulan April, dan kemudian bulan Oktober. Gagal mendapatkan perjanjian beliau dipersetujui, May letak jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Julai dan diganti oleh Boris Johnson. Beliau cuba mengganti bahagian perjanjian dan berikrar untuk meninggalkan EU menjelang tarikh akhir yang baru. Pada 17 Oktober 2019, kerajaan UK dan EU bersetuju dengan dengan perjanjian pengunduran pindaan, dengan pengurusan baru untuk Ireland Utara.[5][6] Parlimen meluluskan perjanjian tersebut untuk penelitian lanjut, tetapi menolak meluluskannya ke dalam undang-undang sebelum tarikh akhir 31 Oktober, dan memaksa kerajaan (melalui 'Akta Benn') menanyakan penundaan Brexit yang ketiga. Sebuah pilihan raya umum awal telah diadakan pada 12 Disember. Konservatif memenangi majoriti besar dalam pilahan raya itu, dengan Johnson mengisytiharkan bahawa UK akan meninggalkan EU pada awal tahun 2020.[7] Perjanjian pengunduran telah disahkan oleh UK pada 23 Januari, dan oleh EU pada 30 Januari, dan dikuatkuasakan pada 31 Januari.[8][9][10]

Banyak kesan Brexit bergantung pada betapa dekatnya UK akan terikat dengan EU, atau sama ada tempoh peralihan berakhir tanpa sebarang terma dipersetujui ("Brexit tiada persetujuan").[3] Persetujuan luas dalam kalangan ahli ekonomi ialah Brexit akan kemungkinan merosakkan ekonomi UK dan mengurangkan pendapatan per kapita yang sebenar dalam tempoh sederhana dan tempoh panjang, dan bahawa referendum sendiri telah merosakkan ekonomi.[a] IMF pada bulan Januari 2020, namun, menterbalikkan ramalannya dari tahun 2016, meramalkan UK akan melebihi jangkauan EU dalam masa dua tahun berikutan Brexit, telah melakukan demikian pada tahun 2019.[24][25] Brexit kemungkinan mengurangkan imigrasi daripada negara-negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) ke UK, dan menimbulkan cabaran bagi pendidikan tinggi UK, penyelidikan akademik dan keselamatan. Berikutan Brexit, undang-undang EU dan Mahkamah Keadilan EU tidak akan lagi mempunyai keagungan ke atas undang-undang UK atau Mahkamah Agungnya, kecuali kepada takat sementara yang dipersetujui dalam satu perjanjian pengunduran. Akta Kesatuan Eropah (Pengunduran) 2018 mengekalkan undang-undang EU yang berkaitan sebagai undang-undang domestik, di mana UK dapat kemudian meminda atau merayu.

Istilah "Brexit"[sunting | sunting sumber]

Istilah Brexit (atau pada awalnya, Brixit[26]) berakar dari gabungan perkataan "British" dan exit (keluar) diperolehi melalui analogi daripada Grexit yang merujuk kepada pengeluaran negara Yunani dari zon Euro (dan mungkin juga Kesatuan Eropah). Istilah "Brexit" mungkin telah terlebih dahulu digunakan untuk merujuk kepada kemungkinan pengeluaran UK dari EU oleh Peter Wilding dalam blog spot EurActiv pada 15 Mei 2012. Istilah "hard Brexit" ("Brexit keras") dan "soft Brexit" ("Brexit lembut") banyak digunakan secara tidak rasmi dan difahami untuk menggambarkan hubungan bakal antara UK dan EU selepas pengeluaran, dari tahap keras yang boleh melibatkan perdagangan UK dengan EU seperti mana-mana negara bukan ahli EU lain di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia tetapi tanpa kewajipan menerima pergerakan bebas manusia, hingga ke tahap lembut yang mungkin melibatkan pengekalan keanggotaan UK dalam pasaran tunggal EU untuk barangan dan perkhidmatan dan sekurang-kurangnya beberapa pergerakan bebas manusia mengikut peraturan Kawasan Ekonomi Eropah.[27]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Banyak kesan Brexit bergantung sama ada UK meninggalkan dengan perjanjian pengunduran, atau sebelum perjanjian disahkan (Brexit "tiada persetujuan").[28] Financial Times mengatakan terdapat kira-kira 759 perjanjian antarabangsa, menjangkau 168 negara bukan EU, yang UK tidak lagi menjadi sebuah pihak apabila meninggalkan EU.[29]

Penyeberangan sempadan di Killeen (dekat Newry), hanya ditanda dengan had laju dalam km/j (Ireland Utara guna bsj).

Ahli ekonomi menjangka Brexit akan mempunyai kesan yang segera dan berjangka panjang yang merosakkan terhadap ekonomi UK dan sekurang-kurangnya bahagian EU27. Terutamanya, terdapat persetujuan yang luas dalam kalangan ahli ekonomi dan dalam kepustakaan ekonomi bahawa Brexit akan kemungkinan mengurangkan pendapatan per kapita sebenar UK dalam tempoh sederhana dan panjang, dan bahawa pungutan suara Brexit sendiri merosakkan ekonomi.[b][30][31] Studies found that Ketidakpastian cetusan Brexit mengurangkan KDNK British, pendapatan kebangsaan British, pelaburan oleh perniagaan, pekerjaan dan perdagangan antarabangsa British dari bulan Jun 2016 seterusnya.[32][33][34][35][36]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hall, Damien (11 August 2017). "'Breksit' or 'bregzit'? The question that divides a nation". The Conversation (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ a b Asa Bennett (27 January 2020). "How will the Brexit transition period work?". Telegraph.
  3. ^ a b Tom Edgington (31 January 2020). "Brexit: What is the transition period?". BBC News.
  4. ^ "Questions and Answers on the United Kingdom's withdrawal from the European Union on 31 January 2020". European Commission. 24 January 2020.
  5. ^ "Revised Withdrawal Agreement" (PDF). European Commission. 17 October 2019. Dicapai pada 17 October 2019.
  6. ^ "New Brexit deal agreed, says Boris Johnson". BBC News. 17 October 2019. Dicapai pada 17 October 2019.
  7. ^ Landler, Mark; Castle, Stephen (12 December 2019). "Conservatives Win Commanding Majority in U.K. Vote: 'Brexit Will Happen'". The New York Times. New York City: New York Times Company. Dicapai pada 12 December 2019 – melalui MSN.
  8. ^ Boffey, Daniel; Proctor, Kate (24 January 2020). "Boris Johnson signs Brexit withdrawal agreement". The Guardian. Dicapai pada 24 January 2020.
  9. ^ Sparrow, Andrew (30 January 2020). "Brexit: MEPs approve withdrawal agreement after emotional debate and claims UK will return - live news". The Guardian. Dicapai pada 30 January 2020.
  10. ^ "Brexit: UK leaves the European Union". BBC News. 31 January 2020. Dicapai pada 1 February 2020.
  11. ^ a b Goodman, Peter S. (20 May 2016). "'Brexit,' a Feel-Good Vote That Could Sink Britain's Economy". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 28 November 2017. finding economists who say they believe that a Brexit will spur the British economy is like looking for a doctor who thinks forswearing vegetables is the key to a long life
  12. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :3 tidak disediakan
  13. ^ a b Baldwin, Richard (31 July 2016). "Brexit Beckons: Thinking ahead by leading economists". VoxEU.org. Dicapai pada 22 November 2017. On 23 June 2016, 52% of British voters decided that being the first country ever to leave the EU was a price worth paying for 'taking back control', despite advice from economists clearly showing that Brexit would make the UK 'permanently poorer' (HM Treasury 2016). The extent of agreement among economists on the costs of Brexit was extraordinary: forecast after forecast supported similar conclusions (which have so far proved accurate in the aftermath of the Brexit vote).
  14. ^ a b "Brexit survey". Initiative on Global Markets, University of Chicago. Dicapai pada 1 November 2017.
  15. ^ a b "Brexit survey II". Initiative on Global Markets, University of Chicago. Dicapai pada 1 November 2017.
  16. ^ a b Sodha, Sonia; Helm, Toby; Inman, Phillip (28 May 2016). "Economists overwhelmingly reject Brexit in boost for Cameron". The Observer. ISSN 0029-7712. Dicapai pada 1 November 2017.
  17. ^ a b "Most economists still pessimistic about effects of Brexit". Financial Times. Dicapai pada 22 November 2017.
  18. ^ a b "Brexit will damage UK standards of living, say economists". Financial Times. Dicapai pada 22 November 2017. Unlike the short-term effects of Brexit, which have been better than most had predicted, most economists say the ultimate impact of leaving the EU still appears likely to be more negative than positive. But the one thing almost all agree upon is that no one will know how big the effects are for some time.
  19. ^ a b Wren-Lewis, Simon. "Why is the academic consensus on the cost of Brexit being ignored?". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2017.
  20. ^ a b "Brexit to Hit Jobs, Wealth and Output for Years to Come, Economists Say". Bloomberg L.P. 22 February 2017. Dicapai pada 22 November 2017. The U.K. economy may be paying for Brexit for a long time to come ... It won't mean Armageddon, but the broad consensus among economists—whose predictions about the initial fallout were largely too pessimistic—is for a prolonged effect that will ultimately diminish output, jobs and wealth to some degree.
  21. ^ a b Johnson, Paul; Mitchell, Ian (1 March 2017). "The Brexit vote, economics, and economic policy". Oxford Review of Economic Policy. 33 (suppl_1): S12–S21. doi:10.1093/oxrep/grx017. ISSN 0266-903X.
  22. ^ a b "Most economists say Brexit will hurt the economy—but one disagrees". The Economist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2017.
  23. ^ a b "This is the real reason the UK's economic forecasts look so bad". The Independent. 23 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017. One thing economists do generally agree on is that leaving the European Union and putting new trade barriers between Britain and our largest and closest trading partners is extremely unlikely to boost UK productivity growth—and is far more likely to slow it
  24. ^ https://www.telegraph.co.uk/business/2020/01/20/imf-rebukes-trump-global-growth-gets-downgrade/
  25. ^ https://www.thetimes.co.uk/article/british-economy-will-grow-faster-than-eurozone-rivals-says-imf-k2h3vbdjm
  26. ^ "Britain and the EU: A Brixit looms". The Economist. 21 Jun 2012. Dicapai pada 1 April 2017.
  27. ^ "Brexit: What are the options? Alternative Brexit models". BBC News. 15 Januari 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  28. ^ "What is a no-deal Brexit? Here are the consequences of the UK leaving the EU without a deal". inews.co.uk. 4 September 2019.
  29. ^ McClean, Paul (30 May 2017). "After Brexit: the UK will need to renegotiate at least 759 treaties". Financial Times. Dicapai pada 31 May 2017. Through analysis of the EU treaty database, the FT found 759 separate EU bilateral agreements with potential relevance to Britain, covering trade in nuclear goods, customs, fisheries, trade, transport and regulatory co-operation in areas such as antitrust or financial services. This includes multilateral agreements based on consensus, where Britain must re-approach 132 separate parties. Around 110 separate opt-in accords at the UN and World Trade Organization are excluded from the estimates, as are narrow agreements on the environment, health, research and science. Some additional UK bilateral deals, outside the EU framework, may also need to be revised because they make reference to EU law. Some of the 759 are so essential that it would be unthinkable to operate without them. Air services agreements allow British aeroplanes to land in America, Canada or Israel; nuclear accords permit the trade in spare parts and fuel for Britain's power stations. Both these sectors are excluded from trade negotiations and must be addressed separately.
  30. ^ "Brexit: Everyone Loses, but Britain Loses the Most". PIIE (dalam bahasa Inggeris). 1 March 2019. Dicapai pada 17 March 2019.
  31. ^ "Question C: Leaving the European Union without a trade agreement would have a large negative impact on the UK economy". www.igmchicago.org. Dicapai pada 21 December 2019.
  32. ^ Crowley, Meredith; Exton, Oliver; Han, Lu (21 January 2019). "The impact of Brexit uncertainty on UK exports". VoxEU.org. Dicapai pada 21 January 2019.
  33. ^ "DP13446 Renegotiation of Trade Agreements and Firm Exporting Decisions: Evidence from the Impact of Brexit on UK Exports". cepr.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 January 2019.
  34. ^ Graziano, Alejandro; Handley, Kyle; Limão, Nuno (2018). "Brexit Uncertainty and Trade Disintegration". doi:10.3386/w25334. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  35. ^ Soegaard, Christian. "Brexit has already hurt EU and non-EU exports by up to 13% – new research". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2018.
  36. ^ Douch, Mustapha; Edwards, T. Huw; Soegaard, Christian (2018). "The Trade Effects of the Brexit Announcement Shock" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada 5 November 2018. Cite journal requires |journal= (bantuan)


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan