Briged Infantri Pertama Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Briged Infantri Pertama Malaya adalah satu briged tentera darat yang ditubuhkan oleh Markas Pemerintahan Malaya (Malaya Command) Tentera British sebelum meletusnya Perang Dunia II. Briged ini terlibat dalam penentangan Penaklukan Tanah Melayu oleh Tentera Jepun mulai Disember 1941 hingga bulan Februari 1942.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Askar dari Rejimen Askar Melayu Menjalankan Latihan Penggunaan bayonet
Pasukan Mortar Askar Melayu
Lt Adnan Saidi : Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Briged Infantri Pertama Malaya ditubuhkan di Singapura sebelum Perang Dunia II untuk membantu Markas Pemerintahan Malaya (Malaya Command) dalam pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.

Briged ini ditubuhkan pada 3 September 1939 dan diberikan gelaran Briged Infantri Malaya. Pada 14 September 1940, briged ini ditukarkan nama kepada Briged Infantri Pertama Malaya kerana pemerintah tentera British merancang untuk menubuhkan lebih banyak batalion Rejimen Askar Melayu dan askar sukarelawan tempatan untuk membantu dalam pertahanan Tanah Melayu semasa serangan Jepun.

Brigedier Jeneral MD Gambier-Parry menjadi pegawai pemerintah dari 3 September 1939 sehingga 1 September 1940. Selepas itu, Briged ini diletakkan di bawah pemerintahan Brigedier Jeneral G. Williams, pegawai daripada Tentera British. Brigedier Jeneral G. Williams sebelum ini baru dinaikkan pangkat kepada Brigedier Jeneral untuk mengambil alih pemerintahan Briged Infantri Singapura.

Pada 22 Februari 1941, Batalion ke-2 Rejimen East Surrey digantikan oleh Batalion 2nd/17th Rejimen Dogra dan Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu. Juga diletakkan di bawah pemerintahan briged ini adalah 3 pasukan sukarelawan (pasukan ini kemudiannya dipecahkan dari Briged Infantri Pertama Malaya dan ditubuhkan sebagai satu briged berasingan). Briged Infantri Pertama Malaya dipertanggungjawabkan dengan pertahanan pantai Tanah Melayu di kawasan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada 3 Februari, 1941, garison Singapura disusun semula dan bilangan anggota yang ditugaskan mengawal pantai dikurangkan. Sebaliknya Briged Infantri Pertama Malaya dijadikan pasukan simpanan untuk Markas Pemerintahan Malaya (Malaya Command). Untuk ini, Briged Infantri Pertama Malaya diberikan persenjataan dan alat pengangkutan tambahan bersama-sama pasukan logistik dan pasukan perubatan. Pada bulan April 1941, Briged Infantri Pertama Malaya dihantar ke Johor untuk membantu Briged ke-12 Tentera India yang bertahan di Jemaluang.

Semasa peperangan Penaklukan Tanah Melayu oleh Tentera Jepun, Briged Infantri Pertama Malaya terdiri daripada 2 batalion pasukan Rejimen Askar Melayu dan satu batalion British (Batalion Ke-2 Loyal Regiment) dan dua kompeni bantuan. Briged ini mencatat nama semasa pertahanan Singapura sebelum kejatuhan Singapura kepada Tentera Jepun selepas tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942.

Pertempuran Di Singapura[sunting | sunting sumber]

Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu mencatat nama apabila berjuang dengan berani menentang askar Jepun semasa penaklukan Singapura, khususnya semasa Pertempuran Pasir Panjang dan Pertempuran Bukit Candu, di mana Leftenan Adnan bin Saidi menunjukkan keberanian yang luar biasa semasa Pertempuran Bukit Candu sehingga terkorban. Beliau menyemarakkan semangat anggota platunnya dengan Pepatah Melayu "Biar berputih tulang, jangan berputih mata"

Selepas menerima arahan daripada markas pemerintah untuk menyerah diri, Briged Infantri Pertama Malaya bersama-sama lain-lain unit tentera British menyerah diri kepada tentera Jepun pada 14 Februari 1942.

Selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II, Tentera British menubuhkan semula briged ini dalam tahun 1948 sebagai usaha menangani ancaman komunis semasa Darurat. Briged ini kemudiannya dipindahkan ke bawah pengurusan Tentera Persekutuan Malaya (Federation Army).

Unit-Unit Briged Infantri Pertama Malaya Semasa Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

 Dari   Hingga   Unit   Catatan & Tentera   Pemerintah 
03-Sep-1939 14-Feb-1942 Bn Pertama Rejimen Askar Melayu Askar Melayu
03-Sep-1939 13-Sep-1940 Bn Pertama Rejimen Manchester Batalion Mesingan Tentera British
03-Sep-1939 13-Sep-1940 Bn 2 Rejimen Gordon Highlanders Tentera British
03-Sep-1939 09-Sep-1940 Bn 2/17 Rejimen Dogra Tentera India
09-Sep-1940 22-Feb-1941 Bn 2 Rejimen East Surrey Tentera British
22-Feb-1941 29-Aug-1941 Bn 2/17 Rejimen Dogra Tentera India
18-Dec-1941 14-Feb-1942 Bn 1 Rejimen Mysore Tentera India
14-Feb-1942 Bn 2 Rejimen Loyal (Lancashire) Tentera British
14-Feb-1942 Bn 2 Rejimen Askar Melayu Askar Melayu

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]