Bruce Willis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bruce Willis
Bruce Willis by Gage Skidmore.jpg
Bruce Willis di San Diego Comic-Con International
Kelahiran Walter Bruce Willis
19 Mac 1955 (59 tahun)
Idar-Oberstein, Rhineland-Palatinate, West Germany
Nama lain W.B. Willis, Walter Willis
Pekerjaan Pelakon, penerbit, pemuzik
Tahun aktif 1980–kini
Pasangan Demi Moore (1987–2000)
Emma Heming (2009–kini)
Anak 4

Walter Bruce Willis (dilahirkan pada 19 Mac, 1955), lebih dikenali sebagai Bruce Willis, ialah pelakon, penerbit, dan ahli muzik Amerika Syarikat yang dilahirkan di Jerman. Kerjayanya bermula di televisyen pada 1980-an dan berterusan di televisyen dan filem, termasuklah peranan komedi, drama, dan aksi. Dia dikenali dengan peranannya sebagai John McClane dalam siri Die Hard. Dia telah muncul dalam lebih daripada 60 filem, termasuklah kejayaan pecah panggung seperti Pulp Fiction (1994), 12 Monkeys (1995), The Fifth Element (1997), Armageddon (1998), The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000), Sin City (2005), Looper (2012) dan Moonrise Kingdom (2012).