Buah kiwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buah kiwi mengikut spesies
A = A. arguta, C = A. chinensis, D = A. deliciosa, E = A. eriantha, I = A. indochinensis, P = A. polygama, S = A. setosa.

'Buah kiwi/کيوي '(atau kiwi di luar New Zealand) merupakan sejenis buah-buahan beri daripada genus Actinidia.[1] Kumpulan kultivar buah kiwi yang paling biasa ('Hayward')[2] adalah berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam (5–8 sentimeter (2.0–3.1 in) panjang dan berdiameter 4.5–5.5 sentimeter (1.8–2.2 in)). Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar dan manakala isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis. Pada hari ini, buah kiwi dijadikan tanaman komersial di negara Itali, New Zealand, Perancis, Greece dan Chile.[3]

Etimologi ايتيمولوݢي[sunting | sunting sumber]

Istilah Kiwi {kē'wē Pr: kee-wee] berasal daripada bahasa Maori atau Te Reo Māori (1825-35)[4] serta juga daripada panggilan burung itu.[5]

Galeri ݢالري[sunting | sunting sumber]

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]