Buah perah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia ini. Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.

Bentuk dan saiznya[sunting | sunting sumber]

Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.

Sifatnya[sunting | sunting sumber]

Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.

Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuat jeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.

Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]