Pokok Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Buah tin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Ara
Sycamore Fig, Ficus sycomorus
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Ficeae[1]
Gaudich.
Genus: Ficus
L.
Spesies

Sekitar 800, lihat sila lihat teks

Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.

Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia.[2]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Buah pokok ara (buah-buahan hiasan yang digelarkan "sikonium") yang berbentuk bebawang berasal daripada bunga. Bahagian dalam untuk buah ini geronggang dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil ("ostiol") pada hujungnya yang dipergunakan oleh penyengkat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan buah/bunga.

Kebanyakan pokok ara mempunyai dua jenis jantina:

  • hermafrodit yang digelarkan "kaprifig" daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
  • betina: bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini, menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh manusia.

Penyengat ara hanya hidup di dalam bunga kaprifig kerana bunga betina terlalu panjang untuk penyengat bertelur di dalamnya. Serangga ini mendebungakan bunga dengan debunga daripada pokok yang dihidupnya. Oleh itu, buah ara yang mengandungi biji yang matang juga mengandungi banyak penyengat yang mati di dalamnya.

Ketika sebiji kaprifig masak, lagi sebiji kaprifig akan disiapkan untuk didebungakan. Pokok ara tropika menghasilkan buah secara berterusan, dan membolehkan haiwan yang makan buah-buahan untuk hidup dalam tempoh-tempoh antara masta-masta. Di kawasan iklim sederhana, penyengat berhibernat di dalam buah ara. Buah kaprifig di kawasan iklim sederhana ini berbentuk kecil dan digelarkan "breba". Terdapat tiga hasil tanaman setahun untuk kaprifig, dan dua hasil setahun untuk pokok buah betina di kawasan iklim ini. Sesetengah buah betina tidak memerlukan pendebungaan, dan akan menghasilkan buah tanpa biji yang subur jika tidak adanya penyengat.

Biasanya, terdapat hanya satu spesies penyengat tunggal yang berupaya mendebungakan bunga bagi setiap spesies pokok ara dan oleh itu, penanaman pokok ara di luar kawasan asalnya akan menyebabkan pokok yang mandul. Umpamanya, walaupun 60 spesies telah diperkenalkan ke Hawaii, hanya empat jenis di sana dapat membiak.

Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.

Kepentingan sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Pokok Ara yang bertarikh 11,400 tahun dahulu telah di temui di Gilgal I, sebuah kampung di Lembah Jordan Bawah yang terletak hanya 8 batu di utara bandar Jericho kuno.

Berdasarkan keterangan ikut keadaan daripada spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.

Pokok Ara dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Buah ara yang dikeringkan, atau juga dikenali sebagai buah tin.

Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [3]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [4] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.

Spesies[sunting | sunting sumber]

  1. Pokok Akar Ara
  2. Pokok Ara Akar
  3. Pokok Ara Batu
  4. Pokok Ara Buluh
  5. Pokok Ara Daun Lebar
  6. Pokok Ara Gajah
  7. Pokok Ara Jangkang
  8. Pokok Ara Jejawi
  9. Pokok Ara Jeloteh
  10. Pokok Ara Kecil
  11. Pokok Ara Kelalawar
  12. Pokok Ara Kubang
  13. Pokok Ara Kubung
  14. Pokok Ara Kuwap
  15. Pokok Ara Lampong
  16. Pokok Ara Lidah Rimau
  17. Pokok Ara Lumut
  18. Pokok Ara Nasi
  19. Pokok Ara Paya
  20. Pokok Ara Perak
  21. Pokok Ara Tampok Pinang
  22. Pokok Ara Tanah


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ficus L". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2009-01-16. http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/genus.pl?4665. Capaian 2009-03-11. 
  2. Discovery channel - 2007
  3. Khasiat Pokok Ara [1]
  4. Buah-buahan kering: bahan antioksida in vitro dan in vivo yang baik [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]