Buaya Jejulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buaya Jejulong
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Tomistoma

Müller, 1846
Spesies:
T. schlegelii
Nama binomial
Tomistoma schlegelii
(Müller, 1838)

Buaya Jejulong atau Senyulong atau nama Inggerisnya Malayan gharial (Tomistoma schlegelii)[1] adalah reptilia air tawar, menyerupai buaya dengan muncung panjang tirus yang menyerupai gharial, dengan itu nama Inggerisnya.

Buaya Jejulong adalah tempatan bagi enam sistem sungai di Sumatra dan Malaysia. Ia turut di dapati di Borneo, Jawa, Vietnam, Thailand (Tidak kelihatan semenjak 1970) dan kemungkinannya di Sulawesi. Jumpaan fossil di China Selatan, menunjukkan pada satu ketika dahulu spesies ini turut terdapat di situ.

Gambar dekat Jejulong

Buaya Jejulong False gharial, sebagaimana spesies buaya lain, bertelur. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan maklumat mengenai habitatnya ketika hidup liar, ia tidak diketahui bila spesies ini membiak dan bila wakti ia bertelur. Ia merupakan pembuat sarang timbunan. Jejulong betina biasanya matang apabila bersaiz antara 2-3 m. Ia bertelur sekelompok 30-60 biji telur dalam timbunan daun kering atau tanah gambut peat. Tidak sebagaimana spesies buaya lain, anak muda tidak menerima penjagaan ibubapa dan terdedah kepada serangan pemangsa seperti babi liar, mongooses, kuching besar seperti harimau dan harimau bintang, civet dan anjing liar. Anak Jejulong menetas selepas 90 hari dan ditinggalkan bagi hidup bersendirian.

Dari segi morphologi, ia telah lama dikelaskan dalam keluarga Crocodylidae; bagaimanapun, kajian immunologikal terkini menunjukkan bahawa ia lebih berkait rapat dengan gharial berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, dan telah dikelaskan dalam famili Gavialidae.

Buaya Jejulong diancam kepupusan dikeseluruhan tempat tinggalnya disebabkan pengeringan kawasan berpaya dan penebangan hutan hujan disekeliling tempat ia tinggal. Spesies ini turut diburu bagi kulit dan dagingnya dan telurnya turut diambil sebagai makanan manusia. Bagaimanapun langkah positif telah diambil oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi menghalang kepupusan Jejulong liar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Tomistoma schlegelii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a brief justification of why this species is endangered and the criteria used

Pautan luar[sunting | sunting sumber]