Budaya Yahudi sekular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri rencana mengenai
Yahudi dan Agama Yahudi
Star of David.svg       Menorah7a.png

Siapakah Seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya


Yahudi · Dasar teras
Tanakh (Taurat / Nevi'im / Ketuvim)
Talmud · Halakha · Hari kelepasan · Sembahyang
Tatasusila · 613 Mitzvot · Adat · Midrash


Kelompok etnik Yahudi
Ashkenaz · Sephard · Mizrah · Kaum hilang · Orang Samaria


Jumlah penduduk (sejarah) · Mengikut negara
Israel · Amerika Syarikat · Rusia/Kesatuan Soviet · Poland
Kanada · Jerman · Perancis · England
Sepanyol · Amerika Latin · Iraq · Tanah Muslim
Senarai Yahudi · Yahudi-Kriptik


Mazhab Yahudi · Rabai
Ortodoks · Konservatif · Reformasi
Ahli Pembina Semula · Liberal · Karaite · Alternatif


Bahasa Yahudi
Ibrani · Yiddish · Ladino · Dzhidi
Judeo-Aram · Judeo-Arab
Juhuri · Krymchak · Karaim · Knaanik
Judeo-Parsi · Yevanik · Zarphatik


Gerakan politik Yahudi
Zionisme · Zionisme Buruh · Zionisme Am
Zionisme Keagamaan · Zionisme Revisionis
Bund · Kibbutzim
Politik Israel · Feminisme Yahudi


Sejarah · Garis masa · Pemimpin
Purba · Kuil · Usiran Babylonia
Baitulmuqaddis (Dalam agama Yahudi · Garis masa)
Hasmoneans · Sanhedrin · Perpecahan
Farisi · Perang Yahudi-Rom
Diaspora · Agama Yahudi dan Kristian · Di bawah Islam
Zaman Pertengahan · Kabbalah · Hasidisme
Haskalah · Pembebasan ·Holokus
Aliyah · Israel (Sejarah) · Konflik Arab


Penindasan Yahudi
Anti-Semitisme · Holokus
Sejarah anti-Semitisme
Anti-Semitisme baru


Budaya Yahudi Sekular merangkumi banyak fenomena yang berkait. Terutamanya, ia merupakan kebudayaan komuniti-komuniti Yahudi yang sekular, tetapi ia juga boleh merangkumi sumbangan-sumbangan kebudayaan individu-individu yang mengaitkan diri dengan orang Yahudi sekular, atau juga orang Yahudi yang warak yang bekerja di kawasan-kawasan kebudayaan yang umumnya tidak dianggap sebagai berkait dengan agama.

Justera itu, perkataan sekular dalam Budaya Yahudi Sekular tidak merujuk kepada jenis orang Yahudi tetapi sebaliknya kepada jenis budaya. Umpamanya, orang Yahudi Ortodoks yang warak yang menulis karya kesusasteraan dan muzik atau menerbitkan filem-filem dengan tema bukan agama dikatakan menyertai Budaya Yahudi Sekular, walaupun mereka bukanlah sekular pada dirinya.

Bagaimanapun, agama Yahudi membimbing pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua amalan dan kepercayaan dan oleh itu, telah dirujuk bukan sahaja sebagai sebuah agama, tetapi juga sebagai satu "cara hidup". Oleh sebab identiti ini, agama Yahudi dan budaya Yahudi amat susah dipisahkan dengan jelas. Tambahan pula, bukan semua orang perseorangan atau semua fenomena kebudayaan boleh dikelaskan dengan mudah sebagai "sekular" atau "keagamaan".

Di banyak kawasan dan pada zaman-zaman yang berbeza, umpamanya di dunia Yunani pada zaman silam, di Eropah sebelum dan selepas Zaman Kesedaran, serta di Amerika Syarikat dan Israel kini, fenomena kebudayaan telah berkembang dengan sifat Yahudi yang kekadang tidak bersifat keagamaan. Sesetengah punca ini berasal daripada agama Yahudi pada dirinya, dengan sesetengahnya daripada interaksi orang Yahudi dengan orang-orang yang lain di sekelilingnya, dan yang lain kerana dinamik sosial dan kebudayaan di dalam komuniti yang langsung tidak berkait dengan agama pada dirinya.


Asal Budaya Yahudi Sekular[sunting | sunting sumber]

Selama sekurang-kurangnya 2,000 tahun, tidak terdapatnya sebarang perpaduan budaya Yahudi. Orang-orang Yahudi semasa itu sentiasa terselerak sehingga menjelang abad ke-19, dengan:

(sila lihat Pembahagian etnik Yahudi.)

Banyak daripada penduduk-penduduk ini diasingkan setakatnya daripada budaya-budaya di sekelilingnya oleh ghettoisasi, undang-undang dhimma Muslim, dan sebagainya. Menjelang tahun 1931 sebelum peristiwa Holokus, 92% daripada jumlah penduduk Yahudi merupakan orang Yahudi Ashkenazi dan justera itu, banyak daripada apa yang dianggap sebagai "budaya Yahudi" sebenarnya merupakan budaya Yahudi Eropah Tengah dan Timur, serta perkembangan susulannya di Amerika Utara.

Komuniti-komuniti Yahudi Zaman Pertengahan di Eropah Timur mengembangkan trait-trait budaya yang tersendiri sejak berabad-abad lagi, tetapi mulai dari Zaman Kesedaran (dan ikutan-ikutannya dalam agama Yahudi oleh gerakan Haskalah), banyak orang Yahudi yang bertuturkan bahasa Yiddish di Eropah Timur menganggap diri sebagai segolongan etnik atau nasional yang identiti mereka tidak bergantung kepada agama. Constanin Măciucă menulis tentang "suatu semangat Yahudi yang dibeza-bezakan tetapi tidak diasingkan" yang menyelubungi kebudayaan orang Yahudi yang bertuturan bahasa Yiddish. Tanggapan ini bertambah hebat lagi apabila kebangkitan Romantisisme pada umumnya meningkatkan lagi perasaan identiti kenegaraan di seluruh Eropah. Umpamanya, ahli-ahli Bund — iaitu ahli-ahli Kesatuan Sekerja Yahudi Umum pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 — umumnya tidak bersifat keagamaan, dan salah satu bekas pemimpin Bund ialah anak kepada pemeluk agama Kristian, walaupun sendiri tidak mengamalkan atau mempercayai agama Kristian. Gerakan Haskalah bergabung dengan gerakan Emansipasi Yahudi di Eropah Tengah dan Barat kuntuk mencipta suatu peluang untuk orang Yahudi memasuki masyarakat sekular.

Pada waktu yang sama, pembunuhan-pembunuhan kaum di Eropah Timur menyebabkan penghijrahan, terutamanya ke Amerika Syarikat, dengan dua juta orang pendatang Yahudi tiba di sana antara tahun-tahun 1880 dan 1920. Pada dekad 1940-an, peristiwa Holokus mengakibatkan kemusnahan sebahagian besar kaum Yahudi Eropah. Bersama-sama dengan kelahiran Israel dan perhijrahan orang Yahudi dari negara-negara Arab, perkembangan-perkembangan ini menyebabkan perganjakan taburan orang Yahudi yang lanjut. Mentakrifkan budaya sekular di kalangan mereka yang mengamalkan agama Yahudi adalah susah kerana seluruh budaya Yahudi berjalin dengan tradisi-tradisi agamanya. (Ini adalah benar khususnya bagi agama Yahudi Ortodoks). Gary Tobin, ketua Institut untuk Penyelidikan Yahudi dan Komuniti, berkata tentang budaya Yahudi tradisional:

"Pembahagian antara agama dan budaya sebenarnya tidak wujud. Setiap sifat keagamaan dipenuhi dengan kebudayaan; setiap perbuatan kebudayaan dipenuhi dengan keagamaan. Saumaah-saumaah pada dirinya merupakan pusat-pusat kebudayaan Yahudi yang unggul. Akhirnya, apakah kehidupan sebenarnya? Makanan, hubungan, pengayaan, ... Serupa juga dengan kehidupan Yahudi. Amat banyaknya tradisi-tradisi kita yang memang mengandungi aspek-aspek kebudayaan. Lihatlah Passover Seder — pada dasarnya, ia merupakan teater yang unggul. Pendidikan dan agama Yahudi yang kehilangan budaya tidaklah sebegitu menarik. [1]

Yaakov Malkin, Profesor Estetik dan Retorik di Universiti Tel Aviv serta juga pengasas dan pengarah akademik Kolej Meitar untuk Agama Yahudi sebagai Budaya [2] di Jerusalem, menulis:

"Pada hari ini, amat banyak orang Yahudi sekular mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan kebudayaan Yahudi, umpamanya meraikan hari kelepasan Yahudi sebagai suatu perayaan sejarah dan semula jadi yang penuh dengan kandungan dan bentuk baru, atau menandakan peristiwa kitaran hidup seperti kelahiran, B'nai Mitzvah, perkahwinan, dan perkabungan dengan cara sekular. Mereka berkumpul untuk mengkaji topik-topik yang berkait dengan budaya Yahudi dan hubungannya dengan budaya-budaya yang lain di havurot, persatuan kebudayaan, dan saumaah sekular, dan mereka menyertai tindakan awam dan politik yang diselaraskan oleh gerakan-gerakan Yahudi sekular, seperti bekas gerakan untuk membebaskan orang Yahudi Soviet, serta gerakan-gerakan untuk memerangi pembunuhan kaum, diskriminasi, dan pemaksaan agama. Pendidikan kemanusiaan Yahudi sekular menanam nilai-nilai moral sejagat berdasarkan kesusasteraan Yahudi klasik dan kesusasteraan dunia melalui pertubuhan-pertubuhan perubahan sosial yang berhasrat untuk mencapai idaman-idaman keadilan dan kemurahan hati." [3]

Pada hari ini di Amerika Utara, gerakan-gerakan sekular dan kebudayaan Yahudi tergolong dalam tiga buah organisasi penaung, iaitu:

  1. Persatuan untuk Agama Yahudi Kemanusiaan (SHJ)
  2. Kongres Pertubuhan-pertubuhan Yahudi Sekular (CSJO)
  3. Lingkungan Pekerja.

Bahasa-bahasa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa-bahasa Yahudi

Kesusasteraan dan teater Budaya Yahudi Sekular boleh dinyatakan dengan menggunakan bahasa-bahasa Yahudi, seperti bahasa Ibrani, Yiddish atau Ladino, atau bahasa-bahasa budaya di sekelilingnya, umpamanya bahasa Inggeris atau Jerman. Sebahagian besar kesusasteraan dan teater sekular dalam bahasa Yiddish bermula pada abad ke-19 dan merosot menjelang pertengahan abad ke-20. Pemulihan bahasa Ibrani di luar kegunaan liturgi sebahagian besarnya merupakan fenomena awal abad ke-20, dan amat berkait dengan Zionisme. Umumnya, akankah sesuatu komuniti Yahudi menggunakan bahasa Yahudi atau tidak sebagai bahasa utamanya bergantung kepada takat keterasingan atau asimilasi komuniti itu. Umpamanya, orang Yahudi di shtetl Poland dan Bahagian Timur Bawah New York (semasa awal abad ke-20) biasanya menuturkan bahasa Yiddish, manakala orang Yahudi terasimilasi di Jerman semasa abad ke-19 atau di Amerika Syarikat pada hari ini umumnya akan menuturkan bahasa Jerman atau bahasa Inggeris

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kemunculan Sebuah Identiti Kebudayaan Yahudi, tidak bertarikh (2002 atau kemudian) di laman web MyJewishLearning.com, dicetak kembali daripada Yayasan Nasional untuk Budaya Yahudi. Dicapai pada 11 Februari 2006."
  2. Laman web rasmi Meitar
  3. Malkin, Y. "Humanistic and secular Judaisms." Modern Judaism An Oxford Guide, m.s. 107.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sebahagian besar bahagian mengenai perbankan diambil daripada rencana "Makan Riba" di domain awam Ensiklopedia Yahudi (1901–1906). Bahagian Théodore Reinach dipetik secara bulat-bulat daripada sumber ini.
  • Măciucă, Constantin, pendahuluan kepada Bercovici, Israil, O sută de ani de teatru evriesc în România ("Seratus tahun teater Yiddish/Yahudi di Romania"), edisi bahasa Romania ke-2, disemak dan diperluas oleh Constantin Măciucă. Editura Integral (imprin Editurile Universala), Bucharest (1998). ISBN 973-98272-2-5. Sila lihat rencana mengenai pengarang untk maklumat lanjut.
  • Johnson, Paul (1987). A History of the Jews. New York: Harper Perennial.
  • Landa, M.J. (1926). The Jew in Drama. New York: Syarikat Penerbitan Ktav (1969).
  • Melamed, S.M., "The Yiddish Stage", New York Times, 27 September 1925 (X2)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Am:

Politik dan moral:

Kesusasteraan:

Radio:

Filem:

Teater:

b[sunting | sunting sumber]

Muzik:

c[sunting | sunting sumber]

Kesenian:

Tarian:

Masakan: