Kebudayaan di Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budaya di Johor)
Lompat ke: pandu arah, cari

Masakan tempatan[sunting | sunting sumber]

Masakan Melayu bukan saja dimakan oleh Melayu, malah bangsa lain. Banyak makanan yang boleh dapati di Johor. Antaranya ialah lontong (ketupat yang dipotong 4 segi dicampur dengan sayuran bersama santan), otak-otak (Isi ikan campur dengan santan kelapa dan digaul dengan lada, bawang, halia, udang kering dan bahannya yang dibungkus dengan daun pisang atau kelapa dan dibakar ataupun dikukus. ) dan sebagainya.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh rendah berasal dari Tanah Arab.

Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.

Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.

Ghazal terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.

Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi oleh penari-penari Warisan Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal tersebut.

Tarian[sunting | sunting sumber]

Tarian kuda kepang[sunting | sunting sumber]

Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor, terutamanya Jawa. Ia berupa patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh anyaman atau kulit yang dicorakwarnakan supaya lebih menarik.

Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.

Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60inci.

Zapin Johor[sunting | sunting sumber]

Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah perkembangan, zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi ragamnya yang nyata tradisional sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya tersebar ke daerah tentu dan satu genre zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat di Johor.

Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah Hadramaut.

1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian tradisional Johor