Bujang Senang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus[1] berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.

Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.[2] Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

Mitos[sunting | sunting sumber]

Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan,[3] kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dia dikatakan telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia [perlu rujukan].

Media popular[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Wings ada menyanyikan sebuah lagu berdasarkan buaya Bujang Senang bertajuk `Bujang Senang`.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Saltwater Crocodiles (Crocodylus porosus), Perbadanan Perhutanan Sarawak
  2. Buaya dan Benak di Batang Lupar; Keunikan Bahagian Sri Aman, Buletin Rakan Sarawak, Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak.
  3. Jong’s Crocodile Farm, Pesona Batik.com