Bukan Salah Ibu Mengandong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukan Salah Ibu Mengandung
PengarahJins Shamsuddin
PenulisHarun Hassan
Lakon layarJins Shamsuddin
DibintangiJins Shamsuddin
Sarimah
P. Ramlee
S. Roomai Noor
Umi Kalthum
Noorizan
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1969
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Bukan Salah Ibu Mengandung merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1969.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Murad (Ed Osmera) telah bertunang dengan Ani (Sarimah) dan sedang melanjutkan pendidikan di London. Ani adalah seorang gadis kampung yang tipikal dan dianggap oleh ibu Murad (Umi Kalthum) sebagai tidak setaraf dengan kedudukan keluarganya. Ibu Murad selalu merendah-rendahkan Ani terutama sekali ketika menghadiri suatu jamuan di rumah kenalan mereka (S. Roomai Noor) ketika menyambut kepulangan anak mereka (Ismail Mahmud) dari London.

Ani yang turut sama hadir dalam majlis itu telah berkenalan dengan Agus (Jins Shamsuddin), seorang pelukis. Agus telah menjemput Ani untuk datang ke rumahnya untuk menjadi model dalam lukisan beliau. Perkenalan Ani dengan Agus telah membibitkan rasa cinta di hati mereka. Akhirnya mereka berkahwin ketika Murad masih berada di London.

Malang tidak berbau. Pada malam Ani dan Agus berkahwin, suatu kemalangan telah terjadi kepada Agus menyebabkan Agus tidak dapat menunaikan tanggungjawab rumah tangganya kepada Ani. Hal ini mengakibatkan Ani sentiasa direndung duka nestapa.

Sekembalinya Murad dari London, dia telah terkejut kerana mengetahui Ani telah berkahwin dengan orang lain.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]