Bukan Salah Ibu Mengandong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bukan Salah Ibu Mengandung)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bukan Salah Ibu Mengandung
Pengarah Jins Shamsuddin
Pengarang Harun Hassan Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Pengedar Merdeka Film Productions
Mula ditayang 1969
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Sinema Malaysia

Filem Bukan Salah Ibu Mengandung merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1969.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Murad (Ed Osmera) telah bertunang dengan Ani (Sarimah) dan sedang melanjutkan pendidikan di London. Ani adalah seorang gadis kampung yang tipikal dan dianggap oleh ibu Murad (Ummi Khalsum) sebagai tidak setaraf dengan kedudukan keluarganya. Ibu Murad selalu merendah-rendahkan Ani terutama sekali ketika menghadiri suatu jamuan di rumah kenalan mereka (S. Roomai Noor) ketika menyambut kepulangan anak mereka (Ismail Mahmud) dari London.

Ani yang turut sama hadir dalam majlis itu telah berkenalan dengan Agus (Jins Shamsuddin), seorang pelukis. Agus telah menjemput Ani untuk datang ke rumahnya untuk menjadi model dalam lukisan beliau. Perkenalan Ani dengan Agus telah membibitkan rasa cinta di hati mereka. Akhirnya mereka berkahwin ketika Murad masih berada di London.

Malang tidak berbau. Pada malam Ani dan Agus berkahwin, suatu kemalangan telah terjadi kepada Agus menyebabkan Agus tidak dapat menunaikan tanggungjawab rumah tangganya kepada Ani. Hal ini mengakibatkan Ani sentiasa direndung duka nestapa.

Sekembalinya Murad dari London, dia telah terkejut kerana mengetahui Ani telah berkahwin dengan orang lain.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]