Bukit Beruntung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Beruntung ialah sebuah perbandaran utama di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Serendah di dalam daerah Hulu Selangor. Perbandaran utama ini dimajukan oleh Talam Corporation Berhad. Ia boleh dicapai melaui Persimpangan Bukit Beruntung Exit 118 dari Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan 3208 dari Sg. Choh (selepas papan tanda sempadan JKR Hulu Selangor dan stesen minyak Petronas) dan jalan pintas dari pekan Rasa. Bukit Beruntung Golf & Country Club juga terletak di perbandaran ini.