Bukit Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Bintang ialah nama bagi kawasan beli-belah dan hiburan yang masyhur dan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, dan jalan yang melaluinya, Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat beli-belah utama, kafe, kelab, kedai spesialti, dan sebagainya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan Tengkat Tong Shin. Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana para penjaja menawarkan maknan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang berwarna-warni.

Penginapan[sunting | sunting sumber]

Untuk kemudahan pengunjung luar, hotel disediakan untuk menawarkan penginapan daripada yang bajet rendah kepada yang mewah. Antara hotel-hotel mewah dalam Bukit Bintang ialah The Grand Millenium, JW Marriott, The Coronade, Westin, Ritz-Carlton, Parkroyal, Royale Bintang, Novotel dan Federal Hotel.

Beli-Belah[sunting | sunting sumber]

Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Pusat beli-belah utama di sini adalah:

Laluan Bintang Walk terletak sepanjang barisan beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini dibentuk sepanjang 5 tahun dahulu, menjadikannya salah satu tumpuan pelancong dan penduduk setempat dan kawasan beli-belah tersibuk. Kafe, restoran, kelab, kedai, pusat beli-belah dan lainlain lagi mengisi laluan ini. Pada hujung minggu, beribu-ribu orang melalui sini untuk mencapai pusat beli-belah yang lain dalam kawasan ini. Bintang Walk adalah tempat yang mendefinasikan budaya 'lepak' yang mudah merebak dalam masyarakat. Hampir kesemua acara maalm utama diadakan di sini seperti sambutan tahun baru dan Hari Kemerdekaan, serta pertunjukan fesyen, konsert dan parti jalanan.

Hiburan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, dan Zouk Club KL.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bukit Bintang boleh dicapai perkhidmatan teksi dan bas. Selain itu, perkhidmatan monorel juga menempatkan empat stesen di dalam lingkungan kawasan Bukit Bintang: Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]