Bukit Kubong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Kubong
Bukit Kubong dari arah TUDM Bukit Kubong
Titik tertinggi
Ketinggian[convert: invalid number]
Geografi
LokasiPohon Batu, Labuan
Pendakian
Laluan paling mudahKawasan perkelahan Pantai Batu Manikar

Bukit Kubong merupakan puncak semulajadi tertinggi di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Puncak yang terletak di Kampung Pohon Batu ini mempunyai ketinggian pada paras 91 meter dari aras laut.

Bukit Kubong merupakan lokasi yang digemari oleh penggemar cabaran dan pencinta alam kerana ketinggian laluannya, keadaan alam semulajadinya serta pemandangan menarik yang boleh diperolehi semasa pendakian atau dari puncak. Setiap hari terdapat pendaki yang mendaki bukit ini.

Puncak Bukit Kubong juga merupakan salah satu lokasi perkhemahan, selain dari Tebing Kubong (lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, Kubong Bluff) dan lain-lain pantai di Labuan, bagi peserta-peserta kursus motivasi atau suaikenal yang dianjurkan oleh swasta, agensi kerajaan atau pusat pengajian tinggi. Pendakian Bukit Kubong juga merupakan salah satu acara yang digemari dalam program motivasi sekolah-sekolah.

Pendakian[sunting | sunting sumber]

Pendakian Bukit Kubong boleh disertai oleh kanak-kanak semuda 5 tahun dan juga orang tua yang sihat. Ini kerana laluannya berdekatan dengan jalanraya dan kejauhan jarak perjalanan ke puncak kurang dari 200 m. Walau bagaimana pun, laluan penuh di sepanjang laluan ini, yang lazimnya dilalui oleh kebanyakan pendaki yang memulakan pendakian dari arah TUDM Bukit Kubong ialah 2.4 kilometer.[perlu rujukan]

Laluan Pendakian[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai laluan mendaki Bukit Kubong. Pendaki lazimnya mendaki naik dari satu laluan dan meneruskan perjalanan turun ke laluan yang satu lagi sebelum balik semula ke tempat pendakian permulaan.

  • Laluan yang terkenal ialah dari hadapan TUDM Bukit Kubong.
  • Laluan dari kawasan perkelahan Pantai Batu Manikar adalah lebih mudah tetapi lebih jauh jaraknya dari laluan TUDM Bukit Kubong.
  • Lain-lain laluan pendakian yang mencabar dan curam juga boleh didapati.

Kesemua laluan tidak mempunyai tanda arah, oleh itu pendaki buat kali pertama adalah dinasihati supaya membuat pendakian bersama pemandu arah. Pemanduan arah boleh juga diperolehi dengan cara mengikut lain-lain pendaki yang akan mendaki.

Pemandangan Menarik[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 buah sungai di laluan mendaki bukit ini, yang mana satu daripadanya membentuk sebuah air terjun kecil. Air terjun ini lebih jelas bentuknya selepas waktu hujan kerana laluan airnya akan lebih deras pada ketika itu.


Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]